Assalamualaikum..
Ahaa.. wat entry EBM lak. Entry wajib untuk
Ibu2 yang ada baby kecil dan nekad nak full BF baby kan.
Aku pun termasuk lah dalam kategory berazam dan beriltizam
nak FULL BF baby Dhiya. Targetnya paling tidak
6 bulan Full BF and continue BF sampai at least 2 tahun.
Untuk rekod, Dania dulu 6 bulan Full BF dan continue
BF sampai 3 tahun Alhamdulillah.
Masa dalam pantang aku pun dah buat stok.
Penuh dah freezer para atas ngan EBM so daily aku pump 2
kali sehari kat tempat kerja sbb nak pump kerap sangat takut
tak cukup tempat nak buh dalam freezer.
Biasanya dapat gak total 15 Oz sehari
So dalam 5 bekas dadih kecik (5 x 3 oz)
Buh dalam freezer pun penuh para atas so aku manten je lah
pump 2 kali sehari, pagi dan petang kat ofis kan.
Tiba-tiba sedar sedar Dhiya dah start minum 24 Oz, 7-8 bekas sehari
means time aku kerja. Kira hari-hari dah shortage 3 bekas nihh.. isk isk isk
aku pun ada gak tambah sessi pump.. tapi kadang lepas waktu kerja keluar
tak bawak baby dah utilize lagi stok EBM..
tengok-tengok dah nak kosong stok EBM Dhiya!
Oh tidakkkkkkkkk!!!!!
Padahal sampai akhir bulan lepas penuh lagik tuh! uhuhuhu
Kelmarin dalam sedih aku pergi gak le ke kaunter susu Carrefour Alamanda.
Sampai sana usha2 Enfalac A+.
Elok je akak promoter susu kat kaunter tu soal selidik aku,
nape nak beli susu FM, naper tak BF je and etc etc etc
sebab dia tengok muka aku pun cam cuak & sedih jek nak beli susu FM kan.
Penyudah nya akak tu pulak yang beriya-iya bagi
ceramah percuma pasal pro BF baby. Mati-mati tak kasik aku
beli susu FM tuh kakakakakakaka.
Penyudahnya aku balik bukan bawak susu Baby, tapi
susu untuk diri sendirik! ahahahahaha.
Habis di suruhnya dek akak promoter tu beli sayur bayam lah,
lobak putih la kat pasar basah. Malam tu balik umah terus wat
tumis air bayam, habis semangkuk ratah sebelum tidur! ahahahah
Bila post kat FB, ada yg kasik petua makan pil ASI *made in Indonesia*,
aku pun carik jugak. Seb baik jumpa kat kedai herba.
Then beli gak fresh milk wat tambah2 susu.
La ni aku masih bertahan Full BF. Apatah lagi bila terbaca
kisah zaman kanak-kanak Ustaz Don yg mula menjadi fenomena sekarang.
Terus berkobar balik semangat utk tidak surrender dari Full BF Dhiya.
Ibu Ustaz Don pun sanggup berhenti kerja semata2 nak susukan dia selama 2 tahun!
Maklumlah 20 tahun lepas accesories utk pump semua pun
mungkin tak meluas lagi kat pasaran kan.
Moralnya compare dengan Dania,
Baby Dhiya lagi kuat menyusu!!!!
InsyaAllah Mama akan terus bertahan selagi terdaya ya Dhiya sayangg!!
Yoshhh yoshh! Moga di murahkan rezeki baby aminnnn
***********************************
Zaman kanak-kanak
DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.
“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.
“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.
“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.
“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.
“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya,” katanya.
Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan menyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.
Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.