Assalamualaikum...

Terkejut gila baca berita ni...
Mentang-mentang di beri kepercayaan merawat kerabat Sultan Brunei,
tak agak-agak kenakan bayaran melampau sehingga mencecah
RM 63.7 juta dalam masa 5 bulan..!! Gila ke apaa..???!
Ada bil yang di naikkan sesuka hati sehingga 526 kali ganda..!!
Ada jugak doktor spesis 'kaki kikis' macam ni.
Apa pun selamat menjawab la di mahkamah yerrr...



2011/03/28 @Berita Harian


Dr Susan LimSINGAPURA: Seorang doktor pakar terkenal kini disiasat pihak berkuasa perubatan di republik ini apabila didakwa mengenakan bayaran 'melampau' berjumlah S$26 juta (RM63.37 juta) ke atas seorang anggota kerabat diraja Brunei yang menghidap barah payu dara, hanya untuk tempoh rawatan selama lima bulan.


Dr Susan Lim, 55, pakar bedah pertama berjaya melakukan pemindahan hati di Asia, didakwa mengenakan bayaran itu ke atas sepupu dan adik ipar Sultan Brunei, Pengiran Anak Hajah Damit ketika merawat beliau dari Januari hingga Jun 2007. Penasihat Kanan yang mewakili Majlis Perubatan Singapura (SMC), Alvin Yeo, ketika mengemukakan satu dokumen di Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu menyatakan jumlah bil dikenakan bagi tempoh 2004 dan 2007 ialah sebanyak S$40 juta (RM95.95 juta) tidak termasuk tuntutan bayaran perkhidmatan bagi tempoh tiga tahun sebelum itu. Laman web berita Asiaone melaporkan, Dr Lim merawat Hajah Damit dari 2001 hingga beliau meninggal dunia pada Ogos 2007.

Dokumen berkenaan menunjukkan pada hari perkhidmatan dijalankan sepanjang tempoh itu, Dr Lim mengenakan bayaran didakwa antara S$29,600 hingga S$660,000 (RM71,000 hingga RM1.58 juta) sehari. – Agensi

Baca lagi KRONOLOGI kes DR Susan Lim KLIK SINI
Assalamualaikum..
Salam hari Isnin.. korang busy ke ari nih..?
Saje nak share BE yang senang menari-nari sekarang.
Both daripada Digi. Terima kasih En. Nuffnang & En Digi..!

Sebenarnya lama gak tak dapat BE nih..
Sampai aku pun tak sedar bila ntah BE ni start balik sebab
satu masa aku pun jadi tak berapa kisah pasal tabung Nuff ni ada ke tak.
Yang penting kita enjoy berblogging & develop kita punya friendship
dengan blogger lain kan..!


Anyway thanks pada kengkawan sekelian yang sudi jengah blog yang tak seberapa nihh..
korang memang besttt..!

Kepada pemenang2 Izan@SweetOmoide 7th Anniversarry lucky draw 
yang mungkin masih cari tarikh tontonan yang sesuai, 
sila jangan malu-malu contact aku kat
untuk redeem hadiah masing-masing okeh..!

Pemenang Hadiah Utama x 2
Cik Z@i !!
Myra Queen

Pemenang Hadiah Saguhati x 2
eda_ej
Nad@Mama Zakwan
Assalamualaikum....
Nak share satu channel Astro yang aku baru perasan KEWUJUDANnya he he.
Itu pun gara-gara stay up tengah malam buat projek ofis online kat rumah.
Channel 706 ~ Life Inpired di Astro B.Yond dalam High Definition (HD) mode.


Paling mencuri perhatian aku rancangan realiti, HGTV Design Star
yang menyaksikan 10 orang designer berentap 
dalam beberapa siri menata rias dekorasi 
rumah, both interior & exterior.


Malam semalam menyaksikan Juara  Musim pertama
HGTV Design Star jatuh ke tangan David yang bersaing hebat dengan Alice..!
Bila aku check rupanya Session 1 ni tahun 2006 dulu. 
Sekarang ni dah masuk musim ke 5..!
Tapi rancangan ni memang best laaa..! Macam gak tengok restaurant Makeover,
sekali dia make up fuhh... memang kagum dengan hasilnya..! huhu

Contestants


Yang terbaru, Design Touch yang  mula di tayangkan 23hb Mar pukul 10:30 malam.


Kepada yang tengah nak pindah rumah baru atau yg tengah cari idea 
nak ubah dekorasi rumah sedia ada boleh la usha-usha rancangan2 menarik kat
  Channel 706 ~ Life Inspired@Astro B.Yond nih.

Memang boleh buat 'kenyang' mata aku tengok rancangan nih.. 
Sebelum ni ada jugak satu rancangan dari Jepun berkisar tentang 
dekorasi rumah-rumah moden dekat Jepun...!
Dinding kaca atas bawah..... tengah baru dinding tak lutsinar. 
Kononnya mesra alam supaya nampak permandangan luar dari dalam rumah.
Macam orang lepas mandi pakai tuala..! Yang pelik-pelik je.. he he.

Okeh... selamat menonton yek..!!