Baru-baru ni terselak pulak album-album lama yang diletakkan dirak2 buku sebelah pintu bilik. Teringat plak keriangan zaman muda-muda *sekarang ni pun masih muda he he* ..
time further study memang saiko *bestt* gilerrr..
tak perlu nak menanggung stress orang bekerja macam sekarangg...
study study study - part time - travel.....
study study study - part time - travel.....

Memang tak akan berulang masa-masa macam ni yang boleh cuma di kenangg...
Dulu memang suka jelajah Hard Rock Cafe.. mana pelusuk pun sanggup pergi semata-mata nak beli mechandise & T-shirt dia.. pernah sekali 2 je pun makan kat situ yang penting dapat beli mechandise yang original.
Seronok buat koleksi..

Dekat Jepun sekarang ni dah ada 8 branch HRC - Tokyo, Yokohama, Nagoya, Osaka, Fukuoka,
Tokyo Ueno, Osaka - Universal Studio, Tokyo- Narita..
Dalam 8 ni aku dah jejak 6 branch termasuk Kobe *seperti dlm map* yang lain semua branch baru yang tak ada lagi masa aku masih kat sanerr..
Disebabkan aku menetap kat Kyushu makanya sekali keluar pergi travel memang makan unit minggu dan akan pergi waktu cuti semester.. kalau kat Jepun ni bila nak travel yang penting kena ada YEN & contact no listt
*rakan taulan, keluarga angkat, senior, junior*..' InsyaAllah tercampak kat mana pun ada je orang 'sambutt'.. siap sedia penginapan, makan & bawak jalan-jalan lagii.. Almaklum sedara mara tak ramai kat sanerr.. setiap rakyat Malaysia tu automatic jadi 'sedara' ..hehehehehehe.
**************************************************************************************
Cuti semesta musim panas 99, pergi travel dgn geng-geng 5th-RPKJ,UM 95-97 ..
kira-kira 10 tahun lepas...!
Zalie-PERODUA, Ujen (5th celup)-Panasonics, Nita,Hada,Rusma -BAT & Ila - Lect. Yang tak ada cuma Watima-Free lance & Dayan-MTV. Waktu tu semua masih muda remaja walaupun sekarang semua dah jadi mak orang dan ada yg dah ada 3 orang anak pun tapi alhamdulillah ikatan persahabatan tu tetap erat dan utuh sehingga ke hari ini.. Masih bergather tiap2 kali raya .. masih berkaraoke setahun sekali pada hari kerja... he he he
Hard Rock Cafe NAGOYA - Summer 1999

Hard Rock Cafe YOKOHAMA - Summer 1999Hard Rock Cafe TOKYO - Summer 1999

*************************************************************************************
Cuti musim sejuk tahun 2000 aku naik ke Tokyo menyambut Syawal di Kedutaan Malaysia di sana... sempat singgah HRC Tokyo buat kali ke-2 di Roppongi. Habis Syawal aku meneruskan perjalanan ke Nigata-tempat ex-roommate aku, Nita dan menyambut tahun baru 01.01.01 di sana
Sekembalinya dari Nigata singgah di Osaka, rumah keluarga angkat aku-Kumi & keluarganya. Menginap beberapa hari dan menjejakkan kaki ke HRC Osaka dgn Kobe. Jarak antara keduanya tak jauh pun boleh naik train je.... Ketika itu HRC Universal Studio belum siap lagii.. so aku pun belum dapat jejak lagii.. huhuhuh Hard Rock Cafe KOBE - Winter 2001 Hard Rock Cafe TOKYO - Winter 2001

**************************************************************************************
Hard Rock cafe Seoul sempat pergi musim bunga 2001 sempena sotsugyou ryokou *graduation vacation*. Mula-mula berangan jugak nak pergi europe dek ajakan senior, K.Bee tapi sebab takde contact kat saner tak berani la plakk.. maka pergi Korea jelahh.. sejam lebih dah sampaii.. huhuh Hard Rock Cafe SEOUL - Spring 2001

**************************************************************************************
HRC Fukuoka aku pergi tahun 2002 ketika menjadi fasilitator untuk program Homestay ke Kyushu under ALEPS.. Ketika itu membawa delegasi kira-kira seramai lebih kurang 30 orang ...
Hard Rock Cafe FUKUOKA- Summer 2002

**************************************************************************************
Kali ke-3 menjejakkan kaki ke HRC Tokyo 2006 ketika program
Reunion of Japan Universities former students from south asia & China..
.. inilah kali terakhir aku menjejakkan kaki ke negara matahari terbit buat setakat ini..

Hard Rock Cafe TOKYO - Summer 2006

**************************************************************************************

Insya-Allah.... kot-kot ada rezeki tergolek boleh jejak lagi ke bumi matahari terbit tu..
dengan Abang & anak-anak tentunya lebih indahhh.. alangggkahhhh indahhhnyerrrrrr!! Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...!
Moral of the story:
Tak terasa pulak nak jejakkan kaki kat HRC KL walaupun dah berapa kali melintas depan bangunan tuhh.. lumrah manusia memang begitu..
yang jauh dikenang.. yang dekat tak perasann..iskk iskk
'warna-warni' kehidupan ....
Ada masanya aku suka kalau kami pakai sedondon.. ada masanya aku tak kisahh.. kalau rajin aku yang pilihkan semua baju utk dipakai Abang dan anak-anak.. kalau tak berapa rajin Abang & anak-anak boleh pilih sendiri baju apa nak pakaii..

Satu hari kitaorang nak keluar malam cari goodies untuk bufday Danish...
Abang pilih baju color hijau.. aku pulak pilih kaler biru tapi matching brand dgn Abang sementara bibik siapkan Danish & Dania.
Sekali tu turun bawah aku tengok.. Danish pakai baju kaler merah & Dania pulak kaler kuning. Ehhh 'warna-warni' plak kitaorang hari ni.. lengkap pulak semua kaler -biru merah kuning hijau ! tak disengajakan pun.. terus snap 1 shoot.. jadi simbolik pulak huhu

Setiap satunya punya identiti, citarasa, personaliti & warna tersendiri dan itulah yang menjadikan kehidupan ini lebih berwarna warni dan berseri asalkan saling memahami...
First and foremost advance Happy 3rd Anniversarry to Mama Tiesya & hubby pada 18.08.09!!
Pagi-pagi lagi aku dah memblogging sempena anniversarry Mama Tiesya nih & closing entry submission..
entry date 08.08.09 08:08 AM!

At the same time ni memang betul-betul kali pertama aku masuk contest.. Romantic & Loving couple contest yang dianjurkan oleh Mama Tisha sempena ulangtahun perkahwinan ke-3 beliau pada 18.08.09 - ..memang kategori cantek tarikh kawen tuh bak kata orang Cina, no 8 manyak onggg! pandai Mama Tiesya & hubby pilih! huhuhu. Detail sila click link dibawah ni yaa...
http://mamatisya.blogspot.com/2009/07/romantic-loving-couple-contest.html

Memang teruja ada.. segan pun ada tapi rasa seronokkk plak nak join the contest! Since this year memang tahun yang sangat-sangat diselubungi oleh bunga-bunga chentaaa.. maka aku ambik peluang keemasan ini utk masuk contest nih.. wish me luck yekk! layannnnnnnnn......hehehehe
The reason of my life...


Nama anda & pasangan : Roshadlisham Ramli & Norizan Mohamed Darom
Tarikh Perkahwinan : 28hb Februari 2004
Tahun Anniversarry : 5 Tahun (04'-09')

Sinopsis : Ini bukan gambar kahwin tetapi gambar anniversarry! Gambar ini diambil pada 5th Mar 2009(Khamis) - 3 hari sekembalinya kami dari percutian ke Melaka, bandaraya bersejarah. Bertempat di Botanical Garden, Putrajaya bersempena anniversary kami yang ke-5!

Aku suka sangat-sangat gambar ni sebab jarang-jarang berpeluang beraksi sebegini even during our wedding 5 years ago..! Almaklum masa tu masih malu-malu kucinggg.. auuuuuuww! he he. Sementelah outdoor photoshoot ni berkonsepkan candid-fun & romantic. Bukan 'pose & shoot' basis yaaa.. candidd.. ya candid dan semuanya diambil secara bersahaja.. Anyway, aku turut berbangga dan terharu kerana walaupun setelah 5 TAHUN berlalu dan kami pun telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Abang masih steady & 'gagah' mendukung aku.. it was such a super wonderfull feelinggg that I just can't explain.. terlintas.. eh dah 5 tahun ke kita kahwin? rasa macam baru semalam Abang melafazkan ijabkabul 'Aku terima nikah...' dan mengucup dahi membatalkan air sembahyang di hadapan kadi!

Apa pun, 5 tahun ini aku amat berterima kasih kepada soulmate-Abang kerana sentiasa disisi tatkala suka dan duka melayari kehidupan ini. Setiap detik yang berlalu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara kami. Hidup aku sesungguhnya lebih bermakna dengan kehadiran Abang dan kehadiran 2 cahayamata comel, Danish & Dania melengkapkan dan menyerikan lagi kehidupan kami.. doaku semoga mahligai yang dibina atas dasar cinta ini akan terus mekar berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.. di dunia dan di akhirattt.. aminnnn

http://sweetomoide.blogspot.com/2009/05/anniversarry.html