Petang semalam dapat SMS dari Abang

"Ada resepi roti bakar TELUR KERBAU ??? Telur ayam, kerbau dapat nama..!! Isk isk"

Laaaaaaaaaaaaaa....... baru aku perasannn, Resepi Roti Bakar Telur Kerbau Istimewa adalah tajuk resepi terakhir yang aku upload ke sweet@recipes semalam ha ha ha.
Seingat aku nak taip Resepi Roti Bakar Telur MATA Kerbau Istimewa, ntah macamana tertinggal pula satu perkataan dan bila di baca bunyi nyer jadi 
Resepi Roti Bakar TELUR KERBAU..??
Sejak  bila la kerbau berTELUR ???? Adoiiii..!!


Dan disebabkan tajuk sensasi gara-gara tertinggal satu perkataan hit nuffnang analytics meningkat hampir sekali ganda. Moralnya hit tertinggi sejak 

Nak ikutkan hit ni masih jauh lagi rendah compare dengan blog-blog lain tapi tak mengapa. Almaklum blog baru dan tak berapa nak glamer plak tu hu hu hu. 
Tapi tetap satu pencapaian yang mengembirakan buat aku hu huhu.


*
*
*
*
*
*
Apa pun dah aku perbetulkan tajuknya menjadi Resepi Roti Bakar Telur Mata Istimewa sahaja. .KERBAU pun tak nak tulis dah.. kang kecik ati AYAM... AYAM punya telur, KERBAU dapat nama.. hua hua hua.
Maaf di pinta yekk..!! Harap-harap tak de dah orang imagine "Kerbau berTELUR" ha ha.

Aha.. 1st time nak masuk contest bergambar tahun ni. Seronok nak memeriahkan contest nih! 
Ok contest kali ni bertajuk 



yang di anjurkan oleh Ibu QisQas
sempena ulangtahun kelahiran puteri beliau 
SHARIFAH NAYLI QASRINA pada 30 MEI 2010.
Contest bermula dari 28 april sehingga 28 May 2010.

Gambar yang di pertaruhkan ialah 


Nama penuh : Dania Aliesya
Tarikh Lahir  : 1st Sep 2007 
Umur : 2 tahun 8 bulan

Pesanan untuk Dania Aliesya :
Puteri ku Dania Aliesya, sehingga ke detik ini Ibu masih menyusui mu dengan sepenuh kasih sayang. Ibu masih mendakap, menciumi dan memelukmu setiap kali menyusui mu, sama seperti dulu sejak detik kamu dilahirkan ke dunia ini 2 tahun 8 bulan yang lepas. Tahukah kamu setiap kali Ramadhan acap kali Ibu tidak dapat berbuka sendiri dan terpaksa disuap kerana meladeni permintaan dan tangisanmu yang menagih susu ibu setiap kali Ibu pulang dari kerja ? Puteriku Dania, setiap titis susu ibu itu telah Ibu halalkan menjadi darah dagingmu. Semoga puteri Ibu akan terus membesar sihat & ceria dengan limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari Ayah & Ibu. Tidak ada apa yang Ibu & Ayah harapkan selain agar Puteri permata hati, Dania Aliesya menjadi insan yang berguna dan cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga dirimu sentiasa pandai menghormati dan dihormati pula oleh masyarakat apabila besar nanti. Ibu sentiasa berdoa mudah-mudahan perjalanan hidup mu sentiasa di berkati dan dirahmati olehNya. Ingatlah,  kasihnya Ibu membawa ke Syurga... 



Sejak 2 minggu lepas HOT FM membuat perubahan 'angin' dengan membuat perubahan jadual penyampai-penyampai radio di Hot FM. Kejap dengar suara Fafau & FBI waktu malam, kejap dengan suara Leya & Tini waktu pagi-pagi buta.. Kejap-kejap dengar suara AG & Kiera berpartner dgn DJ lain....

Dalam pada tu banyak la dengar komen-komen dari pendengar.. ada yang suka.. ada yang masih tercari-cari DJ asal ikut jadual segmen asal. Citarasa masing-masingkan.


Sebenarnya aku pun dah biasa di temankan oleh Fara Fauzana & Faizal Ismail dalam segmen AM Krew  (6-10 pagi) setiap hari waktu pergi kerja pagi. Selalu tergelak dengar riuh rendah Fafau & FBI dok pekena each other.


Balik kerja pulak biasa ditemankan Jawa Rangers ~ Kieran & Agy dalam segment HOT FM Jam ( 4 ptg - 8 mlm). So bila tiba-tiba jadual bertukar-tukar rasa macamm.. hmmmmmppp...  tak la kata tak best tapi macam ada benda yang kurang je bila tak dengar suara-suara sumbang diaorang ni bila time drive balik kerja ha ha.

Apapun syukurlah semua DJ dah balik ke schedule segmen asal. Harap-harap lepas ni tak bertukar dah. Dulu pun pernah jadi pendengar setia Era tapi sejak dia bertukar DJ, dengan channel-channel sekali aku tukar hu hu... al kisah

Apapun, Hot FM... memang lebih hangattttt dari biasa... muahahahaha