Assalamualaikum....

Salam hari Khamis semuaaa.. ada sehari lagi seblum cuti hujung minggu.. 
masa untuk bergolek2 kekekekeke

Minggu ni Danish exam..  Danish Darjah 1 dan tertakluk pada kurikulum baru KSSR.
Aku pun masih confius2 lagi sistem baru KSSR ni... tak tau bila examnyaa.. bila ujiannyaa..
semuanya akan di lakukan secara bersahaja oleh cikgu.. naturally gitew..
Mid year lepas bila pergi tengok pencapaian setengah tahun pun memang tak ada sistem nombor dalam kelas.. semuanya akan berdasarkan band.. dan Cikgu akan sentiasa pantau dari masa ke semasa..
jadi parent sendiri tak tau nak pantau macamanaa.. Danish ok ke dalam kelas.. tertinggal kee.. kat depan kee.. boleh catch up keee..? uhuhuhu

Anyway untuk akhir tahun ni ada jugak exam yang di panggil 'Pentaksiran Sumatif 2012'.
So Cikgu bagi Jadual tu pun bukan exam sepanjang hari ... berselang2.. 1st class exam then continue
belajar macam biasa... nanti lepas rehat exam lagi satu subjek & continue lagi belajar macam biasa.
Jadi kat rumah just support mana yang boleh untuk Danish buat revision sedikit sebanyak...


Ahaaa... Dhiya macam biasa... dia ni PANTANG NAMPAK BUKU ATAU KERTAS!! 
memang laju je dia manjat nak mencapaiii!!!  Mana Abang & Kakak dia bukak buku
memang dia pun laju tuju kan situuu! Mainan2 terus campak tepii.. susah sungguh nak di control nyerr!


Tengok gelagat Dhiya kaco Abang & Kakak belajarr...


Kalau tak sampai cepat je nak angkat kaki manjat meja! hahaha


Kakak Dania suka la tu mengacahhh lagi si Dhiya nak berebut! 2x5 jekkkk


Ni di waktu yang tenang sikitt.. tapi tengok laaa.. Abang capai buku je cepat je bukan kenit tu 
menempelll kat tepiiii hehehe


Tengok2 Mamanya tu nak kaco Abangg...  dok pikir takut kena marah kew...?


Siap bertentang mata dengan Abang..!! HEP!! Jangan kaco Abang!!!!


Tapi tak kira...! nak jugakkkk!!!!!! akkakakakak


Last but not leasttt.. satu lagi scene STUNT Dhiyaa.. budak pantang nampak buku kannn..
 adoiiii seb baik Mama sempat 'rescue'!!
 *dan sempat plak amek gambar! akakaakak*
Kalau tak kompem nko terjun ke lantai lagi la Dik oiiii!!

Dhiya Dhiyaa.. asyik budak jantung Mama dup dap dup dapp je tauu.. 
tu yg malas nak buh Dhiya dalam Walkerrr tuu.. 
seingatnya dulu Danish & Dania tak de la sampai buat aksi stunt terjun walker kikikiki.
Tapi agaknya sbb design walker tu kot..? lain ke ekkk..
Maklum la.. walker mmg tak di turunkan.. tiap2 orang naik walker baruu...
sebab tak tahan lama.. habis pakai bibik buh kat tepi rumah.. buruk macam tu sajee.
last2 kena la beli baru tiap kali dapat baby uhuhuhu


Anyway kepada Danish.. Mama & Papa doakan yang terbaik semoga dapat buat dengan cemerlang
exam kali ini okeh..! Good Luck sayangg!!

Assalamualaikum semua...!
Wahh.. sekejap je kan dah masuk bulan Oktober... lagi 3 bulan je
habis dah sessi 2012 ni ha. Bila aku tengok balik entry blog 2011/2012
ehhh suku je utk tahun 2012 ? akakakakaka
banyak sungguh entry tertunggak ekekekekkee

Anyway.. aahhaaaa.. baru hari ni berkesempatan nak share
berita gembira untuk kami sekeluarga...
Jeng jeng jengg!!!! Alaaa.. tengok gambar thumbnails pun sure dah taukan ekekekkee.
TAPI ini bukan pregnancy test result Dhiya tauu! 
Ini pregnancy test result untuk ADIK DHIYA..!! hehehe !!!


Alhamdulillahh syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami.
Memang target nak 4 oranggg.. 2 orang kompem tak cukupp..
3 orangg.. ok ok... tapi alahaii.. macam masih tak cukup 'meriah' kannn
Adik beradik aku 4 orang, adik beradik Abang 6 oranggg 
ahaaa.. so kalau ada 4 orang tu rasa ngam2 la 'huru hara'nya kan ekekekekek
Sementelah umur aku pun dah atas border 'selamat'.. nak masuk 35 dah tahun ni 
so kena mengejar due cecepat sket uhuhuhu.
Dengan +ve nya pregnancy test tu bermakna.. 
aku bakal menjadi ahli kelab 'Fantastic Four' lah ehehehehe


Ni result check up and scan terakhir baby. Masa ni dah pun masuk 12 minggu! Baby dah 6cm masa ni.
Means aku dah pun selamat mengakhiri Trimester pertama dan nak masuk Trimester ke-2 pun.

Alhamdulillah.. trimester pertama aku lalui dengan lancar.. tak de loya2 macam jugak sebelum2ni.. 
kerja macam biasa.. cuma sama macam masa pregnantkan Dhiya, CEPAT LAPAR 
dan terpaksa mengunyah selalu! Errkk SAMA SIMPTOM ? Jantina pun sama kah? Jeng jeng jenggg!!
Owh kita tunggu dan lihat yekkkk
Lepas tu kurang selera nak makan nasi.. kena cari mee or apa-apa yang berkuah...
Kalau tak di layankan bunyi perut ni memang cepat la sakit kepala.. so 2 jam sekali memang 
kena makan somethingg.. Doktor pun pesann, tu tindak balas hormon orang mengandung.
So kalau boleh banyakkan ambil buah-buahan untuk alas perut 
dan kurangkan  pengambilan karbohidrat sbb kena kerap makan  takut
over KG plak nanti .....gitewwwww

Pregnant kali ni nampaknya jarak agak dekat jugalah dengan Dhiya walaupun bila baby baru 
lahir nanti akan beza 2 tahun persekolahan.... 2011 vs 2013. 
Sebenarnya plan asal hujung2 tahun sikit.. tapi bila pasang niat
Allah SWT makbulkan on the spot! Alhamdulillahh! Syukurrr!!!!
Orang kata rezeki jangan di tolakk


Sebagai langkah persediaan kali ni aku ambil pregnancy set dari Shaklee
untuk support baby InsyaAllah.
Cuma satu je masalah.. tablet shaklee ni besar2.. mmg senang tersekat kat anak tekak..
jadi terpaksa la aku gilir2 dos yg nak di ambi. kalau tak memang kembung
perut minum air nak telan semua dos sekali harung!

Dhiya  pulak masih breast feeding walaupun dah campur. 
Doktor pun kata tak ada masalah, boleh teruskan.
Bibik pun masih dalam kontrak bila baby baru lahir nanti. Memang kena 'jaga' betul2 
Bibik ni.. Alhamdulillah so far Bibik sekarang ni sangat2 membantu. Pandai 
jaga rumah.. pandai jaga budakk.. nampak dia sayang sangat kat Dhiya..
Dhiya pulak jenis tak banyak ragam walaupun dah nak dapat 'adik'.
Happy sokmo orang kata  kih kih kih.
Cuma makin lasak sekaranggg.. semua nak di panjat! aku balik kerja dah pandai
berkejar ke pintu grill berdiri kat situ sambil sengih2 tunggu Mamanyaa..
eeiii comeyyy dgn keletahnya gerammm sangatt! hik hik

Apapun doakan lah semoga semuanya berjalan lancar kali ni yek.
Aku pun sentiasa berdoa semoga di permudahkan segala urusan
mengandung, melahirkan & membesarkan zuriat kami ini.. InsyaAllahhh
Aminnnnnnnnnnnnn!!!

Assalamualaikumm...

Bajet 2013 telah pun diumunkan oleh Dr Seri Najib.
Pasti ramai yang gembira dengan pengumuman Bajet 2013
terutamanya kepada penjawat awam yang bakal 
memperoleh 1.5 bulan BONUS!!
Walla masyukkkk tuhhh!!

Meh kita perati ringkasan intipati Bajet 2013.
Mungkin kita adalah antara yang mendapat secara langung..
atau mungkin juga cuma dapat sipi sipi uhuhuhu.
Apa pun yang penting adalah nikmat keamanan yang 
kita peroleh di negara kita sehingga ke hari ini.


Bagi aku pulak.. antara manfaat yang bakal dinikmati secara langsung ialah
pengurangan 1 peratus cukai pendapatan individu seperti yang tertera dibawah.
So siapa2 yang terkena tu boleh la tengok jadual di bawah dan kiralah sendiri.

Ini bermakna untuk tahun 2013 nanti potongan cukai hanya bermula kepada
golongan yang mempunyai RM5000 pendapatan bercukai 
(pendapatan setelah di tolak semua rebet dan potongan yang berkaitan)


At least laa.. yang lain2 tu mmg tak merasa walaupun agak kecewa sebab duti eksais
kereta langsung tidak di sentuh.. letih weh beli keta biasa-biasa tapi terpaksa
bayar pinjaman bulanan tinggi gara-gara terpaksa cover interest & duti eksasais ni.

Harap tahun depan kita akan dengar sesuatu yang positif pulak pasal harga kereta kat Malaysia ni kan!