Showing posts with label Aku dan Dia. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Dia. Show all posts
Assalamualaikumm...

Ahaaa.. kali ni nak berkongsi keindahan alam semulajadi 
kurniaan yang ESA yang terdapat di BROGA HILL!


Ekspedisi kal ini dianjurkan oleh Kelab Ekspedisi company En Suami.
Setelah tertangguh plan pertama atas faktor cuaca, akhirnya 2 minggu kemudian 
kami berjaya juga melaksanakan misi ini.

Pada pagi yg tersebut seawal jam 5 pagi aku dan Abang dan bertolak dari rumah.
Jam 5:45 dah berkumpul di Masjid area Semenyih... 


Selepas solat subuh kami meneruskan perjalanan ke Broga Hill.


Cuaca masih gelapp.... sampai di area parking bawah pokok kelapa sawit dengan bayaran RM2 per entry.


Toilet kat sini pulak RM1 per entry.. mahal giler siotttt.
Ok.. apa lagi terus meneruskan perjalanan mendaki!!! Konon2 nak tengok matahari terbit dari puncak bukit Broga kannn.


Seawal jam 6:30 pagi kami dah mula mendaki.. tu pun dah kategori agak lewat sebenarnya...
sakan standby lampu kepala macam org wat gi menoreh tu kann..tapi tak dan 
guna sebab cahaya fajar dah mula kelihatan masa mendaki tu hehehehhe


Dalam 7:10 pagi jugak baru sampai ke Puncak pertama Bukit Broga..!
Pukul 7 tu memang dah terangg la wehhh!! hihihi


Antara tracking yg mencabarr.. agak curam dan licinnnn nak sampai ke atas nu

Yehhhaaa akhirnya sampai sudah ke Puncak Bukit Broga...!!
Dah lama tak buat aktiviti lasak macam ni


Tu dia menyaksikan keindahan alam semesta ketika Matahari sedang naikk dari 
puncak Bukit Broga... SubhanAllah Maha Suci Allah!


Sempat lagi cari line update FB dari puncak bukit Broga hik hik hik!


Seronok dah sampai atass


Ahli Kelab bergambar beramai2 di puncak Bukit Broga yang pertama



Presiden Kelab sempat lagi nak pasang khemah kononnya




Sempat feeling2 pre-10th anniversarry


Ok Tak habis lagi yaa...
ada 3 puncak Bukit Broga yang perlu di daki sebenarnyaaa 


Meneruskan perjalanan ke Puncak seterusnya..!
Hijauuuuuuu... saujana mata memandangggg


Sampai di puncak Bukit Broga ke-2...
Tengah lepak2 atas tu tetiba segerombolan kabusss datang menerpaa... memang
terus hilang permandangan sekejappp.
Masa ni ada ahli kelab yg terkena histeria huhuhuhuhu


Dan aku & Abang meneruskan perjalanan ke Puncak Bukit Broga ke-3...
yang lebih mencabar sebab lagi tinggii!


Nampak tak celah batu besar yang korang kena daki nak lepas ke atas tuu...
batu besar tu wehh.. kompem licinnn. yang ada tali je utk korang berpaut utk lepas batu tu uhuhu


Yeszaa akhirnya berjayaa...!!!


Permandangan yang amat indahhhh......


Menghayati erti kedamaiann...
Sempat la amek gambar feelin feeling berdua dengan kekanda' bulan madu di awan biru' gitew hihihih


bersama Cinta hati jauh di awan biruuuuu


Sebagai bukti kami dah sampai ke Puncak Broga Hill yang terletak 400m dari 
aras laut. Yess!!


2 jam jugak lepas kat atas tuu..
Satu lagi gambar beramai2 sebelum bertolak balik.


Antara cabaran menurun bukit


Macam biasa turun lebih sekejap dari mendaki 


Nampak tak parking rate RM2.00


ada jugak orang jugal souveniour utk kenangan.



Dah balik baru nampak signboard hahahaha.
Nampak tu naik sampai atas jarak nya 1.7KM jugakkk
Maklumla masa nak mendaki bawah gelap gelita kan hihi

Ok.. sekianlah perjalanan kami mendaki dan menawan puncak Broga Hill.
Memang bagus untuk kesihatan mental dan fizikall..!
Korang test la sekali jejak sana hihihi.
Dok tercari2 kat mana Dr Sheikh Muzafar and Dr Halina amek gambra pre-wedding dulu ekk..
tak jumpa pulak buai nyer hihihi


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... 
setelah 2 TAHUN mereview akhirnya En Suami berjaya membuat keputusann..
aku cam biasa.. isteri solehah menunggu dengan penuh sabar jugak hihihihi
Sebelum ni EN Suami ada Satria.. tapi lepas sambar  Sym GTS tu terus tak mo dah bawak keta..
lagi best merempit katanyerr..

puas merempit 2 tahunn... akhirnya musim tengkujuh kali ni En Suami 
berjaya mencari model pilihan. Tak lama selepas kerajaan mengumumkan kenaikan 
harga bahan api Ron 95 terus En Suami buat keputusan untuk memilih 
Hybrid dari keluarga Honda kali ni huhu.


Dah sebulan pun berlalu... dan dah cecah 1000km utk 1st service.
Aku dengan rajinnye ikut sama temankan En suami ke Honda service center yg terletak di Bangi.
Seawal jam 8 pagi kami dah sampai, appointment basis.


Tapi walaupun appointment basis jam 8:30 pagi  tetap kena menunggu lebih sejam ke 2jam jugakk
uhuhuhuhu. Lepas service keta, service cuci keta plak.. nasib baik kat Honda Service center ni ada 
Cinema Room. So lepak kat sini tengok movie. Hari tu dia pasang citer Transformers.

Yang kelakarnya ada sorang uncle ni... dari pagi sampai aku balik.. dia la yang jadi tukang hantar air pada customer selain biskut2 kudapan... merata la mengusung dulang air and snack tak kira yg duk kat 
hall menunggu ke.. sampai dalam Cinema Room pun dia memusinggg je hantarrr 


Air panas ada.. juice pun ada... sampai naik kembung perut aku minum wehh.
Masuk kali ke-4 uncle tu datang offer aku tak larattt dahh.. kembunggg dah perut pakcik 
tunggu keta tak siap2 ni uhuhuh. 


Mengimbas kembali detik2 nak dapat 'baby' baru.. Exora ku merajuk hahah. Boleh sehari sebelum nak ambik 'baby Hybrid' Exora tak nak hidup. Alkisah pagi tu hujan.. so Abang drive and hantar aku ke Ofis and Abang bawak Exora ke offis. Boleh nyer time nak balik Exora terus tak mo hidupp.. penyudahnya balik tu Abang terpaksa pinjam Van Office sebab kena pick up aku dari ofis aku plak wahahhaha.




Suspek bateri Kong, malam tu beli bateri baru and pergi try tukar kat ofis Abang tapi Exora tak mo hidup jugakk!! Memang kaw kaw merajukk nihhh.


Esok paginya pun Danish pergi sekolah nak 'Van Sekolah' baru ...
Danish & Dania pun heran je tengok ada van depan rumah kikikiki.

Malam masa gi ambik Baby Hybrid. Tekun Abang dengar briefing.


Sambil2 nak synch setting ngan Smart Phone


Tekunn..


Aku yang jadi excort dari belakang. Balik tu Danish and Dania ikut Abang naik keta baru..
aku follow dari belakang. On the way to Dania boleh plak menangisss gara-gara sedih and kesian kat Mama dia drive sorang2 tak de orang temann.. uhuhuhu. terharu plak Mama dengar uhuuu


Alhamdulillah.. sekarang kalau hujan tak la Mama risau Papa gi balik kerja berujan lagi. Syukur pada Allah atas nikmat yang diberi. Minyak pun boleh tahan jimat.. kalau Exora average 20 sen per km, Hybrid ni dalam 11 sen per km. Seb baik la tempat kerja aku tak jauh jadi no hal la aku bawak Exora pun..
Abang yg berulang 30 km sehala tetiap hari so elok sangat la pakai Hybrid ni.

Apapunn.. kalo tanya budak2 best naik keta sapa... derang masih suka naik keta Mama sebab keta Mama ada TV & DVD player hahahhaa. Dasar budak! 
Assalamualaikummm...

Ahaaa... seumur hidup julung2 kali pergi ke KL International Motor Show 2013.
KLIM ni event yang berlansung 2 tahun sekali sebenarnya... baru tahun 
ni dapat seru pergi. Bila Papa pelawa apa lagii... kecil tapak tangannn
nyiru I tadahkan hihihihi.


Disebabkan event ni pengunjung teramat ramaii... jadi Mama Papa decide pergi berdua..
bawak budak2 takut lost dalam lautan manusia kang naya pulak uhuhuhu

Kitaorang sampai lepas Zuhur... sampai2 tengok orang ramaiii giler beraturr..
queue bukan macam ular dah ... dah macam naga pun ada berlengkor lengkorr!
Rupa2nya ada power trip.. kaunter semua gelappp!! so temporary close sampai kul 2 pm aiyohh!
Lemah terus lutut dengorr..  uhuuuuu


Dalam ramai2 tu ternampak kaunter tertera 'Maybank treat redemption'
wah apa lagii.. terus masuk queu kat sini.. seb baik orang tak ramai.
dalam hari bajet boleh guna treatpoint utk redeem tiket masuk kott..
sempat lagi check M2u tengok berapa point terkumpull.. memang
point 5 digitt kompem lepas ni hhihihii


Mujur dalam setengah jam beratur akhirnya kaunter bukak dan rupa2nya pemegang CC Maybank entitle
2 Free Entry Ticket!! Weaahooooooo!!!! memang sungguh jadi penyelamat la kaunter ni hihih


So dapat la 2 pass PERCUMA utk Mama dan Papa hehehehe.
Kat tiket tu tulis COMPLEMENTARY aka FREE! Best best bestt!! I Lap U lah Maybank! hihi


 Bila dah dapat tiket senyum terus lebarr.. masa nak naik eskalator  tengok la lautan manusia yg beratur panjang nak beli tiket... nasib kami baik sbb ada kaunter penyelamat hihihi 


Okeyy.. seterusnya adalah masa untuk mencuci mata, pegang2 keta, test masuk pegang2 stereng sambil berangan2 kalau lah keta itu milik ku juaaa.  wahahhaa
Okeyy jom layan gambar2 sepanjang pamerann...
sambil dalam hati nyanyi lagu
"Kalau aku kayaa..... Hari hari hari Raya .... lalalallaa" okkehh! hihihi


 



Yah yah pegang jangan tak pegangg... mana2 keta yg Papa nak posing bersama tu mmg kira keta
idaman dalam mimpi la hihihi

\

Honda Odyssey yang paling menggiurrkannn.....


Dalam banyak-banyak keta keta inilah yang palingggggggggggggg Mama berkenannnnnn...
sambil pegang2 sambil berangannn wahahhahaha.. memang besttt wohh!!!!
Berangan FREE maaaaa... mana tau satu hari nanti jadi kenyataaan kannnn ... aminnnnnnnnnn! hihihi


Banyak2 model keta... awek keta dari HONDA la paling Seksi dan pameran keta2 Honda lah paling berprestij Mama rasa uhuhuh. Kereta dia smart2... I loikeee!!! *sambil berangan sekali lagi*


 Honda Accord Hybrid... ahaa.. paling Papa berkenan jugakkk.. tapi tak pe.. tak dapat sambar
 Accord Hybrid,  Civic Hybrid pun double thumbs up!




 


Electric Car.. teknologi terkini







Wow... smart okehh... tapi entah bila ada peluang nak tengok atas jalan raya kann

 

Awek keta paling sopannn dan nampak paling cerdik sbb dia buat presentation teknologi keta Lexus hihihii



  


Awek keta Perodua yang sopann.. baguss.. I loikee!


Europe Car... tapi keta Jepun gak yang lebih memikat hati hihihi


Pertandingan 'make up kereta' pun ada





Segmen kereta-kereta lama...




Kereta zaman purba pun ada hihihi


Okayy.. dah habis round dan tamat la sudah sessi berangannnn... sempat snap lagi seroundd sebelum balikk


Kitaorg balik  dalam pukul 5 petang jugakk.. malam ada appointment so 
tak leh berangan meleret2 hihih


Masa nak turun balik tengok orang ramai masih berlingkar di setiap tingkat.. padahal dah hari terakhir tuuu


Opss ternampak gambar Ayahanda kesayangaku Tun Mahathir... ambek gambar serounddd.
Dengarnya Tun masuk IJN, semoga TUN cepat sembuh dan terus diberikan kesihatan yang baikkk aminnn


Masuk dalam kereta tetap tak lupakan ole-ole EBM untuk si Manja Delisha...
tak sampai 20 min dah penuh botol sebelah tu uhuhuh Alhamdulillah.
Dimana pun anda berada... pumping is always possible okeh!




Tak lupa ole-ole cuti sekolah untuk Danish dan Dania.. Scrabble aka Sahiba.
First game bantai main dual language BM BI.. tak kisah la janji boleh eja hihih

Sekian weekend berKLIM kami *wink*