Salam...
Masa pergi tu Abang ada cerita tentang plan pembangunan Kampung Baru yang dah di luluskan oleh Kabinet. Macam-macam reaksi & spesikulasi yang timbul tentang nasib penduduk-penduduk Kampung Baru dan bagi pengunjung di kedai-kedai Makan sekitar Kampung baru yang bermacam-macam tu
pasti timbul pula rasa bimbang ntah macamana la nanti rupa bentuknya kalau betul Kampung
Baru di bangunkan oleh Kerajaan..

Mesti ramai yang ada sentimental value & kenangan kat sini kan..?
So untuk itu.. jom kita tengok semula asal usul Kampung baru ni dan sejarah perkembangannya
sebelum ia bertukar wajah....

sumber : Kosmo

MENITI sejarah penubuhan Kampung Baru, ia sebenarnya mula dibuka sejak tahun 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor, Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa.

Setahun kemudian, sebuah lembaga pentadbir khusus ditubuhkan iaitu Penempatan Tanah Pertanian Melayu (MAS) dan diwartakan oleh British bagi menguruskan perkara mengenai pentadbiran kampung.
Kampung Baru dibentuk daripada tujuh buah kampung kecil iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.

Kawasan dengan keluasan 90 hektar itu bersempadankan Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sebelah utara, Jalan Dang Wangi di selatan, Jalan Tuanku Abdul Rahman di barat dan di sebelah timurnya adalah Sungai Klang.

Pada awalnya kampung tersebut terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang tinggal di kawasan Sungai Gombak dan Sungai Klang terpaksa berpindah untuk memberi ruang kepada pembangunan Kuala Lumpur.

Tokoh

Bandar berkenaan ketika itu sedang pesat membangun apabila beberapa projek yang kini menjadi ikon sejarah dan seni bina seperti Kelab Diraja Selangor, Bangunan Pejabat Pos Utama, Victoria Institution dan Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam pembinaan.


KEDIAMAN bertiang tinggi ini boleh ditemui di Jalan Raja Muda Musa.
--------------------------------------------------------------------------------

Selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957, Kampung Baru menjadi tumpuan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri Semenanjung yang mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.
Lebih menarik, kampung yang dihimpit dengan rentak kemajuan dan arus pemodenan serta pelbagai bangunan pencakar langit berjaya melahirkan ramai tokoh yang mungkin tidak diketahui ramai.
Antara tokoh tersebut ialah veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani; Pengasas Sapura Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Ir. Shamsuddin Abdul Kadir dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim.

Pada tahun ini, Kampung Baru mencecah usia 111 tahun malah penduduknya masih mengekalkan identiti tersendiri dengan binaan dan kedudukan rumah yang biasa dilihat di kampung serta terdapat rumah-rumah yang masih berdiri teguh dengan ciri-ciri tradisional.

RAGAM penduduk dan peniaga Kampung Baru dipertontonkan pada Pameran 3 Alam yang sedang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman.

--------------------------------------------------------------------------------
Menurut Setiausaha Kehormat Lembaga MAS, Shamsuri Suradi, sehingga kini terdapat lebih 100 rumah Melayu yang masih mengekalkan reka bentuk tradisional.

Reka bentuk

Kata beliau, reka bentuk rumah di kawasan tersebut berbeza kerana ia bergantung kepada kehadiran penduduk dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu ketika itu.

“Jadi kalau dilihat rumah yang cantik waktu dulu kebanyakan terdapat di sebelah Kampung Hujung Pasir yang mana rata-rata penduduknya datang dari Melaka dan beberapa negeri lain dengan binaan tangga yang cantik.
“Sementara rumah di Kampung Atas A dan B pun cantik dengan tiang-tiangnya yang tinggi. Itu semua rumah orang-orang kaya,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang masih mengekalkan kediamannya dengan reka bentuk tradisional, Muhd. Noor Muhd. Amin, 73, memberitahu, rumah pusaka yang didudukinya itu kini berusia 86 tahun dan masih utuh.

PENDUDUK kampung, Maimunah Ayub, 63, ceria menunjukkan gambar Sekolah Perempuan Kampong Bharu, tempat ibunya belajar pada zaman dahulu.
--------------------------------------------------------------------------------

Dia yang meminati muzik klasik Melayu memberitahu, dahulunya kawasan sekitar rumahnya yang berpaya menjadi punca rumah dibina menggunakan tiang yang tinggi selain mengelak daripada banjir.

Pesara guru itu berkata, rumahnya sepanjang 30 meter dan lebar 15 meter itu berunsurkan gaya Limas dari Selangor dan dibina menggunakan kayu cengal yang tahan lama.

“Bermula dari pintu gerbang Jalan Raja Muda Musa ini, seingat saya hanya terdapat enam rumah yang masih mengekalkan konsep tradisional Melayu.

“Sebelum tahun 70-an, rumah di jalan ini semuanya diperbuat daripada kayu. Bagaimanapun, semasa Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor, beliau memudahkan penduduk di sini mendapatkan pinjaman mengubahsuai rumah,” katanya.



 Nak JOIN SEGMEN ~ JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI 

My Header :


Sapa yang buat header tersebut :
Diri sendiri @ Tuan blog @ Izan.

Perisian yang digunakan  :
Adobe Photoshop

Maksud header tersebut :
Sweet Omoide :  
Gabungan perkataan English + Jepun.
Sweet ~ Indah/manis, Omoide ~ Kenangan membawa maksud Kenangan Terindah

This blog dedicated to keep our sweet memories ~ ( me, hubby + kids). Kadang-kadang ada gak isu2 semasa, isu2 merapu :P. Tema kehijauan ~ sweet, kedamaian... gambar-gambar yang dimuatkan di dalam header adalah gambar-gambar yang di rakamkan  ketika menyambut ulangtahun perkahwinan ke-5 kami.

Jangkamasa yang diambil buat header itu
1 hari

Header blog lain yang anda suka tengok


Joe Grim Jow ~   Simply Perfectt...!!!
 Salam...


Penulis blog Red Mummy, K.Mira hari ni jadi coverpage Berita Minggu..!! Dengan
tajuk sensasi BLOGGER UNTUNG RM1 JUTA...!!
Wowww..!! Memang lumayan banget tu pak..!!


Antara sinopsis BH versi digital :

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.
 
Nak tahu berita lanjut kena dapatkah naskah Berita Minggu hari ni lahh..!
 
Anyway kepada yang belum pernah jejak blog redmummy bleh terjah  INI~RedMummy.com