Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts
Assalamulaikum 

Apa khabar semua ? Ku kira belum terlambat lagi nak mengucapkan 
Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada semua pembaca blogku yg 
di kasihi. Semoga 2013 bakal membawa lebih sinar dan rahmat dalam 
kehidupan kita... InsyaAllah.

Alhamdulillah.. meninggalkan 2012 dengan beberapa azam yg tercapai..
ada yg advance achieve pun ada ahaksss! Adik Dhiya le tieww he he.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah dah rahmatnya
sepanjang melalui sessi 2012 walaupun ada kisah suka dan duka.
Yang pasti semua yang berlaku pasti ada hikmat di sebaliknya.. InsyaAllah...!


Malam semalam dapat panggilan sempena tahun baru dari member baik kat Jepun dulu, Kumi Chan. Memang kebiasaaan tiap2 tahunn.. kalau tak aku yg call, dia yg akan call.
 Aku plak baru terhegeh2 nak hantar 'hadiah' untuk baby sulungnya huhu


Cam biasa.. last minit gak baru sibuk melabel2 barang-barang Danish. Label pun hilangg..
 kalau tak label lagi lahh.. paham2 je lahhhhh. Tahun ni Danish masuk tahun 2.
Dania pulak naik ke 6 tahun dan kedua-duanya
mantain di sekolah yang sama.


Last minit jugak baru settle tempah cop nama & settlekan balut buku. Maklum laa.... bibik pun tak ada. 
Cuti sekolah pun berulang balik kampung.. so 'merempit' gak settlekan keperluan Danish di saat-saat akhir ni uhuhuhuhu


Tahun 2013, buat penambahbaikan sket utk keperluan sekolah Danish ni.
Add on rak2 buku Danish supaya lebih terorganize. Maklumla rumah sekankang tungau..
beli rak comel ni pun nak buh mana jenuh pikir uhuhuhu.


Danish dah ready nak ke sekolah untuk hari pertama. Hari ni aku & Abang cuti.
Settlekan keperluan persekolahan budak2 hari ni. Ada lagi buku aktiviti yang hari ni baru di re-stokkan semula dek kehabisan ketika sessi settle yuran hari tu. 

Sekolah pagi Danish ke Sekolah Rendah Agama dan Dania
ke Little Caliphs. Ceria 2 beradik nak ke sekolah hehe



Untuk sessi petang, Danish ke Sekolah Rendah Kebangsaan.
Nampak Dhiya kat tepi tu ?
Pantang lepas sket meluru je nak keluarrrr hiskkkk!!


Untuk Danish, semoga 2013 Danish akan dapat improve lebih banyak lagi dalam aspek pembelajaran.
Berakhir sessi persekolahan 2012 sedikit sebanyak aku lebih paham bagaimana
KSSR dan sistem Band dinilai. Bukan berdasarkan keputusan akhir tahun semata-mata.!
Kalaupun  penilaian Sumatif akhir tahun Danish boleh achieve Band 6, tetapi 
itu hanyalah mewakili beberapa % dari jumlah penilaian keseluruhan.
Makanya untuk mencapai penilaian Band 6 sebenar seharusnya
bermula dari hari pertama lagi murid menunjukkan prestasi terbaik dari segala aspek!
Ya segala aspekk termasuk disiplin dan kerja rumah sehari hari.

Mama & Papa harap Danish dapat improve lagi pencapaian tahun ini 
dan InsyaAllah Mama & Papa akan memberi sokongan terbaik buat Danish okeh.!
Assalamualaikum....
Majlis Intifal @ Majlis Konvo The Little Caliphs berlansung awal November lepas bertempat
di dewan UPM, Serdang.
Di sebabkan TLC branch  Dania pun masih baru, jadi kali ni
ada 4 branch TLC yg bergabung membuat majlis Intifal 
buat julung2 kalinya. 


Persembahan dari branch Dania yg di wakili oleh Dania sendiri.
Ce teka Dania yg mana? 
ahaaa.. betulll.. si bunga PINK hehehehe


Dania dengan semua perserta sketsa di akhir persembahan


Antara ibu bapa yang hadir dan memenuhi ruang dewan.


Ibu Bapa dengan gadget masing2 merakam persembahan anak-anak.


 Boleh di katakan kesemua persembahan mempunya nilai nilai islam..


Sketsa bertemakan rukun Islam ~ menunaikan rukun Haji di tanah suci


Tak lupa juga sketsa kisah-kisah Nabi..


Bacaan hafazan doa-doa dan ayat suci dari anak2 berusia 5 &  6 tahunn...


Macam-macam persembahan yg di persembahkan oleh anak-anak kecil ini.
Terhibur dan adakalanya terharu tengok.. 
moga mereka semua membesar menjadi Khalifah yg cemerlang dunia dan akhirat...


Bergambar sebelum balik. Student umur 6 tahun je yg naik pentas utk 
majlis penyampaian sijil.
Alhamdulillah.. tahun ni Dania dah berjaya menamatkan 
sessi pembelajaran 5 tahun di  Little Caliphs.



Ini kawan Mama satu ofis dulu.. berenti kerja dan jadi Young enterprenurs
buka The Little Caliphs branch Bandar Tasik Permaisuri.
Memang tabik la kat beliau!

2 weeks later. Hari Jalinan kasih kat TLC.
Macam biasa. akan ada hari untuk datang diskas 
pasal perkembangan Dania sepanjang tahun ni.

Schedule hari Sabtu beberapa minggu lepas. TLC ni dekat je ngan rumah,
so pagi-pagi lagi kitaorg dah sampai. Terserempak ngan kawan sekelas Dania
yg datang ambik result jugak.


Jumpa pengetua skool Dania. Macambiasa di briefing kan 
Dania punya progress sepanjang tahun.
Kat sini tak ada exam.. so tak ada lah result dalam % ke nombor ke.
Yang penting kat sini selain dari pembelajaran akedemik, 
ada penerapan sahsiah dan rohani berlandaskan nilai nilai islam.
So far Dania dah boleh membaca suku kata.. Alhamdulillah.
Aku rasa sistem pembelajaran kat sini agak berbeza dengan 
Danish dulu. 


Dania termenung dengar komen cikgu. 


Ada light refreshment di sediakan.. lepak jap lepas jumpa cikgu.


Papa check hasil kerja sekolah Dania sepanjang tahun 2012 ni.


Lepas balik dari school Dania terus ke Ofis Papa. Papa ada schedule entertain visitor utk lunch & hantar balik ke KLIA. Tak pasal2 kitaorg pun jadik pengiring tambahan uhuhuhu


Sempat Dania pau colouring set masa singgah kedai runcit beli makanan ringan tadi.


Danish awal2 request nak makan maggi! sabor je laa.. dapat makan maggi tu macam satu anugerah plak 
sebab selalu kena tegah.. paling2 pun seminggu leh makan sekali jek uhuhuhu 


2 beradik layan maggi sambil layan movie


Setia menunggu Papa habis kerja sebelum keluar lunch uhuhuh.


Lunch gi makan kat Streetmall Cyberjaya. tak snap pun gambar sebab
segan ngan visitor ehehehehe.
Lepas tu terus ke KLIA.. al kisahhh
Assalamualaikum...

Sedar2 dah pagi Khamissss.. esok Jumaat dah weekend balik uhuhuhu.
Danish baru je selesai menjalani  Penilaian Sumatif 2012 minggu lepas.
Sepanjang tahun ni baru kali ni aku tau ada exam kat sekolahnya.
Kalau tak dari awal tahun tak tau bile ke exam or ujian di jalankan uhuhuh
sebab dalam sistem KSSR ni Cikgu akan memantau pencapaian murid secara berterusan
dari semasa ke semasa dan mengikut kebolehan murid secara individu.

Selasa lepas ambik Danish balik sekolah, 
masuk masuk kereta je dengan excited nya Danish terus bagitau
"Mama...! Danish dapat BAND 6 ..!!! "
bukan main bercahaya lagi mata Danish!!
Aku pun turut terujaaaa bila dengar. Danish cepat2 keluarkan 
kertas exam yang dia baru dapat  ~ Paper Matematik.
Kat atas kertas tu tertera "Band 6" & Good.

Wallaaaa... terus berbunga-bunga hati Mamanya..!
Terus aku usap2 & kucup dahi  Danish *walopon masam berpeluh2 main lari.. errkkk!*
"Excellent !! Mama so proud of you Danish!!"
ujar aku memberi pujian.

Aku pun masih tak paham sangat pasal penilaian Band Band ni...
yang aku tahu untuk dapat Band 6 selain faham apa yang di pelajari kena
jugak beradab MITHALI..! Ahhhaaaa... yang tu aku risau sikitt.
Maklum la kan.. Danish ni kan kuat mainn.. kalau kat umah dah leka main tu 
kadang di panggil pun sampai tak dengarrr.
Tak tau kat sekolah macamana dia.
Apapun ini pengalaman pertama bagi aku dengan sistem KSSR ni.
Maklumlaa dah berpuluh tahun terbiasa dengan sistem pendidikan 
pemarkahan berperatus. Bila masuk sistem band ni mmg 
tersangatlah blurrrr nyerrr...


Tapi bila akhir tahun dapat result macam ni Alhamdulillah.. lega sikit
sebab selama ni memang tak tau nak pantau pencapaian dia macamana huhuhu.
Apapun TAHNIAH Danish atas pencapaian subjek favourite dia, Matetematik.

Secara ringkas nya penilaian Band berdasarkan kerangka di bawah :


Apapun paper lain masih belum dapat lagi.. aku pun tak tau la result keseluruhannya macamana nanti. 
Moga-moga tak lari jauh kalau tak dapat result sama pun.
Paling merisaukan Paper Bahasa Arab sebab Mama & Papanya pun tak berapa paham nak mengajar kat rumah uhuhuhuhu.

Mengimbas kali minggu sepanjang penilain berjalan.. Lukisan pun suruh Danish test sekali buat kat rumah. Dah la bila di tanya apa nak kena prepare pun dia asyik kata tak tauu jee.. tu laa sokmo lupa 
apa Cikgu pesan.. grrrrrrr. Terpaksalah tepon Mak kawannya tanyaa.. seb baik ada geng bas sekolah ..
eh silap .. geng tunggu anak kat bus stop sekolah ekekekekek



Cikgu dah bagi siap2 tajuk untuk di pilih.. akhirnya aku pilihkan tajuk Buah-buahan menggunakan 
water colour & teknik capan Jari means cop pakai Jari uhuhuhu.
Dah la last minit.. jenuh la cari water color & peralatan bagaiii.
Dania macam biasa... nampak abang nya ada 'gadjet' baru pun sibuk nak tumpang sekali.. last2
Dania punya yang siap dulu! ahahahahah


Ahaa.. ni kasi Danish masa buat revision subjek apa ntahh.. macam2 peelnya. Lain di suruh buat
lain yg di buatnya. Siap buat 'Warrior Mask'! akakakakakak.
Sukahati lah Danish.. janji tetap buat revisionnn!




Yang bestnya masa hari bawak balik result paper tu
terus cakap kat Mamanya
"Danish dapat Band 6 Danish nak pergi LLEGOLAND tau!"
wahhhhhh... pandai plak request!

Lepas tu malam semalam tetiba tukar request 
"Mama.. Danish tak jadi lah. LEGOLAND tu nombor 3,
Danish nak PSP nombor 1 "

Abis tu nombor 2 tu nak apa? Pasal apa LEGOLAND
jatuh ke nombor 3 ?

"Nombor 2 tu Danish nak I-Pad !"
Kohok kohok kohok!!!

Wah wah wahh.. pandainya. Ingat PSP/IPad tu murah ke Yanggg
Aku cakap PSP tu kena ada seribu ringgit baru boleh beli.
IPad lagi mahall.. kalau nak jugak 
kena semua Paper dapat Band 6.. ada  BRAN ??
eheheheheheh

Apapun Mama & Papa sentiasa doakan yang terbaek untuk Danish, Dania & Dhiya.
Semoga anak-anak Mama & Papa terus membesar dengan cemerlang dunia akhiratt.. aminnn!


 Assalamualaikum..

Final Exam Danish dan bermula hari ni, 12 oct sehingga Jumaat, 14 Oct.
Hari ni Subjek English & Jawi,
Esok Math & Art + Craft,
Lusa BM & General Knowledge.


Danish yang tengah buat revision.
                         

Revision math. Mama copy few questions dari work book atas kertas & Danish buat.
Papa tukang 'tanda kertas'. Semangat Danish nak dapatkan 100% + 'star' he he.


Untuk Sem ni, subjek Math banyak berkisar pada Pecahan 
Masa & kiraan wang. Berguna bila Danish masuk Darjah 1 esok.
Nanti dah pandai tengok masa & pandai kira duit belanja huhu.

Anyway good luck Danish.
Mama & Papa doakan semoga Danish dapat jawab semua
soalan dengan ceemrlang okehh..!!!


Assalamualaikum...

Minggu depan Danish akan menghadapi peperiksaan akhir tahun
bermula 12hb ~ 14 hb Oktober 11'.
Start minggu lepas cikgu2 dah bagi mesej supaya 
mula buat ulangkaji. Kesemua buku kerja di bekalkan
utk di bawa balik ke rumah dan mesti di bawa ke sekolah
setiap hari.

So aku pun mula juga buat ulangkaji dengan Danish.
Baru-baru ni buat revision subjek Early Science.

Agak terkejut jugak dengan syllabus diaorang..
umur 6 tahun dah belajar pasal proses kondensasi,
macamana hujan terbentukk..


Daya & Geserann...


Juga hukum graviti uhuhuhuhu


Seingat aku subjek2 ni semua kita belajar masa sekolah rendah,
darjah 4 ke atas dlm sukatan Alam Dan Manusia... betul tak?

Sungguh advance anak-anak zaman sekarangg...
bermakna lebih mencabar kepada ibu bapa dan  guru yang mendidik...

Anak-anak aku belum lagi masuk sekolah rendah..
tak tau pula sukatan pelajaran sekolah rendah macamana..

Apapun semoga anak-anak Mama membesar menjadi seorang
yang berilmu dan cemerlang dunia akhirat.. aminnnn