Assalamualaikum..

3 Nov ... Japan Public Holiday... bermakna aku yang support follow Japan Calendar ni 
ikut public holiday gak la... tapi En Suami kerja... Anak2 sekolah.. makanya hari2 macam ni 
aku akan full utilize untuk manjakan diri aka #metime hehehehe.

So hari ni pun schedule dah penuh!
Pagi2 dah jejak Kopitiam ~ Old town white coffee kat Cyberjaya. Hari mendung hujan gerimis dari pagi.. so pagi2 sejuk ni mmg best duduk tepi kolam sambil pekena roti bakar, telur separuh masak & minum coklat panas! Heaven beb!! 
Sambil-sambil tu dok survey  SPA mana aku nak jejak hari ni sementelah En Suami dah 
bagi subsidi untuk memanjakan diri ke SPA chewah!


Akhirnya aku dapat dah SPA mana nak terjah dan terus buat booking! Yesss

Habis makan  dan melepak singgah bank kat sebelah. Uruskan apa2 yang patut.. 
lepas tu gi ofis kejap.. hari Khamis ni biasa aku ada kelas Zumba waktu Lunch Hour...
selalunya aku join 2 kali seminggu.. Selasa dan Khamis.. tapi sejak akhir2 ni
Selasa ada meeting plak time tu.. sadis btoll laaa.. kacau schedule je kan ...
Meeting dgn team dari region lain yang lain2 waktu nyer.. terpaksalah akur juga huk huk huk.
So tinggal hari Khamis je lah aku leh join.. so cuti pun gigih jejak jugak ke ofis.. 
badan dah terasa makin berat ni.. kena jugak le excersice sket
 tambah dengan umur2 macam ni kan uhuhuhu

Lepas urusan bank terus gi ofis.. tapi aku tak la masuk ofis. Terus gi gym salin baju.


Zumba dalam sejam.. best hari ni lagu semua best-best.
Zumba ni kena buat ramai2 baru seronok nak beraksi.. 
kat rumah boleh je pasang youtube tapi kalau tak de instructor ni
mmg macam tak leh gi hahahahah.
Anyway Zumba session kat gym aku ni instructor ladies and
peserta pun semua ladies so momantaiiii beraksi. hehhhhheehehe
anyway kalau korang nak test zumba lagu yg best boleh
refer link kat bawah ni.
Memang feveret lagu aku gakk niii



Habis berzumba mandi salin siap2 kat changing room.. 
solat jap terus express lunch tapau
je dan terus gerak ke SPA MAWAR PUTIH.


SPA MAWAR PUTIH ni berkonsepkan bali.
Terletak di Bukit Puchong dan dikawasan perumahan bermaksud
rumah yang dijadikan SPA.

Ni gambar deco deco dari FB SMP ni




Aku tau pun lepas beberapa kali dapat promo dari FB.
Macam2 rawatan yg disediakan termasuk rawatan untuk raja sehari 
mahupun ibu lepas bersalin. Macam macam ado!



Ni antara pakej2 yg disediakan.. memula nak ambik pakej puteri sinar.. 
tetiba nampak pakej lagi berbaloi so terus sambar pakej bawah ni + facial treatment

So hari ni aku ambil package Body Scrub & Mask serta mandi susu RM100
dan add on Full Facial treatment RM90. 
Mandi susu ni kadang buat juga kat rumah.. tapi bath tub aku utk 2 orang 
punya saiz jenuh juga nak penuhkan.. susu sekali buat 2 liter aku lebuh.
Yang kelakar nya.. pernah si Dhiya Delisha masuk jacuzzi mandi susu tu
depa pi pakat minum air dalam tuu.. tak tahan gelak aku .. naya betul 
budak2 ni tauu.. boleh pulak dia mandi sambil menyelam minum susu eh ekkekekkeke

gambar dari kejadian tempohari kat rumah... bila si kenit menyelam sambil minum susu
ahahhaahhahaha. tak terpikir aku derang boleh nak minum tuuu.. bau sedap kott
dah la air pun suam suam .. nampak pulak aku buh kotak susu kat sebelah hahahahhaa!

So apa lagi.. lampu dah malap. muzik bali dah dipasang..
ku serahkan pada mu je lah ... sedar2 aku dah lelap ngahahahhha.


Sejam  gak treatment lepas tu disuruh bilas badan 
dan bersiram di tub mandi susu .
Oooo sekali sekala feeling2 puteri .. cuma kat rumah aku tak de lah buh 
bunga bagai ni kan.. next time kalau rajin bleh cari munge.. kalau rajin ler hehehehehe


Habis body treatment sambung buat full facial
Lagi berbaloi kalau ambik pakej combo macam kat bawah. Anway next time la decide.
Full facial ni termasuk treatment buang whitehead/blackhead bagaii...
sejam setengah jugakk treatment ni...
aku macam biasa dah penat berzumba tadi mmg cepat je lena..
cuma time dia keluarkan whitehead tu mmg
bergenang jugak la air mata sambil kaki berapa kali tekan breakk..
perit wehh!! tu la complicated btul laa jadi pompuan ni kannn ahahahhaaha.


Anyway.. aku sampai 2:30 ptg tu.. kul 6:00 ptg ++ baru habis..
3 jam lebih gak le.. aku rasa 2 jam lebih aku tidur je sebenarnya muahahaha.
Memang lega badan rasa lebih segar dapat berehat manjakan diri walaupun sekejapp.
Service tip top and staff sangat friendly.

Dah pukul 6 lebih terus balik ambik budak2 kat taska dan balik umah..
kembali ke rutin asalll semulaa... sediakan dinner macam biasa..
Apapun hari2 ni seperti ini sangat2lah bermakna .. refresh diri sendiri..
maklum banyak insan2 untuk kita tabur bakti dalam kehidupan sehari2.
especially majikan dan keluarga terchenta tak gitewww
so sekali sekala mmg kena ambik masa reward diri sendiri
bila diri sendiri happy InsyaAllah aura tu akan sampai ke orang2 disekeliling kita....
al-kisah #metime hari ni... 

kepada yang berminat boleh try contact 
Banyak lagi pakej2 menarik dalam FB dia untuk memanjakan diri bagai puteri okey!








1 sweet comments:

lieyalatif said...

bestnye weh...aku suke spa2 nieh....lagi2 facial gini...dah lame kot tak buat...last buat mase pi bandung 5-6 tahun lepas kot hahaahahaha...