Assalamualaikum...

Satu hari En Suami tanya pasal wagyu... seriously aku tak tau sangat pasal wagyu 
walaupun wagyu ni berasal dari Jepun... datte kat Jepun dulu bukannyer ada daging halal kat luar.. 
tak macam sekarang banyak dah restoran halal sana sini. 
Hatta yakiniku ke shabu shabu pun aku tak pernah makan kat mana2 restoran kat Jepun sebab tak jumpa yang halal... it has been 15years back.. nak makan daging biasa kitaorg order daging frozen halal yg diimport dan masak sendiri.. masa tu baru la boleh merasa sukiyaki bagaiii and of course la air tangan sendiri ... jadi memang tak de lah teringin nak merasa wagyu dari dulu..
dan bila dengar2 pulak kat Mesia ni rega nyer.. gulp!


So dengan aku sekali pakat goole pasal daging wagyu ni dan kalau korang 
nak tau apa dia mai link ni deh! 

What is WAGYU?
Yang pastinya kualiti daging wagyu ni mmg sangat 
berbeza dengan daging lembu biasa...

Kat Malaysia pernah viral pasal daging wagyu ni bilamana ada satu family
pergi makan sekali datang bil beribu!
Dan untuk memastikan kebenaran cerita ceriti yang digembar gemburkan 
maka En Suami ajak dating ke Me'nate sempena birthday Si Isteri (yeayy!!!)  ngeh ngeh ngehhhh

Disebabkan minggu birthday tu aku standby dan sorang je (team mate cuti seminggu)
maka tak leh la aku nak ambik cuti berdating.
So the next week tu baru la aku dan Abang ambik cuti sehari keluar datinggggggg


Pagi tu dating kat umah dolu


dating mode.. ehem!

nak tengahari baru keluar... since dalam FB kata Me'nate ni bukak kul 11 pagi.
Nak sebut pun slow2 je... takut salah sebut nama kedai ni ekekkkekeke

Kitaorang sampai ke Me'nate Bangi dlm kul 11:45 pagi.. tetiba tengok ada signboard
'we're closed'
erkkkk!! biar benar.. gigih ambik cuti nak pegi ni tutup la plakkk..
rupa2 tanya staff kata pukul 12 tengahari baru bukakkk. 
So jalan2 kat kedai2 kat deret tu dulu 


Kul 12 tengahari kami pun masuk ... orang tak ramaiii.
so terus ke kaunter frozen ni ha 

Ok.. kat Me'nate ni semua daging2 dah di pack kan dalam pack vacuum siap2.
Dah siap dengan berat dan harga bagi setiap pack. 
So kalau pilih tu maksudnya customer mmg dah tau rega berapa dan harga termasuk 
harga siap masak. So kami terus ke frozen box wagyu.. 
ada juga lamb etc.. yang mana ada promo 20% sepanjang bulan Oktober.
Tapi sebab kami mmg hari ni nak merasa wagyu 
so dah tak tengok dah frozen box lain 



Ada 2 provider wagyu .. Sanchoku dan juga Augustus.
kedua duanya diimport dari New Zealand.
Sanchoku adalah company Jepun dan Augustus adalah dari New Zealand sendiri.
Harga wagyu Sanchoku lebih mahal berbanding wagyu Augustus
secara logiknya sebab wagyu tu sendiri adalah baka lembu yang berasal dari Jepun
(Wa - Jepun (timur), gyu - daging(lembu).. gitewww

Bahagian daging ni pulak .. harga bergantung pada berat, bahagian daging (rib/sirloin/tenderloin )
dan yang penting untuk wagyu ialah kandungan lemak dia (bms)


lagi tinggi BMS dia lagi sedap dan cair dimulutlah daging dia tu 
dah of course lagi mahal jugalah  harganya.



So akhirnya kami memilih Sanchoku Wagyu Sirloin BMS 11~12


Dan satu lagi Sanchoku Wagyu Rib BMS 5~6


Setelah dipilih boleh request pula tahap 'kemasakan' daging tu..
staff di sana menyarankan untuk memilih 
Medium which is describes as "just nice" giteww
'

so kami pakat order yang sama.. 
Medium ~ just nice



Sambil-sambil tunggu tu usha2 kaunter desert. Wow menarik2 jugak desert yang dihidangkan..
ada cake, panacota etc..
sesuai memang kalau nak celebrate birthday bagai.
Tapi since aku dah potong kek minggu lepas so try menu lain lah...
panocota mango ni katanya menu terbaru.. 
so aku order panacota mango ni


tara. masam manis.. just nice! I like it!


Di samping tu ada kaunter air yang FREEFLOW..
ada non-carbonated drinks ( Lemon tea etc) dan juga hot drinks (Cappucino, White Coffee etc)
Setelah menunggu hampir 15 minit (tak lama sangat) akhirnya sampaiii.. taraaaaaa!!


Wagyu Rib


Wagyu Sirloin

Dip sauce pun boleh pilih, BBQ, Black Pepper, Mushroom & satu lagi tak ingat hihi


Apa lagi.. jom menjamu selera...!!
Excited nak merasa kelembutan daging wagyu nih
Bila makan hirisan pertama.. memang rasa...... lembut gila tekstur daging dia!
disebabkan level masakan tu 'Medium" (Medium raw lah senang citer)
aku rasa macam makan Sushi versi daging tauuuu...
mengunyah tak terasa urat dagingg... memang rasa pelik pun ada....
senang citer memang makan dengan rasa pelikkk ahahhahaha.
Boleh jugak daging rasa macam ni yekkkkkkk ?
Kira sedapnyer tu sebab tekstur daging yg lembut aka cair dimulut then dip dalam sauce tu..
tak kuat rasa daging tu macam makan steak biasa tu...
tapi kalau yang takut tak serasi makan separa raw aku sarankan 
 better order atas sikit dari medium tu.. walaupun dia describe as
"Medium Well ~ Not too bad"
maybe lebih sesuai dengan tekak orang Malaysia.


Last but not least.. Birthday girl yang diraikan oleh En Suami.
Terima kasih bebanyak belanja special sangat hari tu...
kira my 1st wagyu experience jugak ni
masih terasa kelembutan daging dan kepelikannyer sekali hihihi

Habis makan redeem FREE GSC Movie ticket for 2 kat GSC IOI Setia Mall
sempena bulan birthday.


Movie ni dari kisah benar.. tragedi plantar minyak terbesar dalam 
sejarah ni yg berlaku tahun 2010.

Sekian.. dating versi birthday kami.. muahhhhhhhhhhhhh!








4 sweet comments:

mama tisya said...

pernah mkn gk daging wagyu kt japanese restorant ,...sedap..kt menate tk try lg...tu la kita org msia slalunye pilih WELL DONE tkpn MEDIUM WELL hehe...

lieyalatif said...

ishh buat aku teringin laa beb...dah le aku ni kamis jumaat mmg pusing2 area bangi lepas drop anak2 tusyen...mmg selalu lalu depan menate tu....nak try sampai sudah tak try...nanti boleh le aku pi terjah....

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mama Tisya : tu la kan.. nanti nak kena try gak yg well done compare dgn well done steak yg selalu makan.. kali ni sbb pilih medium so tak leh nak compare .. tapi mmg lain tekstur wagyu ni huhuh

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya : Boleh la try Lieya dah alang2 lalu lalang kat situ kan.. bleh tahan jauh jugek nko hantar anak tuisyen dari Putrajaya yerr.. ke tak jauh sangat tu ada shortcut.
Bangi mmg heaven makanan dan fashion yg best2 kannn. Untung le orang yg duk dekat2 sana