Showing posts sorted by date for query puduraya. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query puduraya. Sort by relevance Show all posts
Assalamualaikum...
Hentian Puduraya yang di tutup sejak Mac tahun lepas untuk di naik taraf
kini telah di buka semula kepada orang ramai..!
Berdasarkan tinjauan para pengguna yang di termuramah 
rata-rata berpuas hati dengan 'wajah baru' Puduraya.
Jauh lebih cantik dan selesa dan yang penting lebih sistematik..!

Aku pun banyak pengalaman berulang ke Puduraya semasa zaman2 
menuntut kat UM dulu.. lepas baru kerja pun masa belum beli kereta
masih berulang alik ke Pudu gak bila nak balik kampung uhuhu.
Dan aku ada satu Tragedi Raya kat PUDURAYA ni ehehehehhe.

Anyway aku yakin hentian Puduraya yang telah di naik taraf ni akan memberi
nafas baru pada nadi pengangkutan bas di ibu kota.

Nak tau berita lanjut boleh layari 



Credit gambar Infomasikini

 








Salam...
Wahh tahniah..!!  Selepas KTM memperkenalkan coach wanita kini Bas juga mula 
memperkenalkan Bas Khas Wanita ..! dengan motto Lebih Selesa, Lebih Selamat..! 

Tempoh ujian yang di laksanakan Disember lepas memberi respon yang amat memberansangkan. Harap-harap tak jumpa la kaum adam sesat dalm bas khas wanita lepas ni sebab aku pernah gak naik komuter masa mom's outing day tahun lepas.. dah terang benderang ber'printed'  LADIES COACH pun ada gak kaum adam sesat masuk.. dah le berhimpit-himpittt dalam tu.. aku yang tengok pun hangin satu badann.! hiss..! 

Baca berita lanjut : Mystar
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi pada Isnin yang akan menyusuri 15 laluan terpilih.
Ia meliputi lapan laluan baru di mana tujuh laluan telah diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lepas.
Bas itu yang tertera perkataan Bas Wanita akan beroperasi sepenuhnya mulai Selasa dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang.
Lapan laluan tambahan ialah bagi yang bernombor U6 dari Taman Jasa Utama ke Medan Pasar, U31 (Pandan Indah ke Maybank Puduraya), U46 (Damai Perdana ke BukitBintang), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (Taman Sentosa ke Pasar Seni), U82 (Bandar Utama ke KL Sentral), U224 (Taman Dato' Senu ke Pasar Seni) dan U623 (Stesen LRT Kelana Jaya ke Subang Parade, melalui Sunway Pyramid).
Laluan terdahulu ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves ke Medan pasar, U8 (Hab Damansara Damai ke Medan Pasar), U22 (Hab Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Terminal Kajang ke Pasar Seni), U60 (Hab Puchong Utama ke Hab Pasar Seni), U80 (Hab UiTM Shah Alam ke Pasar Seni) dan U81(Hab Subang Suria ke Hab Pasar Seni).
Bagi perjalanan di sebelah pagi untuk penumpang wanita ke tempat kerja, ia akan berlepas pada pukul 6.45 pagi dan 7.30 pagi manakala di sebelah petang untuk penumpang pulang selepas bekerja, ia akan berlepas pada pukul 6 petang dan 6.45 petang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bas seumpama itu merupakan pilihan terbaik untuk golongan wanita ketika menggunakan pengangkutan awam.
"Ini adalah penambahbaikan kerana bas untuk wanita ini akan memberi ruang kepada lebih ramai wanita yang mungkin rasa kurang selesa menggunakan bas terutama di waktu puncak.
"Tapi mereka ada pilihan untuk naik bas yang mana, wanita saja atau campur dengan yang lain (lelaki dan wanita)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Pengarah Kumpulan Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, peluasan perkhidmatan Bas Wanita dilakukan setelah mendapat sokongan sebanyak 92 peratus daripada 1,400 responden yang disoal selidik semasa tempoh percubaan perkhidmatan.
Prasarana akan turut melancarkan bas dan van khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak lama lagi. - BERNAMA
Salam..
Mungking ramai yang dah beli tiket balik kampung sempena Aidilfitri tahun ni dah berangan-angan dapat naik bas dengan lebih selesa di stesen Puduraya baru tapi nampaknya hasrat tu tak kesampaian tahun ni... hu hu. Apa nak buat, kontraktor 'tersalah anggar' pulak dah...


credit : google


Cerita pasal Stesen Puduraya ni, aku pun ada gak 'tragedi Raya' kat stesen nih ha ha. Tak silap aku Aidilfitri tahun 1996. Waktu tu aku masih belajar di AAJ, UM.Seingat aku Tiket yang di beli lebih kurang bertarikh 23hb Disember, jam 1 pagi (tak silap di tulis jam 25:00). Makanya sepatutnya aku naik bas pukul 1 pagi  semalam tapi aku datang keesokan malamnyer...!! Dek konfius dengan waktu yang tertera di tiket bas, yang ke'konfius'an tu HANYA di sedari keesokan malamnya bila tersedar yang bas aku dah berlepas malam semalamnyer lagi...!! Adoiiiiiiiiiiiiii...!! Panik kejap aku bila sampai2 stesen bas cek dengan kaunter kata bas tu malam semalam punya. Dah la musim-musim raya ni tiket confirm la dah habis licin semuaa.. siap ada bas tambahan lagi. Aku dah tepon Mak kat kampung... nampak gayanya beraya kat UM je la tahun tu... Dah 'terbayang' dah suasana pagi raya di dewan makan kolej.......uuuuwWwwwaaaaaaaaaaAaaaAaa!!!!!!!!


Apapun aku cuba juga merayu dengan pemandu bas yg di jadualkan bertolak ke destinasi yang sama nak aku tuju malam tu. Aku kata tak kisah, berdiri sepanjang perjalanan pun takpe la janji aku boleh tumpang balik naik bas tu. janji boleh sampai kampung sebelum raya.. bukan aku tak beli tiket... tapi tersilap tengok tarikh dan waktu perjalanan...!!! uhukk uhukkk...!


Masa tu pemandu bas suh aku tunggu kalau-kalau ada penumpang yg tak datang or kansel etc. Maka aku menunggu dengan penuh neves dan paniknya kat tepi platform waktu tu.. duppp dappp duppp dapppp duppp dappppppppppppppppppp jantung aku bergetarrr......!!


Tiba waktu perjalanan, driver kata ada satu seat kosongg..! Alhamdulillahh...!!! syukurr  sangat-sangatttt dapat naik bas balik kampung malam tu..!! Terima kasih bebanyak sangat kat driver bas tu.. Transnasional tak silap. Dah la tu Raya terakhir sebelum aku berangkat ke bumi sakura tahun depannyaa.. kalau dah kat seberang laut tak dapat balik beraya tu faham la kann.. di kalau kat tanahair sendiri pun tak dapat balik beraya memang HARU BIRU la wehh..!! iskk iskk iskk


Sekian kisah 'Tragedi Raya di Puduraya' ku he he he.




************************************************************************


sumber :Malaysia kini


Salah anggaran terhadap struktur binaan tingkat bawah stesen Puduraya menjadi punca projek naik taraf stesen bas itu tidak dapat disiapkan lebih awal, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

NONEBeliau berkata, setelah projek itu bermula, kontraktor yang dilantik oleh UDA Holdings mendapati struktur binaan itu perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna.

"UDA Holdings memang ada janji bahawa projek naik taraf ini akan siap dan boleh digunakan seminggu sebelum Hari Raya. Malangnya dua minggu lepas, saya terima pangilan daripada UDA (Holdings) yang mengatakan ia tidak dapat siap seperti yang dijanjikan sebab struktur itu perlu diolah bagi menempatkan lif dan beberapa kemudahan lain," katanya.

Justeru, beliau berkata isu projek tidak siap mengikut jadual juga tidak timbul memandangkan kontrak UDA Holdings bagi menyelesaikan pembinaan itu adalah sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan wang tunai RM300 dan kurma kepada 400 orang daripada keluarga berpendapatan rendah yang berdaftar dengan Pusat Rahmat dan e-kasih, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL bagi meringankan perbelanjaan menghadapi Hari Raya.

NONE"Memang kalau mengikut kontrak, UDA Holdings perlu menyiapkan pembinaan itu menjelang hujung tahun ini, cuma pada mulanya mereka beranggapan struktur di tingkat bawah itu dapat disiapkan lebih awal untuk pengguna, tapi disebabkan kesulitan yang dinyatakan, ia tetap tak boleh digunakan lagi," katanya.

Sebelum ini Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed, mengakui kerja pengubahsuaian hentian bas Puduraya tidak sempat disiapkan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Beliau berkata, ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan menyebabkan Puduraya hanya boleh beroperasi semula hujung tahun ini.

puduraya bus station 260908 01Ketika ditanya pemberita mengenai penjualan mercun dan bunga api secara terbuka di bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, Raja Nong Chik berkata Dewan Bandaya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah mengeluarkan lesen bagi menjual bahan itu.

"DBKL tidak pernah mengeluarkan lesen untuk menjual mercun dan bunga api dan seperti yang pihak kami maklum, penjualan mercun dan bunga api adalah perkara di bawah kawalan polis.

"Mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menjualnya di tempat terbuka, tetapi hanya polis yang boleh mengambil tindakan dan saya minta jika ada dijual, laporkan segera kepada polis," katanya. 

- Bernama