Juadah ramadhan ke-2. Hari ni Abang request nak makan pecal...
So berguru dengan Emak dan inilah resepinya he he he

Bahan-bahan
1. Kacang Tanah - 3 cawan
2. Ikan bilis - 1/5 dari kacang tanah
3. Bawang merah - 7 ulas
4. Bawang putih - 3 ulas
5. Belacan - 3/4 inci
6. Cili padi - 20 biji (ikut tahap kepedasan yg disukai)
7. Cili kering - 5 biji
8. Air asam jawa
9. Garam & gula secukup rasa
10. Daun limau purut - 1 helai
Cara-cara
1. Gorengkan kacang, ikan bilis toskan minyak
2. Gorengkan bawang merah, putih yang telah dihiris, cili padi & cili kering
3. Gorengkan belacan dan daun limau purut sehingga naik bau
4. Tumbukkan kesemua bahan... kisar juga boleh
5. Bancuh air asam jawa dengan air masak.
6. Kacaukan kesemua bahan. Masukkan gula dan garam secukup rasa
Siap untuk dihidang!
Cadangan Sayur-sayuran untuk hidangan
1. Kangkung - celur
2. Kacang panjang - celur
3. Tauge - celur
4. Timun - dihiris panjang
5. Sengkuang - dihiris panjang
6. Tahu - di goreng dan di hiris

TIPS : Emak pesan kalau nak masakan sedap biasakan guna bawang dalam angka ganjil... Emak pun dengar ustazah pesan. So boleh cuba jadikan pedomann..*wink*
Wahhh... hari ni first Ramadhann.. tengahari lepas masakkan & suapkan makan tengahari Danish & Dania, aku & Abang keluar ke Mines. Keluar pun ikut pintu dapur gara-gara tak berani nak bawak Danish & Dania keluar ke tempat awam musim-musim H1N1 yg tengah menular nihh... iskk iskk. Temankan Abang pergi Mines ambik spec mata sambil cari langsir.. blind curtain aku yang dah rabak kat rumah tu gara-gara dibuat 'tali tarzan' dek Danish.. iskk iskk iskkk.. Selesai urusan terus balik since Abang pun ada hal petang nih. Pukul 3:30pm kitaorang dah terpacak dekat Bazaar Ramadhan Putrajaya he he he. Ramai gak peniaga yang masih bersiap dengan bahan jualan... ronda punya ronda dapat la beberapa bungkus juadah berbuka puasa dari gerai-gerai yg dah mula berjual... since lauk makan malam aku masak so cuma beli kuih muih jelah untuk berbuka.. macam ni je pun dah RM17! Rasa cam tak nampak apa pun..huhuhuh . Ada gak yg aku tergezuttt ngan harganya contoh :
1. Kuih tepung pelita 4 biji - RM2!!
2. Kuih acar berlauk yg bersaiz comel lote pun 3 biji - RM1/ 6 biji - RM2
3. Bubur lambuk Kg Baru RM-2
4. Air mata kucing RM2
5. Roti BOM RM2
6. Murtabak RM2 *opsss dah kena bedal dgn Danish awal2 lagikk*
And yang special Roti John yg ada branch kat Taman warisan tuh
-Panjang RM3.70! Yang ni memang best giller lahhh
Yang lelain tu byk peniaga tgh setting gerai la and so on.. so ni jelah juadah yg di bawak balikkk... Rata-rata semua dah buh rege RM2 yekk...hmmmmmm Sampai waktu berbuka semua pun apa lagi.. terus ngappppp & nyum! nyum! nyum!!!.. tengah asyikk berbuka puasa tiba-tiba tersedar anak dara ku sorang ...
Tengah bukak 'spa' dengan air mata kucinggg!!! Boleh nyer dia celup tangan dalam gelas air mata kucing tu lepas tu sapu kat lengan kanan.. jap lagi ambik sapu kat lengan kiri berulang2.. macam orang ambik wudu' pun iye jugakkk.. bila orang tegur dia sengih2 keseronokann.. tak peduli pun.. heiii.. anak dara ni pantang dapat 'air'... ada je akalnyerrrr nak buat 'kerja' dgn air tuhh!!!! Tu air minumm laaa... ADOIIIIIIIIIIII!!!!
Selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua..!
Yaaa... kempen sempena bulan 'low cholesthrol' masih berterusann dirumah aku heheheh.
Menu diatas ialah menu minggu-minggu terakhir sebelum puasa..
Kali ni aku nak menurunkan resepi sambal belacan khawww yang aku belajar dari tukang masak veteran kat kampung Abangg kalau ada kenduri kendara.. jom kita tengok resepinya!

Resepi Sambal Belacan KHAWWW!!
(Sukatan utk satu mangkuk kecil - 2-3 kali makan he he)
1. Belacan -1 inci
2. Bawang merah besar - setengah biji
3. Lada besar - 1/2 biji
4. Cili padi - 20 biji
5. Air asam jawa - 4 sudu
6. Gula/garam secukup rasa
7. Limau nipis/kasturi

Cara-cara :
1. Gorengkan belacan & bawang besar dgn minyak sedikit dalam kuali hingga naik bau.
Toskan minyak *Boleh jugak goreng sekali semua lada/cili padi kalau suka*
2. Tumbukkan lada besar & cili padi yang sudah dihiris hingga agak halus. Masukkan
belacan & bawang yg sudah layu tadi. Di tumbuk.
3. Masukkan gula & garam secukup rasa
4. Selesai ditumbuk alihkan ke mangkuk dan masukkan air asam jawa dan kacau.
5. Picitkan sedikit perahan limau nipis/limau kasturi.
Siap untuk dihidangg!
Sambal belacan sepatutnya ada rasa pedas... cukup rasa masam,masin & manis.. perrrghhhh!

p/s: Kalau Abang pekena ulam sambal belacan ni.. memang berpeluh2 makann.. macam lari 2 padangg! hahhahaha
Komen Abang : Mama punya sambal belacan memang powerrrrr...!!! *winkkkk! He he*