NOTE : Untuk Kompilasi Resepi layari


Last week of March biasanya adalah antara minggu-minggu yang sangat sibuk dalam setahun. Sebabnya March ialah bulan terakhir untuk tahun fiscal 2008 - akhir term & akhir tahun makanya banyak project yg due date sementelah banyak pulak nak kena submit report & proposal untuk new fiscal year 2009! So kesannya hampir setiap hari aku balik tak sempat tengok matahari terbenam dan dapur pun tak berasapppp.... iskk iskk iskk

Kesian Abang melayan menu dinner yg tak teratur minggu tuh.. 
Yang tak tahan hari Khamis malam *tengok masih kat ofis lagik!*
tengah aku memerah otak kat Ofis dapat MMS dari Abang -
Gambar semangkuk maggi dgn diiringi mesej :
Malam ni makan maggi jer. Esok telur goreng balik kot.

Mesej tu dibalas dgn :
Isk isk siannya.. (ToT;). Takpe weekend ni Abang cakap je nak apa nanti mama masakkan ye!

Makanya hari Sabtu tu seperti yg dijanjikan aku pun mengatur menu - Nasi Tomato! 
<-- Sebab Abang tak tau nak request apa he he

Ini kali ke-3 aku masak Nasi tomato. Resepi yg aku belajar dari my SIL, Along.
 Supaya aku tak lupa maka aku catatkan resepinya disini...

Resepi Nasi Tomato :


Bahan-Bahan :
Beras Basmathi 1/2 Kg
Minyak sapi 2 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kayu manis & rempah tumis
Daun pandan
Tomato 2 biji
Tomato puri 2 sudu
Serbuk perasa
Susu cair 1/4 tin (100 ml)

Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau.
Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa

2. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 
(tidak termasuk minyak & susu cair)

3. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi.
Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.

4. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan.
Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.

Lauk Iringan
1. Ayam masak merah
2. Kari Dal daging
3. Acar sayur


Kat sini aku tak explain la resepi lauk. 
Ayam masak merah tu mcm ayam masak sambal 
gak tapi lebihkan sos cili/tomato/tiram & tomato blender.

Kari Dal tu kurangkan sket santan biar dia pior kari & jgn pekat sangat.

Acar sayur - Hiriskan timun, nenas, bawang & lobak. 
Campurkan gula & garam dan sedikit cuka secukup rasa. 
Nak pedas? buh cili potong. Siap!

Dania dgn sign peace version baru..!
So hari tu pagi - Breakfast : Mee goreng basah, Lunch : Nasi Tomato and
Menu petang pulak, Laksa Penang heheheheh!
Betul2 balas dendam memasak nehh eheheehe!

8 sweet comments:

umeboshi said...

mama, best mama...menu yg mama buat utk weekend tu. slurp!!! muahahahhaahah

*∽ IZAN ∽* said...

He he.. sekali la tu, pre-celebrate bufday danish sbb bufday Danish jatuh hari kerja takut tak sempat masak best2 hehehhehehe

☆ lieya latif ☆ said...

wah sedapnye.....terliur lieya tgk....mmg tabik spring lah, lieya ni nak buat nasi tomato selalu dlm perancangan, tapi tak buat2 akhirnye keh keh keh ......comel tgk aksi dania buat peace tu....versi baru pun versi baru laa yg penting tetap 2 batang jari naik he he he

Mama Liena said...

Sedapnye nampak ..!! Aku kekadang bleh masak nasi tomato kdg2 ok , kdg2 tak ..

Miss bubblehead said...

asku. pinjam resepi letak kat blog. wuuuuu. hope tak kesah

Anonymous said...

Nak try la!! tp sukatan air tu bole explain x?1:1 tp x termasuk susu cair,x lembik ke nasi tu nnt??

*∽ IZAN ∽* said...

Re alfa: sila lahh..! ;)

*∽ IZAN ∽* said...

re LadyIlla:
Aha.. 1 pot beras = 1 pot air. tak lembik kalau pakai beras basmathi ;)