Petang semalam dapat SMS dari Abang
"Ada resepi roti bakar TELUR KERBAU ??? Telur ayam, kerbau dapat nama..!! Isk isk"
Laaaaaaaaaaaaaa....... baru aku perasannn, Resepi Roti Bakar Telur Kerbau Istimewa adalah tajuk resepi terakhir yang aku upload ke sweet@recipes semalam ha ha ha.
Seingat aku nak taip Resepi Roti Bakar Telur MATA Kerbau Istimewa, ntah macamana tertinggal pula satu perkataan dan bila di baca bunyi nyer jadi
Resepi Roti Bakar TELUR KERBAU..??
Sejak bila la kerbau berTELUR ???? Adoiiii..!!
Dan disebabkan tajuk sensasi gara-gara tertinggal satu perkataan hit nuffnang analytics meningkat hampir sekali ganda. Moralnya hit tertinggi sejak
Nak ikutkan hit ni masih jauh lagi rendah compare dengan blog-blog lain tapi tak mengapa. Almaklum blog baru dan tak berapa nak glamer plak tu hu hu hu.
Tapi tetap satu pencapaian yang mengembirakan buat aku hu huhu.
*
*
*
*
*
*
Apa pun dah aku perbetulkan tajuknya menjadi Resepi Roti Bakar Telur Mata Istimewa sahaja. .KERBAU pun tak nak tulis dah.. kang kecik ati AYAM... AYAM punya telur, KERBAU dapat nama.. hua hua hua.
Maaf di pinta yekk..!! Harap-harap tak de dah orang imagine "Kerbau berTELUR" ha ha.