Assalamualaikum..

Akhirnya berjaya menggantung kuali sebelum balik kampung hihihihi!!
Abang ajak berbuka kat Red Wok Bangi. Seminggu sebelum tu Abang & ofis mate dia ada majlis iftar kat situ gakk.. memula bajet nak gi hari Jumaat lepas tapi fully booked! 
So dapat date hari Ahad... so pergilah hari Ahad tu 


Red Wok ni kedai sebuah.. mmg masa pergi tu customer ramai giler yg nak berbuka puasa...
luas tempat dia tapi penuh dgn manusia!
Tak silap owner chinese muslim :D


Ni antara juadah yg sempat di ambil sebelum waktu berbukaaa


Boleh grill dan steamboat sekali 


Papa dah start sessi celup mencelup, bakar membakar siap2 sebelum waktu berbukaa



Itu dia tuan rumah tgh syok pulun selepas waktu berbuka hihihi


Dhiya ngan bibik. Hari ni baru angkut semua ke luar huhuh.


Ahaa.. Ahd tu dah terlanjur shopping semua dah settle, lepak2 kat umah kemas barang je.
Sambil2 pasang batu kat baju kurung sedondonnn. Seb baik la siap last minit baju ni kann.
Nenek sponsor kain baju sedondon tahun ni... 
so kita transform baju bling bling sedondon gitew hew hew hewww


1st buat Baju Dania dulu. Excited la anak dara ni nak menolong. pasang batuu.. maklum la baju dia kannn


Ralit susun batu sebelum di tekap dgn seterika.. Aku pun first time buat nihh


Muka tersenyum puas ahahahahaha!


Setelah berdiri kat papan seterika hampir 2 jam akhirnya siap baju kurung bling bling sedondonnn!!!
Dengan baby pun bling2 nanti hihihi. Bila tengok 4 helai baju ni...  terasaaa... wallaaa ramai je 
assistant mama kat Dapur bila anak2 dara dah besar nanti best best bestt!! 
sambil2 jadi shopping mate hew hew hewww


Hari Ahad tu dah sibuk packing2 barang nak balik kampung.
Tahun ni teringin gak nak bershawl lilit2 time raya tapi bila memikirkan 
anak2 kecil ku yg masih suka 'tarik menarik' terbantut terus niat.
Bersabar dengan tudung awning je la nampaknyer uhuhuh

Balik kampung rasa tak sah kalo tak pikul berbakul2 muatann ehekk! 
ni belum termasuk baju2 basahan nak pakai hari2 lagi... kuih raya,
bag2 baby, ole2 utk ahli keluarga and so on and so on mmg kompem sendat keta wehhh!

Anyway kepada yg dah nak pulang bercuti.. hati2 di jalan raya.
Pandu cermat jiwa selamat dan ingat yang tersayang yer..!
Kitaorang balik hari kerja... hopefully jalan tak jammmed... yoshhh!!!



 Assalamualaikummmm...

Ahaa... hari ni rasanya dah ramai yg start cutii..
Ramadhan pun dah di penghujungnyaaa
Kitaorang pun sempat gak berkumpul dgn family gather2 buat majlis iftar.
Bulan2 posa ni memang masing2 pakat tayang gambar makanann je kan hihii


Menu tuan rumah, nasi beriani + sambal + kari + acar... roti jala + murtabak mini.
First time nak try masak nasi beriani ni


Tapi first trial failed!! beras basmathinya terlebih air.. tengok tak panjang2 jadi nyaaa uhuhuh.
Tak peee always learn from mistakeee .
Dah la first trial time tengah posaa.. rasa pun tak leh nak test adeh adeh


Sessi menjam seleraaa


Kanak2 yg riang ria main bunga api kat luarrr




Haa kemain seronok kalau dapat berkumpul ramai2 dengan sepupu sepapat.. boleh menangis2 tu kalo nak time nak balik


Seminggu selepas tu berkumpul iftar bersama2 kat rumah Kakak Ipar pulak.
Macam2 juadah tuan umah masakkk.. kitaorg pakai beli je bawak hihih


Yang bestnya siap ada bakar2 tuhhh


Kalah Seoul Garden cam nii...
lagi senang buat kat rumah sambil boleh golerk2 hihih


Al-kisahhhh

Assalamualaikum..

Ahaa.. baru2 ni Dhiya terkena alahan. Habis muka & badannya merah2.
Tak tau kenapa.. mujurlah dia tak sampai gatal tergaru2 just naik je merah2 tu
sana sini... sampai kat mata pun bleh nampak bengkakkk.. memang kesian sangat tengok.


Pergi klinik cek ngan Doktor. Memang Doktor sahkan alahannn..
dapat ubat sapu camomile lotion yg pink tu sapu kat tanda merah2 tuu


Habis kat badan pun naik.. jenuh duk fikir apa yg dia silap makann...
alah pada apaa... sampai susu formula pun stopkan sementara.
Alternatifnya apa lagii.. susu fresh EBM la kann.. kebetulan masa tu balik kampung.
Memang kat kampung Dhiya minum fresh EBM je dari Mama.


Setelah membuat 'try & error' pada Dhiya.. akhirnya kitaorang buat kesimpulann...
'suspek' utama alahan Dhiya ialah 
Hawaiian Cheese Bread yg di beli di Giant uhuhuhuh.
Agaknya Dhiya alah pada keju kot..... 


Apapun bersyukur sebab susu badan tengah banyakk..
kalau ada yg tak kena je pada Dhiya anytime boleh kasi Fresh EBM.
Memang bersyukur sangat sangatt




Assalamualaikum...

Akhirnya Ramadhan kian sampai ke penghujunggnyaaaaaa.
Minggu depan mesti dah ramai yg start cuti dan balik kampungkann...
antaranya termasuk la I tu heheheh

So dalam pada prepare nak kemas2 barang sebelum balik kampung,
antara misinya ialah mengosongkan barang2 dalam peti aisss hihihihih.
Inilah antara hasilnya hari ni
Popia goreng + tahu sumbat *perabih kulit popia*,
Pan Cake *perabih tepung segera pc dlm stok dapur,
Frozen karipap & frozen mini murtabak hand made ala caca marba*,
bihun goreng, perabih setengah bungkus yg dah terbukak.
Siap ada Root Beer float yg aku dok mengidam sangat hihihihi
Esok Papa ajak berbuka kat luarr.... so consider esok dah start gantung
kuali lah hoyeh hoyeh hoyehH!!


Ramadhan kal ini sementelah ahli keluarga yg dah makin bertambah, almost hari2 masak & berbuka kat
rumah je. Bila mengingatkan jumlah 'ahli' yg nak di angkut mmg lemah semangat nak berbuka kat luar.
Kat rumah lagi boleh bersantai huhuhuh

Cuma ada la 3 kali kot buka kat luar, tu pun kat umah Ipar, kat kampung  & Majlis Iftar kat kompeni Abang. Selebihnya memang berbuka kat umah je. Memang pecah rekod diri sendiri tahun ni uhuhuhu


Menu Iftar yg di tunggu2 tiap2 tahun kat kompeni Abang,
kambing golekk nyumm nyummm!!!


Menu iftar masa balik bersihkan rumah kat Kampung Pahang. Maklum la rumah tu tak de orang duduk kann.. walopon balik sekali sekala gigih gak tu nak masakkk juadah berbuka hihihi.
Sempat buat kari ayam, sambal petai ikan bilis & sayur campur.
Yang lain2 semua tunjuk sajaaaaaa.


Boleh pulak jiran sebelah offer 'air kelapa' fresh dari pokok.
Apa lagi.. rezeki jangan di tolakkk!!
Campur air beli 3 jeniss.. masing2 nak ikut tekak sendiri punya pasall
total 4 jenis air waktu berbuka.. yg bestnya semua habiss!!!!


Baby Delisha yg riang ria dah pandai merangkakk


 Kakak Dhiya yang kerjanya asyik nak menggomol baby Delishaa jekk.. kakak pun geram tengok adik gebot ekk hihihihi


Assalamualaikum...

Akhirnya dapat jugak sambar Cik Zaynab dari kedai k.paridah untuk Emak. Itu pun masa tepon mak tanya baju raya kaler apa sibuk dia tanya nak buat apa tanya uhuhu. Lepas tu panjang lebar lah ulasan kate kalo nak carikan tudung jangan yg colourfull, jangan yg 3 tingkat... Jangan yang bling blinggg...and so on and so onnn.... maklum la mak ambo low profileeee orangnyer ihihihi

Last2 sambar Cik Zaynab. Labuh, siap boleh masuk tangan dan solat ready. Ok...sudah lengkap barang2 yg nak di carii..ringan suda kapla lepas ni hihihi


Dah terlanjur singgah Fareeda Bangi, singgah Billion PKNS Bangi sekali beli pemanggang ajaib. Bebaru ni Ayu Zamzarina ada update kat FB kata pemanggang Ajaib murah kat situ. Memang sebijik sebijon macam yg aku beli lepas pantang ari ni dah la harga separuh lagi murah adeh adehhh. So boleh la beli wat ole ole raya kat emak jugak.

Sape yg masih tercari2 tu boleh la dapatkan di Billion PKNS Bangi selagi stock masih ada ya. RM59.90 jewwwww yeowwww!


Assalamualaikumm....

Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk 3 minggu kita berpuasa.
Minggu ni last kerja, minggu depan dah start cuti Raya hoyehhh!!!

Alhamdulillah sepanjang bulan puasa ni bekalan EBM mantain walaupun
saya berpuasa seperti biasa. Ada jugakalanya macam yoyo tapi overall
masih dalam paras yang mencukupi dan memuaskan.

Cumanya kalau biasa akan pump 3 kali waktu siang iaitu pagi, tengahari di ofis 
dan 1 sessi lagi petang lepas waktu pejabat or otw balik rumah.
Tapi sepanjang bulan puasa ni 1 sessi saya pindahkan ke sebelah malam samaada lepas 
berbuka atau lepas bersahur maklumla pengambilan air 
lebih pada waktu malam huhu.

Ini rekod EBM sepanjang minggu ke-2 berpuasa 


16hb July
 sessi pump selepas waktu berbuka... Alhamdulillah 9 Oz


17hb July,
sessi pump time lunch hour kat office.


Alhamdulillah... hasilnya 8.5 Oz per session


18hb July
Sessi pump time lunch hour jugak kat office.
Average pump 15-20 min. Kali ni lama sikit almost 22 min.


Alhamdulillah hasilnya 8.5 Oz jugak per session


19 hb July
Sessi pump tengahari jugakk... 


Alhamdulillah 10.5 Oz per session


21 July
Sessi Pump lepas berbuka. Balik tu kelam kabut masak kat dapurr..
sambil tunggu waktu berbuka baru sempat plug medela freestyle hihihi


Boleh sambil berbuka sambil pump ahahahaha.
Sedar2 nak nak 10.5 Oz jugak dapat tu  Alhamdulillahhh.
Mama kenyangggg....  bahagian baby pun mengenyangkan.
Jangan marahhhhh yerrr... moralnya dengan Medela FS ni orang kata
tak de sebab tak sempat pump... 
anywhere, anytime ~ freestyle with just 'one button'..
sangat2 lah senanggg kannnnn!

**********************************

Weekend lepas COD Medela FS pada seorang customer, Puan Syima
di sekitar area KL. Sungguh bertuah ibu muda ini
kerana dapat hadiah Medela Freestyle ni dari kakak beliau 
yang juga merupakan seorang doktor.

Penghantaran terus ke rumah beliau yang masih berpantang.
Sessi demo dijalankan agar pengguna baru Medela FS
benar2 dapat mengaplikasikan kehebatan 
teknologi 2 fasa Medela Freestyle seoptimum mungkin.
Alhamdulillah... hands on practical berjalan lancar
dan saya pun senang hati tengok beliau pun dah dapat terus rasai
sendiri hasilnya.
Happyyy je kannn!!!


Yang paling best lagi... 
Lepas deliver MFS, sambung pergi shopping.
Shopping raya kali ni baby Delisha tinggal kat rumah je dengan Bibik.
Kesian nak bawak baby ke hulur ke hilir beli baranggg. Jadi bawak Abang dan kakak2nya aje.
Kalau baby Delisha tak ikut pun, kakak Dhiya ada. 


Sambil menuju ke destinasi  sempat lagi pump EBM dalam kereta
dan boleh supply fresh terus EBM bagi kat Kakak Dhiya hihi.
Tak yah susah2 nak bancuh2 dahh.


Sekali pump dapat 10 oz6 Oz bagi kat Dhiya,  licin!!
4 Oz simpan dalam  cooler bag untuk Baby Delisha.
Petang sebelum balik sempat lagi pump satu lagi sessi.
Sangat sangat bermanfaat Medela FS ni kann!!
Saya memang sangat2 jatuh chentaaaaa!!! 


 Ahaaa... dan inilah dia si Cheecky Delisha 4 months yg menggebot
 hasil penyusuan eksklusif titisan emas susu ibu.
Segalanya sangat2 berbaloi buat ibu wahai anak-anak ku...!!!


Assalamualaikumm

Semalam julung2 kali berpeluang jumpa live Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Al Haj 
yang mencemar duli bagi merasmikan Masjisd Taman PP yg berdekatan dengan rumah. 
Kebetulan terawih sebelum ni dah di beri pengumuman oleh imam untuk datang beramai2 
memeriahkan majlis maka petang semalam pergi la dengan Danish & Dania. En Hubby pulak ada majlis berbuka puasa dengan Customer di Hotel Singgahsana..


Majlis berbuka dengan menu ringan kurma, bubur manis dan bubur lambuk.
Yang di raikan bersama oleh Pusat Zakat Selangor hari ni of course lah
golongan Asnaf, fakir & anak2 yatim. Memang diaorang dapat meja reserve.
Rakyat marhain yang lain tu pandai2 la menempel cari tempat hihihi.
Orang memang ramai lahh.. paham2 je la kan.


Antara juadah berbuka yang di agihkan.
Lepas berbuka dengan juadah ringan terus solat maghib berjemaah bersama2 
dengan Sultan Sharafudin Idris then baru sambung makan malam.
Menu nasi putih dan lauk pauk daging masak kicap, ayam/telur masak sambal. acar nenas...
orang memang ramai so lauk cepat je habis dan cateror mmg sentiasa kena top up lauk.


Danish makan licin.. maklum la sambal kann.. sedapp katernya. Alhamdulillah.


Dania pun habis sepinggan comelll


Lepas dinner sambung Solat Isyak berjemaah di ikuti okeh Terawih 20 rakaat dan witir 3 rakaat.
Memang laju je imam. Terasa memang lancarrr je. selalu kalau 8 rakaat pun
mode 'slow motion' hihihihi. Dengar2nya imam pun mmg khas pengiring Sultan.


Habis solat terawih, Sultan Sharafudin sempat bergambar kenangan dengan Menteri Besar DS Khalid dan exco negeri diikuti AJK2 masjid yang berbaju hijau di belakang.
Rupa2nya ada ex-office mate yg jadi salah sorang AJK.


Malam ada lagi morehh... bubur kacang hijau cecah roti, air sirap sejuk dan teh tarik. Dalam ramai2 tu boleh terserempak dengan member sekampung kat Johor nu... dia dari team paramedik standby untuk Sultan.

Al-kisah majlis iftar bersama Sultan Sharafudin di Masjid TPP kali ini. Masjid ni sebenarnya dah lamaa..
baru semalam di rasmikan. Patut la masjidnya pun dah bercat baru gitewwwww

apapun kenangann yg baik untuk Danish & Dania InsyaAllah.


Assalamualaikum...

Salam ramadhan di pagi Isnin semua.. 
selamat melayan monday bluesssss...

My cheecky baby Delisha Adliena si bam bam bammm dah 4 monthss!!
Lepas ni dah kena share diapers ngan kakak Dhiya size L..
size M dah melecetttt pehanya uhuhuhuhu

Kemontelan berkat titisan emas susu ibu sepenuhnya... Alhamdulillahhh


Semalam sempat merendek ke Seksyen 7 cari baju raya...
tema tahun ni kaler purpleee.
Alhamdulillahhh... team purple completed yesterday walopon 
turun naik banyak tempat gak nak cari kaler ala sedondonn.
Dah la K. Paridah tutup plak hari Ahadd.. keciwa makcikk


Ni masa fitting baju.. Dania jadi assistant tolong pegangg...
ralit Mama dok fitting tengok2 dia kat sebelah dah siap sarung baju Mama 
dok 'fitting' jugak.. complete ngan tudungg.. 
nak tergelak Mama tengokkkk.. Dania Daniaaa...

Anyway dah lega baju tema dah settle. 
Lepas ni tinggal fine tuning jekkk