Salam,
Alhamdulillah, akhirnya siap juga rangkaian galeri @SWEET terbaru yang daku namakan 

Galeri baru ni daku tujukan khas buat anak-anak dan suami tersayang.. daku secara amnya berusaha untuk mengasap dapur setiap hari meskipun terkadang sampai rumah lewat jam 8:00~8:30 malam pulang dari kerja...suami tersayang pula jenis biasa makan nasi untuk hidangan makan malam *wink*

Galeri ini, InsyaAllah akan menghimpunkan resepi-resepi masakan yang daku masak di rumah. Semoga menjadi rujukan kepada anak-anak tersayang apabila mereka besar nanti.. sekurang-kurangnya apabila mereka rindukan air tangan masakan bondanya apatah lagi jika ditakdikan mereka di perantauan,  ada ruang dan tempat untuk mereka rujuk.

Teringat ketika daku pertama kali menjejakkan kaki di bumi sakura di usia 18 tahun.. di bumi itulah baru daku bersungguh-sungguh untuk belajar memasak kerana di sana, tidak ada masakan daging/ayam yang HALAL di kedai-kedai luar. Nasib baiklah bumi sakura terkenal dengan keenakan dan kesegaran makanan laut! Maka tidak ada masalah untuk daku mengalas perut.. sushi, sashimi (raw seafood), onigiri semuanya memang serasi dengan selera dan tekak cuma jika sekali sekala ingin menjamu masakan daging atau ayam, terpaksalah masak sendiri di rumah! Nasib baik bekalan ayam/daging beku mudah di dapati dengan memesan melalui telefon dan tunggu sahaja di pintu rumahh.. cuma kena masak sendiri baru lah keenakannye boleh di nikmati! 

Maka itu, bulan-bulan pertama daku berada di sana adalah bulan-bulan yang bill telefon melambung tinggi! Mana taknya, asal nak masak mulalah mendial bonda di kampung bertanyakan resepi! Makanya daku rasa, pada waktu tu masak sendiri pun lagi mahal kosnya di tolak tambah dengan kos bil telefon! ha ha ha

Apapun, selamat melayari galeri baru kami. Daku juga berbesar hati hendak berkongsi ilmu yang tak seberapa ni dengan rakan-rakan sekelian. Galeri baru juga masih dalam proses penambahbaikan..
InsyaAllah resepi-resepi baru akan di tambah dari masa ke semasa.. 

Happy surfinggg!!!

6 sweet comments:

Gieyana said...

walaaa..bagus2..boleh gak ku cuci mata nnt ngan resepi2..ngeee

♫♪ Cik Puan Mimi ♫♪ said...

good luck izan, semoga jadi ibu mithali leh masak hari2.. nanti mimi pun leh tiru resepi2 kamu ok.. sharing is caring kan? hehehehe

ambrynaa said...

Caya lah Izan. Memang salute la sbb leh masak walopun sampai Umah koi 8mlm. Kalau aku beli luar la jawab nya. Bagi tips camner nak masak cepat..harap2 aku dot inspirasi dan mood memasak bila tgk blog resepi ko ni. Hehehe..

IZAN said...

Re Gieyana,
Sila sila..! Jangan malu malu he he

IZAN said...

Re Mimi :
Yeszaa..!! izan setuju..sharing is caringg..itu pun motto kat 'projek' lagi satu hu hu. rajin2 lah singgah yekk!

IZAN said...

Re Zalie .. mudah-mudahannnnnn...
Yang penting kalo nak cepat, weekend bawang/lada dah siap di kupas/berkisar. Pastu lauk basah dah pack utk sekali masak siap-siap. So balik kerja sampai rumah terus masak nasi & keluarkan lauk. Lepas mandi2 boleh terus start masak... tumis2 1/2 jam leh siapp ... practise make perfect hu hu