Gambar DYMM Sultan Mahmud Iskandar bersama Tun Dr Mahathir sekitar tahun 1984
Rafak takziah buat kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Baginda telah mangkat pada usia 77 tahun pada pukul 7:15 malam, 22 Januari di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas di masukkan semalam kerana gering. Pemergian baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 2 orang putera dan 8 orang puteri.

Sultan Iskandar yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932
dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981 dan tiga tahun kemudian, 1984 baginda di lantik sebagai Yang di-Pertua Agong ke lapan.

Kemangkatan baginda menyaksikan Putera Sulung, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim di masyhurkan sebagai Pemangku Raja.

Rakyat dan penduduk negeri Johor akan berkabung selama 7 hari di atas kemangkatan baginda. Semoga roh Almarhum di cucuri rahmat oleh yang Maha ESA. Al-Fatihah.

5 sweet comments:

Gieyana said...

Al-Fatihah..

Moga ruh baginda di cucuri rahmat..

farah : m0mma HD said...

...
salam izan... dah x bisness ke skang ni?
bz ngan keje ke..?

Pink dan Biru said...

hi mama danish dan dania!
come visit our little shop
http://pinkdanbiru.blogspot.com
see ya!

Pink dan Biru said...

hi mama danish dan dania!
come visit our little shop
http://pinkdanbiru.blogspot.com
see ya!

Aleyn said...

Takziah buat keluarga almarhum...semoga roh baginda dicucuri rahmat, amin