Si manjaku yang sangat2 manja - Dania...
Alhamdulillah, sampai ke hari ini, usia Dania 10 bulan masih menyusu badan (BF), khasiat terbaik untuk simanja. Aku yg sebelum ni cuma berjaya BF Danish selama 2 bulan sentengah dulu mmg terasa perbezaan 'aura manja' dua beradik ni.
Danish ni sifatnyer lebih independent. Suka dan tak kisah semua benda, pakai redah je. Tak takut orang pun. Dania pulak, manja sangat-sangat!

Setiap hari kalau aku balik kerja Dania & Danish dah ada kat rumah, dengar bunyi kereta Dania dah merangkak laju dan berdiri memaut pintu grill. Danish kalau aku sampai selalu buat excited 'Mama dah balik!' Kalau aku beli apa-apa dia lagi excited kadang2 sampai melompat2!
Dania pulak peel nyer, kalau aku dah turun kereta and masuk rumah mesti kena dukung dia dulu! Kalau aku tak dukung dia dulu mesti dia merangkak kehulu ke hilir kejar aku mintak dukung. Kalau dah dukung.. jangan harap boleh letak balik tanpa BF kan dia..don't hope! Memang surelyyy melalak lalak punyaa menangiss.. berair-air air mata sedih sangat. Hatta nak bukak tudung pun kadang tak sempat..
Pernah sekali tu, aku kena kerja Sabtu Ahad dan balik rumah dah malam. Ahad malam tu
sampai je rumah dengar suara Danish melaung aku balik, Dania pun terus la standby kat pintu grill rumah tu. Aku turun keta nak tutup pintu gate luar. Dania tengok aku turun keta tapi pusing ke belakang terus melalak2 menangisss.. tak dan tunggu aku masuk rumah dah! Dah rindu sangat la tu Sabtu - Ahad pun tak dapat main2 dgn dia..Sian Dania.

Kalau aku pulak yang ambik Dania dari rumah baby sitter lagi haru! Mana tak nyer,
dalam kereta dah melalak2 mengalir air mata nak BF. Aku dah le tgh drive.. apalagi, 3G-Video call ngan Abang la nak pujuk dia..tapi kejap dia layan, kejap lagi dia melalak balik.. haru! haru!

La ni aku tengah marathon ganti posa. Kelmarin, sampai rumah dah nak Azan. Sampai2 je macam biasa la Dania dah merengek suh BF dia. Penyudahnyer nak berbuka pun tak sempat. Terpaksa lah orang lain plak yg tulung hulur air & makan. Kebetulan aku ada beli nasi goreng kat Kantin ofis. So Danish cam biasalah, kalau beli apa2 dia yg terkam dulu. Penyudah nyer Danish la tolong suap sesudu dua hu hu!. Dah tu Dania pulak tak nak lepas.. BF sampai tertidur. Yang pelik kekadang kalu aku lewat sket, Abang dah bagi susu sebotol habis jap lagi aku balik merengek jugak tetap nak BF...! Agaknyer selesa & tenteram sangat dia kalau BF ada orang peluk..hangat, tu yang senang lena. Tapi kekadang bila dah lena nak letak atas tilam kang merengek tak nak...sabor je la

Dania memang manja sangat ngan aku. Kalau aku masak kat dapur rajin la dia duk tepi child gate yang kitaorang pasang kat pintu dapur. Sebenarnya merengek nak suh aku dukung.. tapi letak la mainan nanti dia main la kat tepi gate tu. Kalau dah boringkan Abang le kena layan dia..he he

Tu belum bab makan! Kalau makan, Dania memang duk riba aku, kalo tak merengek panjat kerusi. Tumpang sekaki aku suap sekali nasi lenyek kat dia. Bab makan pulak boleh tahan. Semua dia pungut masuk mulut.. kalau offer memang menganga je mulutnyer. Tengok orang makan dia pulak terkebil2 tunggu orang suap kat mulut dia. Pernah sekali dia pungut lada potong atas karpet *Danish la yg buang sepah2 ni*. Sedar2 dah melalak kepedasann.. wakakkakakak!.

1 sweet comments:

lelosani said...

salam perkenalan.. sy laila...

seronot membelek2 blog akak..
mesti syok ekk bb tak sabar2 nk jumpa maknya nk BF... hehe...