NOTE : Untuk kompilasi resepi sweet@omoide, layari 

Semalam aku bekerja 21 jam! Gara-gara problem network intermitten kat Ofis.. Nak dekat kul 5:30 pagi baru aku bergerak balik.. Sampai rumah dah nak pukul 6:oo pagi. Abang pun tak tidur masa aku sampai. Lepak kat depan TV menunggu aku balik (kott!). Thanks Abang. Sian Abang kena take care budak2 semalaman walaupun ada bibik Danish & Dania still tidur ngan kitaorg. Tak leh berengang lagi :p. Tu pun Abang kata diorang tidur kul 1 pagi!

Sampai rumah kepala aku rasa senoneng je tak tidur semalaman. Kira finger print masuk kerja kul 8:30a.m, kul 5:30a.m keesokan paginya je baru finger out keluar! 21 jam!!! Dah lama tak buat kerja2 camnih. Kebetulan plak Director dari Japan datang tgh buat Management Audit 3 hari, nak tak nak kena settle jugak sebelum matahari menjelma keesokan hari! Kot yer pun time ni la nak problemm! dushhh!!! My lady bos lagi ganazzz.. balik saing aku pagi kul 5:30 tu jap lagi kul 8:00 pagi dah tercegat kat ofis sampai petangg audit punya pasall!!! Iskk iskk iskk

Anyway..
Kira semalam terus cuti laa ganti tidurr.. Pagi tu sempat gak bangun hantar Danish pergi school since Abang kena attend training so kena keluar awal pagi. Lepas hantar Danish sambung ZZZzzzzZZzzzZZ...

Nak dekat Zuhur baru aku terjaga.. aduhaiii letihnya badannn...
Bangun aku turun bawah duduk kat tangga. Tengok Danish yg dah balik skool dan Dania main depan TV. Lama aku perati.. tiba-tiba
Ehh...!! Mama ada kat rumahh..? Mama cuti hari nii....????!!
Danish dengan muka bersinar-sinar menegur aku.
Dania pun terus berpaling.. apa lagi 2-2 terus la berkejar terkam aku!!!

Moralnya since aku pun dah 2 malam tak masak..
Kelmarin ader Farewell Dinner bos Jepun kat Restoran Tasik
Semalam of course la sbb aku tak balikk!
So hari ni aku pun ingat nak masak best2 skett laa..
Maklum la dah ada orang rindu air tangan aku.. heheheheh

So resepi yang aku pilih :
Tomyam Seafood (Pok Tek)
Siakap sweet sour

kacang tumis telur

Untuk Tomyam, aku tuliskan resepinya di bawah ni sebab aku ada buat improvement skett
untuk memperbaiki rasa dan warnanya. Boleh cuba yer!


Tomyam Seafood (Pok Tek)
Bahan-Bahan

Untuk 5 orang makan
Ketam 2 ekor
Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
Jagung muda
Kobis bunga
Lobak merah
Tomato

Bawang besar 3 biji - hiris
Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
Halia 1/2 inci - ketuk pecah
Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
Serai 3 batang - titik
Daun limau purut 4 helai
Asam keping 2 helai
Limau nipis
Cili padi 10 biji
Paste tomyam 4 sudu
Tomato puri 4 sudu
Daun ketumbar - untuk ditabur
Garam secukup rasa

Cara-cara
Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedapp!! Bila sayur pun dah masak matikan api. Sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya! Siapp!!!! Aromanyerr.. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

TIPS:
Tujuan 'siap'kan kuah dulu untuk mengelakkan bahan2 basah overcooked.
Tomato puri - untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam
Lengkuas/daun ketumbar - Resepi orang Thai
kalau nak pekat lagi kuah ada yg letak santan/susu cair sedikit. Berani cuba?


So petang tu dgn cuaca sejuk2 lepas hujan aku sambut Abang dengan hidangan Bee Hoon Tomyam panas-panas.... he he he !

Lepas makan kitaorng semua 'turun padang' (depan rumah je) teman Danish main layang2!!



Sambil buat activity tengok ikan.. memang ada ikan pun I tell you!!! hu! hu!
Intro...
Aku sebenarnya KAGUM dengan ABANG.
Tak dinafikan Danish memang lebih rapat (sikit) dengan ABANG
Mungkin sebab Dania masih BF dan lebih suka 'menempel' dengan aku
Sebab Dania lebih manja dengan aku
Sebab aku tak larat nak dukung Danish bila keadaan memerlukan
Entah sejak bila seolah2 termeterai aku PIC kepada Dania dan ABANG PIC kepada Danish!
Hakikatnya
ABANG lebih 'sabar' melayan karenah Danish
ABANG lebih tolerate dengan Danish
ABANG lebih pandai tune emosi Danish
ABANG lebih pandai pujuk Danish..
ABANG lebih pandai ambil hati Danish or hatta reverse sycology Danish sekalipun
(err... lebih sikittt laaaa he he )
ABANG yang hantar Danish ke school setiap pagi
ABANG jugalah tukang 'garu' Danish malam2 nak tidur
Lagipun Danish share hobby yg sama dgn ABANG - Main PS2 Racing car!
Sebab tu aku kata 2 beranak ni mmg tak leh berenggang
TAPI! kasih sayang aku juga tetap tidak berbelah bagi buat kedua permata hati - Danish & Dania..!

Anyway berbalik pada kisah layang-layang
Scene 1:
Satu hari kitaorg shopping barang dapur kat satu hypermarket ni
pas tu aku ternampak layang-layang dijual dibahagian kanak-kanak
Aku : Abang, ni ada jual layang2 nih.. cuba beli satu bagi Danish main. Murah je ni (tak sampai RM10)
Abang : Ehhh.. daripada beli baik Abang buat sendiri.. senang je nak buat
Ye la tuuuhh.. biasanya kalau 'buat sendiri' ni lepas setahun pun belum tentu nampak bayang! isk isk isk!
Scene berakhir disitu dengan 'janji manis' Abang...

Scene 2:
Petang hujung minggu. Sejak my BIL pergi kursus survivor utk 9 bulan kat IPOH, motornya ditinggalkan kat rumah kitaorg. So petang2 hujung minggu kitaorang pun jalan la ronda2 taman anak beranak sambil ambik angin naik motor tuh
Kitaorang sampai kat satu taman permainan yg penuh dgn budak2 yg sedang bermain..
antaranya ada yang bermain layang-layang

Tiba-tiba Danish yg duduk berdiri kat depan bahagian motor tu bersuara
Danish : Eeee.. cantikkknyerrrr!
Aku : Haaa.. tu lah Abang. Mama dah cakappp nak beli layang2 ari tuhh.. kannn Danish dah mintakk!
Abang :...........................
Aku : Apa yang cantik Danish..?? (Tanya aku dgn niat untuk dengar request Danish nak layang2 dari mulut Danish sendiri)
Danish : Cantik kan mama.... KERETA tu..!!! ( !!??)
Aku : Haaahh..? KERETA?!!... manaaa..??? (tercenggang-cengang mencari)
Danish menuding jari ke arah sebuah kereta Pegueot 407 berwarna hitam parking kat sebuah rumah.
Aku terkedu tak sangka dengan jawapan yang terlahir dari mulut Danish
Danish : Danish nanti belajar pandai-pandai kan, masuk U.. kumpul duit (bila dah kerja) beli kereta kan!!! unnnnnnn...!!
Aku bertambah terkedu...
Abang plak tergelakkk dengar jawapan yang tak disangka2 dari mulut Danish
Tak terjangkau langsung kat fikiran aku yg Danish lebih syok dengan kereta PEUGEOT tu compare to layang2 yg dikejar anak-anak ditaman berbanding dgn umurnya yang belum pun cecah angka 4!! Ha ha ha!!
Gambar hiasan
Tinggi dan murni sungguh cita-cita Danish.. mudah-mudahan dimakbullkannNya suatu hari nanti.. aminnnnnnnnnnnn
Scene 3 :
Aku tengah drive balik kerja
Abang video call sambil tunjuk Danish tengah buat apa kat rumah tapi dek HP low battery segera video call terputus!
Aku terus SMS
Aku : Haaa? Bila beli? Aaa rugi aa mama (tak dapat nengok Danish main)
Abang : Abang buat la he he he
Aku : :Ye ke? Cam tak caye je he he!!
Rupanya ABANG dah beli layang-layang untuk Danish. Layang-layang pertama Danish!
Aku tak dapat gambarkan perasaan ketika tu. Seolah2 kita sebagai parent yang sedang dgn rasa tanggungjawab menurunkan satu warisan tradisi yg mengingatkan kita pada zaman kanak2 dahulu! Dan itulah hak diaorang sebagai 'kanak-kanak' untuk merasai kemanisannnyerr. Pada waktu tu aku cukup teruja nak tengok Danish main layang-layang.. serius!

Scene 4:
Hari ke-2. Abang balik lambat main Badminton. Aku pulak take turn teman Danish main layang2. Malangnya layang2 yg aku tarik tak terbang tinggi pun! Kejap2 naik pas tu tak lama... menjunam ke bumi! Aku tak reti main laaa.. arrghhhh!!!! Nampaknya Abang kena bagi training nih!

Layang-layang pertama Danish : DORAEMON!


Scene 5:


Kapten Boleh Beraksi : Saya yakin saya boleh lakukan! Saya yakin boleh!!!

Hari ke-3. Seperti yang dijanjikan.. Abang awal-awal lagi dah SMS
Abang : Hari ni ada training. Jgn lupa.
Dan aku tiba lewat sikit dari Abang. Bila aku sampai Abang sedang berusaha menaikkan layang2 . Danish pulak tukang lepaskan layang-layang di hujung satu lagi.. Hingga akhirnya layang-layang terbang ke awan biru.. tingginyerrr!!!!
Tidak lama selepas itu awan mendung berarakkk.. gelap sangattt! Layang2 pulak dah berapa kaki tinggi! Abang pun suspen nak turunkan layang2 sebab hujan dah mula merintik, angin semakin kuat dan kilat mula menyambarrr!

Setelah lebih 10 minit 'bertarung' akhirnya layang2 turun menyembah bumi.. siap nak tersangkut kat pokok lagi! Botol mineral yg buat gulung tali pun kemek2 menahan daya tahan angin.

Komen abang seraya mengesat peluh...
Abang : Fuhhhhhhh! Suspennn suspennnnnn!!!
Seronok tengok Danish enjoyed main layang-layang barunya!!! Esok lusa kita main lagi ya sayangg!!
*Dua beranak yg tak boleh dipisahkan*

Tahun ni buat julung-julung kalinya Putrajaya menjadi penganjur Fiesta Belon Panas Antarabangsa 2009. Kami pun tak lepaskan peluang untuk menyaksikan Belon Panas dari dekat(err.. tak lah berapa nak dekat he he ) walaupun hari terakhir acara je baru la kami jejak Putrajaya. Danish & Dania excited la tengok bentuk belon yg bermacam2 antaranya - bentuk gajah, burung merak, orange, clown etc. Kami sampai dalam pukul 6 lebih ngam ngam belon tengah naik..huhuhu!*err.. yang ni pun tak leh berenggang gakk hehehehe!*
* our sweet heart*
Dengan ini berakhirlah acara jalan jalan sempena cuti sekolah Danish.. he he