Opsss.. ini bukan cerita pasal Ultraman Mebius... but
Sharp Mebius PC-AL70G punya cerita.. heheheh
End of this month one of my Deputy MD is going back to Japan... Dah 3 tahun dah dia duk Mesia nih. Normally memang contract diaorang ke Mesia memang 3 tahun la. Last week tiba-tiba dia duk cari aku jekk.. Aku plak asyik lesap dari ofis attend ntah apa-apa isu sane sini *ceh cam YB plakk. Ops bukan yg berhormat.. Yang Berkhidmat.. he he*. Balik2 ofis anak buah aku sampaikan message mengatakan my Deputy MD nih, japanese mintak tolong back upkan personal data.. Isk isk iskk.. dah la dia duk jauh at another building.. mentang2 la kitaorg ni IT, personal PC pun sokmo suh kitaorg support sekali.. iskk iskk iskkkkk..

Anyway sebagai seorang YB yang berdedikasi*ha ha ha!*, dapat-dapat message terusla call dia balik..perbualan setelah alih bahasa Japanese-Rojak Malay:

Aku : Err.. saya dengar tadi Ushirobata San cari saya. Kenapa yaa..?

DMD : Haa.. saya nak mintak tolong awak disposekan HDD PC saya ni.. deletekan data and musnahkan terusss HDDnyer...

Aku : *Oooooo.. disposeee, ingatkan back upkan. Betul nak dispose ni sampai tahap dah suh hancurkan terus HDD* Ohh.. nak dispose dengan PC nyer sekali ke?

DMD : Ha ah.. lagipun PC saya ni dia punya bateri pun dah kong. Saya nak buang je terus tapi nak make sure data/HDD tu dimusnahkan

Aku : Err... dah berapa lama pakai PC tu?

DMD : Ada la dalam 4 tahun

Aku : Err.. apa kata kalau Ushirobata San bagi je PC tu kat saya *Dengan tak berapa segannyer tanya HA HA HA!

DMD : Awak nak kerr..? boleh tak de masalah tapi make sure HDD tu well erase. Tapi tulah baterinya, power tak berapa elok dah

Aku : Ok tak pe. Beghehhhhhh....

Maka selang 3 hari aku pun datangla ke ofis DMD aku untuk tolong 'dispose'kan notebook PC DMD aku .. he he he.. Barulah best asyik buat amal jariah sekali sekala dapat terus barang yg diamal jariah kan he he he

Malam semalam bawak balik rumah terusla clean up apa-apa yg patut kat Notebook PC tu.. check bateri memang kong tapi as long power adapter switch ON no problem. Ya.. Sharp Mebius PC-AL70G. Processor AMD Athlon 1.6Ghz, Memory 768Mb, HDD 80Gb.. Okay sangat la utk Danish buat main game! ha ha ha... FREE maaaaa....!!!

Sambil2 aku test power masuk Notebook PC tuh Danish pun keluar dok main PS2 kat dalam bilik..

Danish : Whoaaaaa.. PC baru ke mama?

Aku : *ye la BARU kat rumah ni.. tapi bukan PC BARU * Haa ahhh..

Pantas tangan Danish menekan Switch On button PC. Danish kalau setakat on PC cari game tu memang aku rasa sejak umur 3 tahun lebih dah pandai buat sendiri...

Danish : waaaa.. I LOVEEEEEE COMPUTERRR!!!!

Komennyer Danish SPONTAN!

Ehhh.. dia pulak yang excited lebihh.. cam tau-tau jekk.. hahahahahaha!

Anyway lepas ni project clean format buh WinXP English version instead of japanese version kat dalam PC nih.. best best bestt!! he he he

hahh!!! Cepat je klikkk tengok topik ni! hahahahahhaa... opsss!

Kisahnya camni..
Cuti sekolah cam biasalah banyak kenduri kendara orang kahwin. So last week aku balik kampung Pahang sebab jiran kat kampung Abang ada buat kenduri dan macam biasa kitaorang kena la 'rewang' kata orang Johor sebab kat kampung tu dah tak ada siapa2 lagi...

So habis rewang & habis kenduri petang tu ada la jiran datang rumah hantar berkat (lauk kenduri bungkus) dan goodies bag orang kenduri. Kitaorang dapat la sorang satu so ada 2 bag termasuk satu lagi bag utk sepupu kitaorang yg tolong kenduri jugakk..

Dalam bag tu ada la bunga telur.. and kalau dah nama bunga telur of course la ada telur! and also jajan - Sumi, cracker & gula-gula. Danish la yang paling excited bukak goodies pack and terus request suruh kopekkan kulit telur... bagi kat Danish sekelip mata je habis sebijik!

Dah la petang semalam kitaorg sampai terus singgah Hospital bandar Pusat melawat sepupu yg pregnant kembar warded dek suspect kencing manis. Makanya masa kat hospital tu ada la Abang tunjuk kat aku poster kesihatan pasal kadar kalori dah salah satu dlm list TELUR! Telur kuning je 1480 sedangkan telur putih cuma 300 jek!

So bila hari ni Danish dah habis sebiji sebiji telur dan Danish nak lagi sebijik telur yg kitaorg dah bagi kat Dania maka of course la Abang pun tak bagi sebab dah tertengok poster kalori tu dan sepatutnya seminggu boleh makan maksimum 2 biji telur jek! Malangnya Danish merengek nak jugak telur yg ada pada Dania.. maka akhirnya dapatlah pau Dania separuh biji. Habis pulun satu setengah biji.... tak lama tu Danish datang kat aku bawak bunga telur lagi satu...
Alamak ni bunga telur utk sepupu aku.. makanya kitaorang tak bagi la kat Danish sambil explain yg bunga telur tu bukan Mama or Papa punya, orang lain punya tak boleh ambil.. Danish apalagi berkeriau la sebab tak dapat telur lagi sebijik tu... kitaorg pulak dah la Bunga telur tu orang punya ditambah dgn Danish yg dah pulun 1 setengah biji so memang berkeras tak bagi jugak Danish ambik dan Danish pun meraungggggg-raung la mcm kisah batu belah batu bertangkup tu! huhuhuhuh!!!

So aku pun cakap la kat Abang.. pergi la bawak Danish pergi kedai.. kang dia nampak jajan lupa la pasal nak makan telur.. Makanya kitaorg berempat pergi la kedai naik kereta..sampai kedai Abang pun selak2 je la duit2 singit yg bersepah dlm poket keta dah bagi kat aku, Danish & Dania sorang satu.. meaning sorang RM1 hehehhe
Abang : Nah ambik sorang seringit. Nanti ambik jajan bayar pakai duit ni tau! Pesan Abang pada Danish

Aku pun pimpin la Danish & Dania masuk dalam kedai... sampai dalam kedai Dania nampak jajan terus tak berganjak dahh.. yang Danish pulak terpusing2 satu kedai.
Aku : Danish nak jajan apaa.. cepatlah ambik
Danish : Danish nak TELURRRR.....
HA HA HA!! Ingatkan dah nampak jajan lupa dah pasal telur rupanya sangkaan aku meleset 200%!!! Ha ha ha haa...! Tergelak aku sorang-sorang tapi terus la bawak Danish kat tempat telur. 3 RM1.. Sambil aku ambik plastik kat kaunter Danish dah pilih2 dah telur mana yg dia nak ambik. Aku hulur plastik dan Danish dengan ceria masukkan 3 biji telur seperti aku suruh.
Lepas tu aku suruh la Danish bayar sendiri kat kaunter RM1. Danish punya la excited dapat beli telurrr..
Danish: Yea yea beli telurr! Yea yeaaa beli telurrrr!!
Danish menyanyi sambil melompat2 dengan sebungkus telur kat tangan. Giller happy!
Aku memang geli usus tengok Danish yg beriya2 & excited sangat nak makan telur tiba2 tu.. hahahahaha.

Masuk dalam keter Abang pun tergelak tengok Danish bukan beli jajan tapi beli telur!

Sampai rumah pulak Danish terus nak makan.. aku kata kena masak dulu baru boleh makan. Tu pun mula-mula tak terima dah mulalah nak merajukkk..

Lepas 20 minit telur pun siap direbus dan disejukkan.. aku kopek sebiji, letak dalam mangkuk dan bagi pada Danish. Sambil2 tu aku pun mula berkemas sebab petang tu nak balik Puchong dah..

Siap berkemas aku tengok Danish tak makan lagi telur nyerrr..
Aku : Laaa...... apsal tak makan lagi telur tu. Tadi beriya-iya sangat nak sampai berguling2!
Abang : Hmmmmmmmmm... Danish sayang telur tu tak nak makan. Gigit main2 je kat tepi bibirrr.... Cakap nak bawak balik makan kat rumah (Puchong)...
La pulakkkkkkkkk... macam-macam peel la Danish nihh.. saborrr je laaaaaa.. dush!! dushh!!

Photo by : PrettyPeektures
Dah ada yang tanya, tak ada update ke pasal Daniaaa...? Opppsss.. baru perasannn dah 2 bulan tak ada update dedicated pasal Dania... huhuhh. Sorry ye sayang mama...

Anyway, Dania sekarang ni dah makin becokkkkk mulutnya tapi
  • Sebutan perkataan biasanya tak penuh.. tak tau la nak kata pelat ke tapi biasanya huruf pertama perkataan mesti missing iskk iskk iskk. Cth .. Tolongg = Olonggg...!
  • Masih Breast Feedinggg.. perkataan pertama yg disebut kalau aku balik kerjaa.. 'Nak nenennn.. plishhh (pleaseeeeee)' He he he
  • Ada terbaca article yg sebut pasal pahala bila dukung anakkkk.. bila bermain dengan anakk.. TAPI Dania ni pantang aku dukung ke, ajak main sket ke.. cium skettt ke ringan je mulut dia request 'Nak nenennn.. plishhh (pleaseeeeee)' He he he. Aku memang geramm betul bila Dania mintak apa2 pandai sebuttt plishhhhhh macam Abang dia! hu hu
  • Suka sangat menjerit bila marah atau protesss! Amboiii amboiiiiiii! Tak padan kenitt! hu hu
  • Dulu masa Dania kecik2 selalu gak kena buli ngan Danish.. sekarang pantang la Abang dia buat skett silap-silappp yang meraung Danishh!! ha ha ha..! opsssss!
  • Masih tersasar2 lagi panggil aku 'Ma ma.. selalu sangat keluar perkataan Ba ba
  • Makanan peberet finger-food atau apa-apa sajer yg boleh dia ambil, pilih, pegang dan makan sendiri.
  • Berbanding Danish lebih gemar makanan yg manis.. biskut2, nuget2, buah2an
  • Dah boleh faham arahan2 mudah.. contoh suruh ambil pampers dia sendiri dalam bilik
  • Ni lagu yang suka sangat aku nyanyikan sejak Dania bayii.. liriknya berbunyi

- Bom ce kebom bom bom... bom ce kebom bom bom! *repeat selagi larat*

- Cantik cantek can..tekkkkkk... cantek cantek can...tekkk! *repeat selagi larat*

- Comelll comell cooooomellllll....comel comel coooomellllllll!! *repeat selagi larat*

Kalau tgk lirik ni mesti korang kata tah apa-apa la lirikk.. tak ada nilai comersial langsung! Tapi kalau aku menyanyi Dania memang boleh berjoget sambil buat muka comelll.. hahahahah TAPI Melodinya aku sorang je la yg ingatt.. jgn mareee hehehehhheh

NOTE : Teringat baru-baru ni, Danish & Dania entah main apa kat pintu grill rumah.. Dania nak kunci yang Danish pegang (well.. Danish dah pandai bukakan pintu grill dengan kunci sekarang bila aku / Abang balik dari kerja) tapi malangnya Danish tak bagi. Masa Danish tengah nak mengadu kat Abang tetiba Dania terkam Danish sambil gigit perut Danish.. apalagi! Meraungggg la Danish!! Aku memula tengok nak tergelak pun ada tengok tindakan spontan Dania sekali cek2 tengok tu diaaa.. lebammmm perut Danish dek penangan gigitannn Daniaa! Terus la letakkan plaster kat Danish yg hampir tak nak berenti menangis! Wakakak

**************************************************************************

Tahniah jugak kepada diva kita, Erra Fazira di atas kelahiran Engku Aleesya yang comelll. Kredit kepada : gua.com.my

** Sebelum pergi kerja pagi tadi tengok video Clip Erra Fazira mendendangkan sebuah lagu baru untuk Puterinya , Engku Aleesya Engku Emran.. first time dapat dengar dan tonton. Aku tak tau apa tajuk & macamana liriknya*cari pun tak jumpa lagi* tapi aku memang terusss suka sangat dengar lagu tu. Sukerr sangatt! !!Since nama Dania pun dekat dengan nama Engku Aleesya - Dania Aliesya yang kami pilih bermaksud 'protected by god'. Mama tujukan lagu ini jugak khas untuk puteri kesayangan mama, Dania Aliesya. Sayang selaluuu manjerr mama...!!! Semoga terus menjadi permata yang bersinar dihati mama & papa.. begitu jugak buat Engku Aleesya!