Hari ni masuk hari ke-14 aku berpantang kat kampung halaman.
Baby masih jaundice dan 2 hari sekali masih kena berulang alik ke klinik desa berdekatan untuk cek darah bagi mengetahui tahap jaundice baby. Doa aku dan hubby semoga baby cepat2 sembuh.. aminnnn
Macam biasa kalau berpantang, emak lah yang akan tolong jaga dan menyiapkan keperluan aku dan baby. Begitu besar pengorbanan emak, dari saat aku dilahirkan sehingga pula aku yang melahirkan, emak masih juga setia menabur khidmat dan pengorbanan demi anak-anak walaupun umur emak sudah lebih dari separuh abad. Tak lupa juga Abang yang sentiasa membantu tatkala berada disisi...
Aku ingin membuat catatan ini sebagai warisan amalan berpantang yang pernah aku lalui semoga menjadi pedoman kepada aku suatu hari nanti.. itupun kalau blog ni masih wujud di alam maya ni.
Beginilah jadual rutin aku sepanjang 2 minggu berpantang.
Pagi :-
7:30 pagi : Emak dah jerangkan rebusan air daun-daun herba untuk mandian.
Begitu juga tungku herba. Emak akan stimkan sekali.
Aku pula get ready susukan baby atau pum susu supaya emak boleh berikan
pada baby ketika aku sedang mandi/berurut.
7:45 pagi : Aku dah bersiap-siap untuk mandi. Di mulai dengan bertangas. Caranya mudah
sahaja. Periuk yang mengandungi air rebusan daun-daun herba yang terdiri dari
daun sirih, daun jambu batu, daun pandan & daun serai wangi itu akan diletakkan
dibawah kerusi yang beronggga dan kemudian ditutupkan dengan kain...
Aku akan duduk bertangas selama lebih kurang 10-15 minit sehingga keluar peluh.
8:00 pagi : Selesai bertangas, air rebusan tadi akan dicurahkan ke dalam besen dan
dicampurkan dengan air pai sehingga suam-suam sedap untuk mandi dan aku
mula mandi membersihkan badan. Memang terasa segar mandi dengan air hangat pagi-pagi.
8:20 pagi : Bertungku. Selesai mandi, keringkan badan dan mula bertungku.
Biasanya mengambil 5-10 minit sahaja untuk bertungku di kawasan perut sehingga panas tungku tu hilang. Termasuk juga dibelakang bahu sebab kekadang bila pam susu, sakit-sakit urat belakang bahu aku tuh. Tungku aku gunakan produk leesa formula. Berkhasiat dan senang
didapati.
8:30 pagi : Berurut. Biasanya aku akan mula berurut setelah sampai ke kampung pada hari ke- 5 atau ke-6.Kali ni aku start berurut pada hari ke-6.
Seperti biasa, amalan berurut oleh bidan sebelaha rumah akan dilakukan selama 7 hari berturut-turut. Kemudian pada hari ke-36, akan dilakukan 'Selapan' iaitu urutan untuk sengkak rahim. Urutan biasanya akan mengambil masa 40-45 minit. Selesai berurut, bidan akan pakai kan sekali bengkung, param & pilis siap!
9:15 pagi : Selesai berurut dan berbekung baru lah aku boleh bersarapan. Menunya mudah sahaja. Susu anmum atau horlick/milo panas dan roti putih!
Mak bidan pula akan mandikan dan siapkan baby pulak.
Tengahari :-
12:30 thgari : Seawal jam dua belas emak dah bising suruh aku makan. Nasi, lauk dan air suam siap berhidang atas meja ! Dan kalau emak yang cedukkan nasi, aku tengok nasi nyer macam nak terkeluar dari pinggan. Bila aku tanya kenapa, mak kata ".. biar tak habis, tinggal jangan bertambah.. " dan selalunyer kalau aku makan licin nasi tu tak tinggal sebutir pun termasuk lauk dan kuahnyer sekali.. heheheh
Menu berpantang aku pun mudah aje. Ada orang berpantang dengan makanan yang kering-kering.. lain pulak dengan aku. Menu yang paling glamer ialah ikan haruan/selar kuning masak senggang (rebus kuning), sayur bening(rebus) - sawi, lobak putih & tempe atau cencaru bakar.
Petang :-
4:30 petang : Emak dah mula jerang air mandian dan stimkan tungku herba diatas dapur.
Siap-siapkan baju baby untuk mandi petang & susukan baby.
5:15 petang : Aku mula bertangas dan mandi petang.
5:45 petang : Bertungku diperut dan belakang bahu
5:50 petang : Berbekung dan pakai apa yang patut dipakai. Biasa pilis nak tidur baru pakai hehe 6:20 petang : Makan malam. Mak akan suruh makan sebelum maghrib. Malam kalau terasa lapar, minum susu/horlick/milo panas & roti atau biskut.
Pantang larang ketika berpantang
1. Sentiasa berstokin - untuk elak masuk angin
2. Kalau nak tidur bantal kena tinggikan supaya tak tidur rata. Dengan erti kata lain aku akan tindan 3-4 biji bantal. Sebabnya supaya darah putih tak naik ke kepala. Aku pun tak berapa paham tapi ikuttt je lahhh. Kalau pakai pilis tu mak bidan kata untuk elak darah putih naik yang boleh menyebabkan rabun.
3. Jalan kena hati-hati jangan sampai ibu jari tersadung pada apa-apa atau objek lain. Kata orang urat rahim tu terletak pada ibu jadi.
4. Elakkan makan sayur & buah yang sejuk atau berangin - kacang, kobis, tembikai etc
5. Elakkan makan ikan yang bisa atau gatal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 sweet comments:
untunglah masih ade emak.. ana rasa klu arwah maka ana masih hidup, mcm tu jugak lah dia akan buat. mak dah tak de, kena lah pantang sendiri.. by the way, kak ijan dpt baby ape nih?..girl ke boy?.. cepat upload gambo ...
Ana tak per lahh.. K.izan pun kalau dah nomo 3 nanti entah2 pantang sendiri jugak. sekarang pun nak pantang sendiri dah tak susah. Produk2 kat pasaran semua dah lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki siap dgn jamu2 so berpantang sendiri pun masih boleh mantap jugekk! cuma sabar tak sabar je lah kalau nak mendisiplinkan diri... baby girl :)
Post a Comment