Assalamualaikummmm..

Ahaaa. rentetan dari Hari Raya hari tu. 
mesti ramai Mak Ayah yang sibuk simpan duit raya anak dalam bank tak kira la
bank apa.. mungkin ada yang simpan dalam SSPN.
Kitaorang pun tahun ni simpan kat SSPN sikit & Tabung Haji sikit.
SSPN tu ingatkan leh la claim utk tax relief nanti kan.
Lagi pun Danish pun baru je buka kan akaun SSPN tahun ni,
isinya pun ciput je.. so tambah lagi sikit.
Dania pun baru je bukakan akaun SSPN.

Al kisah Danish & Dania dah ada buku simpanan Tabung Haji.
Kitaorg pun baru-baru ni baru sampai seru untuk buat daftar Tabung Haji.
Korang pun mesti dah tau yang kerajaan dah announce boleh guna penyata akaun 1
KWSP untuk daftar Tabung Haji. Just bawa Salinan penyata EPF & Buku Akaun Tabung Haji,
isi borang dan ambil no giliran untuk pendaftaran. Senangg je...
Melainkan korang dah ada minima RM1,300 dalam akaun Tabung Haji 
then boleh la terus je pergi daftar Tabung Haji.


Selain tu banyak urusan Tabung Haji dah boleh di buat melalui 
bank-bank tersebut seperti di bawah :


Bank Rakyat
Maybank
Bank Islam



Syarat nye sama je macam kat atas tu.
So aku & Abang pun baru je daftar 2-3 minggu lepas
dan nombor giliran kitaorang tahun 2052 nanti! 
40 tahun lagik! ohok ohok!! Dah 75 tahun 
waktu tu.. entah panjang umur lagi ntah tidak gak nyerr uhuhuhu.
Anyway kalau nak buat rayuan orang kata cepat2 penuhkan simpanan
minima RM10,000 dan boleh hantar surat rayuan ke Tabung Haji untuk 
percepatkan giliran. Tapi ikut statistik tahun 2010,
Tabung Haji terima 66,000 surat rayuan percepatkan giliran! uhuhuhu
So apa pun berusaha dan pasanglah niat... kalau ada rezeki InsyaAllah
mudah-mudahan di permudahkan segala urusannnnn.. aminnnnnn



Okeh okeh.. panjang plak melalut. 
Berbalik pada Tabung Haji Danish & Dania...
lepas balik dari daftar untuk aku dan Abang baru la tetiba
ada lampu 'pling!!!!!' kat tepi kepala dapat idea,
apsal tak daftar kan je terus budak2 ni kann.. sementelah kalo register sekarang 
pun kena tunggu 40 tahun lagi baru dapat gilirann... 
So minggu berikutnya aku pun pergilah ke Bank Islam bawa
buku akaun Danish & Dania...
Alhamdulillah setakat ni baki akaun diaorang dah melebihi amaun 
minima yang di perlukan untuk daftar haji iaitu sebanyak RM1,3000.

So berbekalkan buku akaun TH diarorang ni aku pun pergi lah ke Bank Islam cawangan Cyberjaya
yang baru je di buka....  alhamdulillah.. memang tak de halang had umur minima untuk daftar.
So aku pun terus isi borang dan tunggu nombor giliran.
Sampai giliran tak dapat nak register sebab sistem offline.. pulak dah. 
Tapi staff kaunter janji akan call balik kalau system dah ok. So aku pun tunggu je lah call
derang.

Selang beberapa hari dapat call dari Bank Islam kata sistem dah OK dan dah boleh 
buat pendaftaran Haji untuk both kids. Tapi bila try register tak lepas..
last2 staff kaunter mintak nombor IC budak2 ni sebab dalam buku register guna 
No. Surat beranak... tapi bila dah guna No. IC pun still tak boleh register.
Staff kaunter kata baki minima pun cukup untuk daftar haji ni...hmmmmm
Akhirnya baru dapat tahu yang untuk daftar Haji cuma boleh buat dengan No IC je..
so moralnya aku kena pergi update balik info akaun/no IC kat Tabung Haji sendiri 
baru boleh daftar Haji untuk both kids...

Moral of the story yang nak di kongsikan kat sini, dari duit simpanan diaorang berlumut je 
dalam akaun tu ada bagusnya jugak kalau kita daftarkan je diaorang terus. Ada juga manfaatnya
kita simpankan duit diaorang dalam tabung Haji tu kan. Kalau tak kang bila diaorang besar kot emergency
nak sambung belajar ke apa ke kang habis di keluarkan balik duit tu uhuhuhu. Cumanya kalau kita dah daftarkan Haji, RM1,300 akan di bekukan lah means tak boleh di keluarkan ... begitulah seadanya..

Aku pun belum settle lagi nak daftarkan diaorang  cuma pada sapa2 yang terfikir nak registerkan 
Haji untuk anak2 mulai sekarang make sure bila buka buku akaun Tabung Haji tu 
registerkan No IC sebenar diaorang supaya boleh buat registration Haji ...

Sekiann.. Al kisahhhhhh

p/s: Setelah hampir setahun tertangguh akhirnya berjaya jugak 
tukar layout blog ni AHAHAHAHAHAHA!! OK tak...?
gilerr happpyy...!! tercapai satu azam tahun ni hihihihi

baru la ada mood sket nak update blog : D

 Raya dah habis baru terhegeh2 nak update.. ngahahahaha.
Mintak ampun laaa.. busy terbabas sampai tak menyempat2 dah uhuhuh.
Tapi tak kira nak update gak walopon dah basi akakakakaa

Tahun ni turn beraya kat Pahang, kampung halaman Abang. 2 family termasuk adik bujang Abang je 
beraya kat umah pusaka tahun ni.. yang lain beraya umah mertua & yang bongsu
beraya di perantauan... kat US nunnnn uuhuhu.

Tahun ni kira aku la jadi master chef memasak juadah raya.
Lupa sungguh nak snap gambar juadah..
tapi antara yang sempat aku masak
Lontong (lodeh), sambal bilis, Sup tulang 
untuk buat soto sekali... sambal kacang nasi impit,
 Ayam masak ungkep.
Along sampai malam raya dah siap masak 
rendang, Ayam masak merah dan satu menu lagi yang aku pun dah lupa.
Pak lang petang2 dah hantar lemang panas2 dari rumah mertua..
memang terbaekk!! 

Abang plak gigih jugak cari daun kelapa buat anyam ketupat
he he he. Kasik feel sket la dah nama pun beraya kat kampung kannn.


Ok ni gambar pagi raya kami.. team merah & team maroon pink (belasah je la)


Ahaa.. aku dan Abang.. Perasan macam baru kawen anak sorangg je kannn ekekekeke.
Danish & Dania ralit main nak bergambar pun kejap2 je.. situlahhhh


Mak Long & anak2 sedara


Anak Along baju merah anak dara 5 orang eheheheh


Ops salam rayaa


Ni 3 orang permata hati ku. sempat candid time derang tengok TV jek

Bibik pun sedondon kaler tema raya tahun ni hik hik




Budak2 dah ready nak gi beraya


Marhaban lelaki beraya kat Umah


Jiran2 yang datang beraya. Petang tu kitaorg pun 
berkunjung balas beraya kat umah jiran2 sebelah.


DAY 2
Ahaaa.. Hari ke-2 gi beraya kat umah sedara mara plak.


Hari ni tema kuning eheheheheh


Cam biasa.. pengantin anak satu.. 
Danish & Dania terus masuk dalam keta layan movie kartun.
Sukahatilah labuuuu


Ni beraya kat umah Mak Saudara.. memang tiap2 tahun WAJIB datang sini
sbb mak sedara ni dah macam mak sendiri dahhh


RAYA @ REUNION

 Ahaaa.. sempat jugak gi beraya umah kengkawan kat Jengka nun.
Ni member2 masa duk asrama kat Kuantan dulu  


Dari petang bawak ke maghrib tak reti nak balik akakakak


Ada yang dah berbelas2 tahun tak jumpaa..
Alhamdulillah.. raya kali ni sempat jugak beraya 
ke rumah saudara mara dan sahabat handai kat sanaa

Yang bestnya nampak tak awek baju pink tergolek lena kat kaki  Danish tu..
awek tu masuk dalam keta nak beraya je terus tertidur..
angkat gi umah orang tu.. tak bangun pun..
sampai habis beraya angkat balik masuk dalam keta tak
bangun2..! akakakkaa. Kompem dia tak sedar dah beraya
umah orangg akakakakka. Tak senonoh sungguh anak dara ku ini kann..
si Dhiya pun dah lena masa tu.. terkeluar lak dari gambar uhuhuhu
Assalamualaikum...
Tanggal 1hb September 2012, genaplah umur Dania 5 Tahun!!
Sungguh pantas masa berlalu... Dania dah besar dan dan jadi kakak pun!!!
Selamat menyambut ulang tahun ke-5 Dania..!
Semoga terus membesar menjadi anak yang 
sentiasa menyenangkan hati Mama & Papa.
Mama & Papa doakan semoga Dania terus membesar menjadi 
anak yang cemerlang dunia dan akhirat.. aminnnn


Tahun ni sambutan buat secara sederhana je.. Mama pun agak sibuk sikit maklumlah
Papa warded untuk operation buang Kidney stone di Columbia Asia Hospital
sejak 29hb... Alhamdulillah operation berjalan lancar pada 30hb..
so weekend Hari Merdeka tu memang lepak dekat Hospital jek temankan Papa.


Malam 1hb tu Mama tidur spital temankan Papa.. Danish & Dania kat umah
ngan Bibik. Balik tengahari untuk ambik derang bawak jumpa Papanya kat 
spital.. so masa balik tu la sempat celebrate kat umah jap.




Ice cream cake ni dah tempah awal... so celebrate jugak bufday Dania
kat umah. Nak bawak gi spital Papa kata buat kat rumah je..
kang kat spital nak bising2 takut menggangu 
pesakit lain walaupun Papa duduk single room. So celebrate kat umah jap,
just panggil kawan sebelah nya.. yg lain ramai kuar beraya/balik kampung.
Ok... selebihnya kita layan gambar je la yekkk :D




Call Papa nyanyi lagu Happy Bufday sama-sama 


Kawan sebelah rumah








Dhiya pun sedap makan ice cream kek.. nyum nyum!!




Dhiya yang sentiasa ambik peluang mencapai apa yang bolehhh



Saat yang paling Dania nantikan..
lately asyik keluar pulak iklan Baby Alive ni kat TV..
Dania pun mula la buat muka mata kucing bulat.. uhuhuh


Since dah lama tak belikan mainan.. so kali ni tunaikan jugak beli Baby Alive.
Jaga  Baby elok2 ok 'Mommy'!











Dhiya test power 'kawan' baru..
'eh betul ke kawan ni.. pasall boleh cakap.. aku pun tak le cakap lagi '
*Dhiya berkata2 dalam hati hik hik hik*









Tiba-tiba je perbualan jadi
Dania : Ibu
Danish : Ayah.. 
kikikiki.. comel je dengar derang berlakon jadi ibu & ayah
kasi makan & tukar diapers baby hik hik hik



"Mommy, ni adik baru saya ke..?"

Dhiya sibuk jolok2 jari dia dalam mulut 'baby' jugak 
nak kasik makan ekkeekkeeke
Al-kisahhhhh