Assalamualaikum....

Baru2 ni akhirnya sampai seru mengorder Takoyaki Grill Pan. 
Jumpa harga patut di Lazada. Model yang aku beli ni Trio Electric Takoyaki Grill Pan 18 holes.
Harga RM100... so apa lagi terus purchase dan esoknya sampai! 


Bahan2 penting, especially tepung Takoyaki tu aku beli kat Redtick Shaftbury Cyberjaya.
Brand Yamamori .. boleh buat both Takoyaki dan Okonomiyaki (Murtabak Jepun)
guna bahan sama tapi sukatan yg sedikit berbeza.
Harga dalam Rm13.90 450gram
Mayonis original Kewpie WAJIB hokey!


Then aku jumpa gak Tepung Takoyaki kat Daiso termasuk 
katsuoubushi (bonito flakes) - bahan WAJIB gak ni..
Harga lebih murah.. RM5 (harga pukul rata Daiso) untuk 300gram.
Sos takoyaki tak jumpa yang halal.. so beli gak sos tare unagi ni buat back up..
last2 sos takoyaki cari resepi buat sendiri 


Ok actually menu ni buat masa balik kampung ari ni.. so bahan2 dah siapp.. taraaaa!
Bahan lain selain tepung .. kena ada kobis bulat, sotong (tako) atau udang, daun bawang.
mayonis dan sos takoyaki!

Resepi sos takoyaki bleh refer link ni yer :


Jom grill!!!


Tudia.. takoyaki ni memang sedapppp.. makan panas2 pulakkk...
yang kena sabor nyer masa membuat.. average kena ambik dalam 15 min 
jugak kot setiap sessi.. sebab dia kena pusing2 tako ball tu kan .. kira dah masuk 
separuh.. dah keras sket.. kena sengetkan dan masuk lagi tepung.. then sengetkan lagi
dan masuk tepung lagi.. baru akhirnya boleh jadi bulat comey gitewwwww


Tu dia akhirnya dah membulat!


Bila dah masak.. angkat dan tuang sos takoyaki, mayonis, 
serbuk seaweed dan jugak bonito flakes!
 

Taraa before and after..!
Baru harum semerbakk.. paling bahagia bila tengok bonito flakes tu menari2
atas takoyaki sebelum di ngap!
buat 15 min dapat 18 ketul..
hidang tak sampai 5 minit lenyapppp weyyy!!!
Bahagia btol memang.. buat sambil2 menyembangg..
memang suker konsep menu org Jepun yang berkonsep kan
'family bonding menu'..
Ada macam2 kan..
steamboat (celup dan rebus bahan sendiri)
takoyaki (tuang tepung dan golek sendiri)
tempura (celup dan goreng sendiri )
makizushi (pilih isi dan gulung sendiri)

soumen nagashi lama aku tak buat..
satu hari nanti bila dapat seru pulak!

Family bonding menu is the best!!!


0 sweet comments: