Kali ni ada satu contest yang agak unik oleh IBU DAMIA :

Bersempena menyambut 5th Anniversarry beliau pada 10 September ni. Sebab Ibu Damia nak contestant imbas semula saat2 contestant dan pasangan mula2 meluahkan rasa cinta disamping kisah -kisah itu pula dapat dibaca oleh anak2, pasangan, keluarga dan sesiapa sahaja.

Menarik kan..??

CONTEST INI BERMULA PADA
JAM10 PAGI, 22 OGOS 2009(AWAL RAMADAN - AMBIL BERKAT)

DAN AKAN DITUTUP PADA
JAM 10 PAGI, 10 SEPTEMBER 2009(SEBELUM IBU DAMIA PERGI HONEYMOON)
Para jurinya terdiri daripada :
2 orang staff ibu & ayah Damia serta 3 orang pelajar cemerlang sekolah ibu dan ayah Damia iaitu PUSAT BAHASA PELANGI.

:: Hadiah utama untuk contest ini ialah ::

Creative 2GB Zen Mp4 Player

Sangat-sangat menarikkk kannn!!
Jadi kepada anda di luar sana yang ingin merebut MP4 player ni segera layari

untuk keterangan lanjut okay!


Berbalik kepada contest entry

***************************************************************
Intro...
..the power of love..
Gambar yang di ambil sempena anniversarry ke-5 kami 28 Februari lalu

Sebenarnya terjumpa pasal contest ni betul-betul dah lewat malam sebelum masuk tidur.Terus copy banner dulu dan ingatkan nak sambung esoknya pulak..
Malam tu nak tidur terkebil-kebil mata tak boleh lelap.
Sebab teringat perjalanan kisah cinta aku & Abang yang bagai berputar semula macam filem.Terus berlegar-legar dalam kepala.. puas aku cuba pejam mata dan akhirnya aku bangkit semula hampir jam 1 pagi.. ON PC dan mula mengarang untuk contest ni :P.
Bagus betul Ibu Damia buat contest ni.. seperti kata Ibu Damia yang kebetulan menyambut anniversarry ke-5 seperti kami juga tahun ni, sekurang-kurangnya catatan ni boleh ditatap at least oleh suami & anak-anak nanti... sebab bagi aku memang ada 'mesej' yang ingin aku sampaikan dari kisah cinta aku & Abang kepada generasi aku..
kerana Abang aku berada di sini hari ini...dan Abang jugalah sumber kekuatan hidup aku dari 'dulu' hingga sekarang.... apa yang aku maksudkan dengan 'dulu' tu jeng jeng jeng..? Namun untuk kisah lanjut aku tak bersedia untuk paparkan disini maka aku hantarkan melalui E-mail terus kepada Ibu Damia...
Harap Ibu Damia dan para juri yg budiman sekelian sabar membaca dan menghayatinya ya!
*Wajib menyertakan sekeping gambar sebelum berkahwin*
Nama anda & pasangan :
Norizan Mohamed Darom & Roshadlisham Ramli
Di mana gambar diambil :
Victoria Station, Taipan USJ
Ini ialah gambar aku dan Abang ketika romantic dinner DATE di dalam 'dekorasi gerabak kereta api' dengan di sinari cahaya lampu yang ala-ala romantik juga sempena menyambut hari jadi Abang pada tahun 2003. Ketika itu kami sudah pun mengikat tali pertunangan. Kami celebrate di Victoria Station, Taipan USJ. Selesai menikmati hidangan steak malam itu, suprise untuk Abang! Sebiji kek hari jadi dibawakan oleh beberapa orang pekerja Victoria Station dengan lilin terpasang sambil aku dan mereka turut menyanyikan lagu ulangtahun KHAS untuk Abang.... tersenyum malu bercampur gembira Abang menyambut kek dan nyanyian itu! he he.

4 sweet comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

oraitt....saya dah terjah.....yg dalam blog semuanya done....

nanti saya reply email after saya baca email awak ok......

good luck.....

p/s: lainnya gambar b4 kawin....sweet jer nampak masa tu....

zura@iwan said...

gud luck.....


so romantik tu...candle ligt dinner kt dlm train..hehe

IZAN said...

Re Ibu Damia,
Almaklum.. before kawen malu-malu kucing lagiik.. huhuhu

IZAN said...

Re Zura..
Thanks singgah sini..
romantik sekali sekalerr. hehehehhe