Angka 7 ialah nombor kegemaran aku...! Suka sangat-sangat nombor ni.. sebab dalam hidup aku pun banyak jugak nombor ni hadir. Dan buat masa ni..

1) Haaa.. bulan lepas aku ada buat entry pasal low cholestrol campaign dek keputusan medical check up Abang yg menunjukkan kadar cholesterol yang agak tinggi.. terus lah berubah corak pemakanan kat rumah aku.. Semalam masa pergi Alamanda Putrajaya ternampak satu mesin penimbang berat. Terus Abang masuk syiling dan timbang berat.. last month berat Abang 72Kg... then bila timbang berat nih nak tau berapa dah..? 65Kg jekkkkk..??!!
Turun 7 Kg!!! dalam masa sebulan perrghhhhh!! Tahniah Abanggg.. cukup berkesan strategi Abang sejak campaign tu.. antaranya corak & jadual pemakanan dan aktivity seharian. Dan sebulan lebih jugalah tak ada masakan berteraskan santan kat rumah aku.. No kari no Kurma no masak lemakk..! Aku tanya '..ni antara perangsang nyer Kemeja saiz M yang aku TERsalah belikan sempena hari bapa itu hari ke?' Kata Abang ' takkk lahh.. ni semua sebab Masakan Mama....' huhuhuh.. terharu pun ada.. dengki pun ada sebab lepas tu aku naik mesin timbang tu tengok aku naik 2 kg! Ni mesti gara-gara kat luar aku yang terkam masak kari & kurma bila nampak!!Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................!!! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!


2) Hari ni, bersamaan 7 hb september, 17 Ramadhan 1430 hijrah, hit counter sweetomoide menunjukkan angka 7777! Terima kasih kepada semua pengunjunggg diluar sana yang sudi menziarahi blog yang tak seberapa nihh...rajin-rajinlah tinggalkan komentar supaya saya juga boleh mengunjungi anda... apa yang tertulis di dalam blog ini hanyalah catatan peribadi saya semata-mata untuk kenangan dikemudian hari...
salam ukhwah..!

3) Aku lahir pada tahun 77'.. maka tahun 2009 ni usiaku pun dah bakal mencecah 32 tahunn... ohok!. Nak tauu antara rakan-rakan seperjuangan satu batch aku-RPKJ 14, ada 7 orang yang sedang pregnant tak termasuk 5 orang yang dah pun selamat bersalin..!!! Ganazzz tak diaorang nih..? Bermakna 12 orang semuanya! hahahahah. Antaranya termasuklah Rusma, Hada, Jem, Anie, Dayan, Safuah & Ina dan yang dah selamat bersalin Zalie, Watima, Ujen, Ziah & Noora. Moralnya aku membuat kesimpulan, usia 32 tahun adalah tahun yang palinggggggggg sesuai nak tambah baby since 'closing date' yang disyorkan ialah ketika berusia 35 tahun.. Anyway tahniah kepada semua rakan-rakan seperjuanganku yang mantop-mantop belaka..! hahahahahaha!!! *Nampaknya kurang ler orang nak buat open house tahun ni..hhuhuh*

4)Nombor rumah aku pun no. 7..

5) No tepon rumah pun hujungnyer 77 ..

6) Mas kahwin aku dulu pun ada guna nombor 77 jugak.. hu hu hu

7) No plat kereta aku pun *77*.. nombor tengahnya 77!!
Moralnya suka sangatttlah nombor 7 nih!! Suker sukerr sukerrr!!!

Kali ni ada satu contest yang agak unik oleh IBU DAMIA :

Bersempena menyambut 5th Anniversarry beliau pada 10 September ni. Sebab Ibu Damia nak contestant imbas semula saat2 contestant dan pasangan mula2 meluahkan rasa cinta disamping kisah -kisah itu pula dapat dibaca oleh anak2, pasangan, keluarga dan sesiapa sahaja.

Menarik kan..??

CONTEST INI BERMULA PADA
JAM10 PAGI, 22 OGOS 2009(AWAL RAMADAN - AMBIL BERKAT)

DAN AKAN DITUTUP PADA
JAM 10 PAGI, 10 SEPTEMBER 2009(SEBELUM IBU DAMIA PERGI HONEYMOON)
Para jurinya terdiri daripada :
2 orang staff ibu & ayah Damia serta 3 orang pelajar cemerlang sekolah ibu dan ayah Damia iaitu PUSAT BAHASA PELANGI.

:: Hadiah utama untuk contest ini ialah ::

Creative 2GB Zen Mp4 Player

Sangat-sangat menarikkk kannn!!
Jadi kepada anda di luar sana yang ingin merebut MP4 player ni segera layari

untuk keterangan lanjut okay!


Berbalik kepada contest entry

***************************************************************
Intro...
..the power of love..
Gambar yang di ambil sempena anniversarry ke-5 kami 28 Februari lalu

Sebenarnya terjumpa pasal contest ni betul-betul dah lewat malam sebelum masuk tidur.Terus copy banner dulu dan ingatkan nak sambung esoknya pulak..
Malam tu nak tidur terkebil-kebil mata tak boleh lelap.
Sebab teringat perjalanan kisah cinta aku & Abang yang bagai berputar semula macam filem.Terus berlegar-legar dalam kepala.. puas aku cuba pejam mata dan akhirnya aku bangkit semula hampir jam 1 pagi.. ON PC dan mula mengarang untuk contest ni :P.
Bagus betul Ibu Damia buat contest ni.. seperti kata Ibu Damia yang kebetulan menyambut anniversarry ke-5 seperti kami juga tahun ni, sekurang-kurangnya catatan ni boleh ditatap at least oleh suami & anak-anak nanti... sebab bagi aku memang ada 'mesej' yang ingin aku sampaikan dari kisah cinta aku & Abang kepada generasi aku..
kerana Abang aku berada di sini hari ini...dan Abang jugalah sumber kekuatan hidup aku dari 'dulu' hingga sekarang.... apa yang aku maksudkan dengan 'dulu' tu jeng jeng jeng..? Namun untuk kisah lanjut aku tak bersedia untuk paparkan disini maka aku hantarkan melalui E-mail terus kepada Ibu Damia...
Harap Ibu Damia dan para juri yg budiman sekelian sabar membaca dan menghayatinya ya!
*Wajib menyertakan sekeping gambar sebelum berkahwin*
Nama anda & pasangan :
Norizan Mohamed Darom & Roshadlisham Ramli
Di mana gambar diambil :
Victoria Station, Taipan USJ
Ini ialah gambar aku dan Abang ketika romantic dinner DATE di dalam 'dekorasi gerabak kereta api' dengan di sinari cahaya lampu yang ala-ala romantik juga sempena menyambut hari jadi Abang pada tahun 2003. Ketika itu kami sudah pun mengikat tali pertunangan. Kami celebrate di Victoria Station, Taipan USJ. Selesai menikmati hidangan steak malam itu, suprise untuk Abang! Sebiji kek hari jadi dibawakan oleh beberapa orang pekerja Victoria Station dengan lilin terpasang sambil aku dan mereka turut menyanyikan lagu ulangtahun KHAS untuk Abang.... tersenyum malu bercampur gembira Abang menyambut kek dan nyanyian itu! he he.
Salam, update pasal acara berbuka puasa kat kampung cuti merdeka lepas he he he. Harap-harap adik aku yang duk Penang, Dayah banyak-banyak bersabar kalau tengok entry nih.. ekekkekekeke.
Seronok balik kampung & berbuka puasa beramai-ramai. Aku rasa petang je dah duk dapur mengasap dapurr hu! hu! hu! Memang meriah lerrrr...
Kalau hari pertama berbuka dengan ketupat rendang bagai, ni juadah berbuka hari ke-2 dan ke-3.. ada gak menu eksotik negeri Johor iaitu Belangkas masak cili padi!
Aku rasa masakan belangkas ni hanya boleh didapati ditempat-tempat tertentu kerana kena ada tukang masak yang betul-betul pandai baru boleh masak sebab katanya belangkas ni beracun jadi kena tau macamana nak bersihkah.. Wallahualam. Kalau di Kota Tinggi tu siap ada restoran 'Belangkas Mahkota' yang mana memang Tengku Mahkota Johor selalu singgah jika nak makan belangkas... Nak tengok rupa belangkas yang dah di masak ni kat bawah ni. Harganya RM15 seekor! Nasib baik tukang masaknyer pun member Abang Nuar gak. Rasanya memang best sangat especially makan dia punya telur-telur halus tu. Masa aku kecil-kecil dulu pernah juga Emak masak belangkas masak lemak. Memang aku pun pernah main la dengan belangkas nih tapi bila naik tingkatan menengah masakan belangkas seperti 'hilang' dan akhir-akhir ini baru aku jumpa balik...

Belangkas masak cili padi RM15
Close up
Satay Ayam & Daging

Emak memang ambil upah cucuk satay kat rumah jiran sejak aku sekolah rendah dulu.. aku pun membesar dengan duit upah cucuk satay Emak. Sampai hari ni Emak masih buat kerja yang dah sebati dengan diri Emak.. upah cucuk satay tu 1000 batang RM20 je tauuu... dulu lagi la RM15. Anyway ni satay mentah yang Emak 'cucuk' pas tu beli then kat rumah kitaorang bakar sendiri :D
Hari berbuka puasa ke-2 tu sempat lagi Abang Nuar (Abang aku) pergi memancing. Balik dengan ikan sembilang.. kalau kat pasaran ni sekilo RM18! So macam biasalahh..
masak asam pedas ikan sembilangg.. air tangan K.Ana

Ikan siakap masak stim.. aku belum sampai kampung Abah dah standby 2 ekor ikan siakap dalam Freezer. Tunggu aku balik nak suruh masak stim! He he he.. Aku buat 2 perasa.. yang pedas & yang tidak pedas untuk budak-budak. Ni versi yang tak pedass.. yg pedas tak sempat snap dah habiss LOL. So kira ni air tangan aku lah he he..

Sayur campur... oh ni air tangan K.Ana. Hidang sekali hadap je licin! Almaklum kat kampung Emak & Abah memang berkebun sayur.. hari-hari menghadap sayur-sayur kampung. Jadi sekali sekala buat sayur campur memang laris! Aku pulak bila balik Puchong, banyak la bawak balik sayur-sayur dari kebun Abah termasuk labu, pucuk ubi, petola, timun, kacang panjang, kacang buncis, lada, labu air.. kangkung, pucuk kayu manis..ehhh macam-macam jugak ekkk.. seronok betul kalau ada kebun..heheheheh
Ni rojak.. Abang Nuar beli kat bazarrr..
Roti Jala..? Haa ni air tangan Emak.. aku & Abang tukang kirai roti jalanya sambil di bantu oleh anak-anak sedara aku, Iqah.. masa belajar kat Jepun dulu pun aku boleh dikira sebagai pembuat roti jala terulung jugak! *ha ha ha poyonye statement ni!*. Kari pulak kari ayam kampung muda belakang rumah.. baru sembelihh. Memang besttt!
Murtabak.. Abang beli kat bazarrr.. special gak murtabak ni sebab tebal. Tu pun Abang Nuar kena tempah dulu baru bleh gi beli kalau tak memang tak merasa. 2 keping pun sekelip mata jee... huhuhuh

Ni koktel guna biji sagu tuu.. aku pun tak tau namanya.
Tapi air tangan Emak & K.Ezah (my SIL)

Haaaa.. ni pun antara yang best! Bingka Labu air tangan Emak. Labu fresh dari kebun hu hu hu!
Moralnya balik kampung perut se'eh manjang dengan pelbagai menu hidangan.. memang bestttt! Terima kasih & sayanggg semua! Muaaahhhhhhh!!!