Ayah dan ibuItulah permulaan kamiDapat melihat bulan dan MatahariAhai...haaa... start blogging je aku dah tulis lirik yang ditujukan khas untuk Mak & Abah kat kampung. Lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman...
Tahun ni turn aku beraya kat Pahang then raya ke-3 plak my SIL nak bertunang so most probably raya ke-4 lah baru balik beraya ke Johor. Makanya cuti hari merdeka ni aku & Abang apply 1 hari lagi menjadikan
4 hari jugak le balik ke Johor sempena ramadhan...
Seawal pukul 9 pagi kami dah bertolak.... kira-kira petang pukul 4 lebih, termasuk singgah kat bandar Kluang beli barang dapur baru la sampai kampung.. lepas adegan salam peluk cium ngan semua ahli keluarga duduk la lepak kejappp.. lepas tu nampak daun kelapa muda yang dah diraut (tinggal part lidi)
Aku :
ehh.. daun kelapa..? Nak buat apa nih
Emak & SIL aku dan sengih-sengihh
K.Ezah (SIL) :
Adalaahh.. rahsiaaaaaaaaaa
Aku plak dah tersengih-sengih sebab tadi Kakak sulung aku yang tak leh simpan rahsia tu dah TER'sebut'
K.Ezah :
Kenapa awak pun tersengih-sengih jugakk.. mesti dah tau nih! Ni mesti Mak Long (K.Ana) dah bagitau nihh..! Suspect K.Ezah.
Terus semua spot kat K.Ana. K.Ana pun dah tersengih2 macam orang bersalahh..
dan serentak tu terus menjawab sambil tangan buat gaya mcm orang tengah on phone
K.Ana :
'elo.. Izan dah sampai mana? Mak kat rumah tengah masak ketupat ni..
terus sambung sendiri
'Haaaa..??!! Emak buat ketupattt..???!!! Yeaaaaaaaaaahooooooooooooooooooooo.....!!!!!!!!!!!!! *buat suara aku dalam telefone tu'
He he he!
Aku :
Ye kerrr.. ohhh cayalah Emakkk..! Ni yang nak balik selalu nihh!!
Terus aku ciummmmmmmmmm pipi Emak!!! Muahhhhh muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Pergi belakang tengok
ketupat & lepat kegemaran aku dalam periuk besar..Uwahhhhhhhh.. terharunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan ingatan Emak..uhuk! uhukk!
Masuk rumah aku ciummmm pipi emak sekali lagii.. terima kasih emakk!!!! Susah payah je anyam dan rebus ketupat siap buat rendang dan serunding kegemaran lagi..Terus teringat kat lagu Sudirman tuh... huhuhuhuhu! Terharu sangat-sangattt!!
Moralnya petang tu kitaorang sekeluarga berbuka dengan Ketupat, Lepat (pulut berudang, kacang & kelapa), rendang daging, sambal goreng, serunding daging and so on yang ala-ala raya... tersangat-sangatttt lah besttt nyerrrrr tahap langit ke-7...!!!!
Terharu dengan ingatan seorang ibu pada anak walaupun aku dah bergelar isteri & mak 'orang' TAPI tetap 'anak kecil' dimata Emak.....
Sayangggggggg sangat Emakk & Abahhhhhhhhhh.......!! Muaahhhhhhhhhhhhhhh!!!
Sempena ramadhan & lebaran yang mulia ni sama-samalah kita hayati lirik lagu ni ....
hargailah kedua orang tua kita selagi mereka masih ada didunia ini..
Ayah Dan Ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan danMatahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat