Assalamualaikum..
Hari Isnin lepas aku & Abang ambik cuti balik dari program Reunion x-Asbtarian
kat Kuantan. Ahad tu pun malam baru sampai.. masing-masing kepenatann..
penat bergosipp setelah berbelas tahun tak jumpa! ha ha
So Hari Isnin tu kitaorg ambik cuti sambil nak settlekan Check out bibik
kat Imegresen Putrajaya. Tengahari baru settle, terus gi Alamanda
alang-alang dah duduk dekat situ.
Sampai Alamanda terus queue kat GSC.. apa lagi kalau tak
Hikayat Merong Mahawangsa yang dah cecah jualan tiket RM2.2 juta
pada hari ke-4..! Aha.. Abang memang dah berjanji nak ajak aku gi tengok movie ni.
tiket aku & Abang pun termasuk dalam figure 2.2 juta tuh okeh!hehe
Masa berbaris tu waktu terawal tontonan 2:15 petang. Tu pun dah keluar kaler
kuning lip lap lip lap menandakan tiket dah tinggal paras hidung. Adusss...!
Aku dalam hati cakap jangan la orang lain beli tiket HMM kul 2:15ptg tu..
orang belakang plak dengar dia bercakap ngan member dia..
'tolong la jangan merah *sold out*'' ha ha
Masing-masing suspen nak sampai kaunter.
Seb baik ada rezeki kitaorang beli 2 tiket huhu.
Sambil tunggu waktu tayangan, Abang ajak lunch kat Jonny's...!
Waaa weeeeeeeeeeee!! gumbiranya dlm hatii.. kecil tapak tangann,
seperiuk steamboat perutku tadahkan! he he
Order guava sour sop
sedang bersteamboat
kuah cecah yg sedapp
Abangg.. he he. Ma kaseh belanja.. muahh muahhh!!
Pencuci mulut ~ banana split..!
Kul 2:15 ptg kami dah terpacak dalam panggung.
Aha.. kalau korang berminat nak menonton HMM silalah layari
Sejarah Merong Mahawangsa yang berkait rapat dengan pembentukan
negeri Kedah.
dan ini pula dari Sastera Rakyat Negeri Kedah
Yang paling mengujakan watak Merong Mahawangsa yang
dilakonkan oleh
OFFICIAL SITE
kacukan English(UK) & Malay.
Merong Mahawangsa lakonan mantap Stephen Rahman
Antara watak penting, Admiral China & Putera Raja Rom, Marcus.
Filem ini di lakon kan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu lama.
Merong telah di upah untuk menjaga Marcus demi meneruskan perkahwinan
Putera Raja Rom itu dengan Tuanku Puteri dari China di semenanjung emas.
Malangnya mereka telah di serang oleh puak Lanun Geruda yang kejam.
Pertembungan antara mereka tampak ngeri melibatkan pertumpahan darah
dan filem ini telah di klasifikasikan sebagai PG18.
Dapatkah Putera Raja Rom & Puteri Kerajaan China di satukan..?
Berjayakan Merong menumpaskan puak lanun Geruda yang kejam..?
WAJIBlah anda-anda sekelian saksikan tayang filem 2 jam ini di panggung berdekatan..!
2 jam penuh dengan aksi dan jalan cerita yang padat..!
Atau nak tiket FREE..?
Layari *klik banner*
Due date 18th Mar 11. So hurry!!!