Nak interframe citer merapu skett.. ngehh ngehh ngehh.

Selalu gak pagi2 gi kerja tu dengar Hot FM. Suka dengar celoteh Farah & FBI. Dan banyak kali gak bila diaorang buka topik Hot Chat, mesti aku pun terimbau gak kenangan2 & pengalaman sendiri. Tapi nak tepon tak rajin la plakk.. apatah lagi pepagi tu selalu je kelam kabut drive gi office. So selalu gak berangan bestnyer kalau lepas dengar Hot Chat aku pun bleh buat entry 'Hot Chat' gak kat blog nih.. tapi tak pernah berkesempatan.

So hari ni.. aku rasa benda yg sama gakk.. tapi kali ni gagahkan jugak nak buat entry merapu - HOT CHAT di Sweetomoide nih.. kui kui kui.

GELAK GELI di HOT FM
Pagi tadi dengar segmen Gelak Geli so ramai la caller call n cerita lawak dan salah satu darinyer kisah nenek yg 'menjawab' ketika ruku' (sembahyang) kui kui kui...

BILA SUBUH...
Berbalik pada kisah aku masa kecik-kecik dulu.

Kalau tak silap naik darjah satu nak masuk darjah dua Emak dah mula ajar sembahyang. Kalau dulu-dulu bila belajar sembahyang, telekung 'tak rasmi' pertama ialah kain batik! Caranya, hujung kain batik tu di ikat ke belakang kepala di bawah paras mata. Kemudian dari hujung kain batik yang satu lagi di buka dan si sarungkan kepala... so bahagian mata nanti akan terbuka..! So cam tu le lebih kurang telekung masa mula2 belajar sembahyang dulu hu hu!

Dalam banyak-banyak bacaan dalam sembahyang, yang paling susah rasanya doa Qunut. Setiap pagi Emak akan suruh aku baca & hafal doa qunut dari buku sekurang2nya 3 kali. Di tambah lagi.. bila subuh Emak akan kejut suruh sembahyang Subuh. Di sebabkan waktu tu masih belum sempurna hafalan doa qunut, so biasanya bila aku sembahyang Subuh, Emak akan stanby kat tepi katil. So lepas rakaat kedua bila Emak tengok aku dah berdiri sambil angkat tangan nak baca doa Emak pun akan start la baca doa Qunut tu kuat-kuat sambil aku akan ikut dalam hati sebaris demi sebaris sampai habisss.....

Satu hari... macam biasa emak kejut bangun sembahyang subuh.. aku pun bila dah masuk rakaat kedua terus la berdiri tadah tangan dan menanti dengan penuh tawadukkk bantuan bacaan doa Qunut dari Emak... lama berdiri tadah tangan Emak tetap membisu... sabarrr.. aku tunggu lagi.. tapi Emak tetap membisu. Dari pandangan sisi aku nampak Emak ada kat birai katil tu. Aku tunggu lagi dengan penuh sabarrrr.. tapi Emak tetap jugak diam membisu. Aku ni dah makin lenguh berdiri.. doa qunut ada la 3-4 baris je hafalll... dah 2-3 kali aku ulang yg 3-4 baris tapi suara Emak tetap tak kedengaran. Aku pula dah mula terasa kepanasan.. panas peluh dan panas penattt. Last2 tak tahan aku pun terus bersuara

Aku : Emakk... tak bacakan pun doa Qunutnya..
Emak masih senyap
Aku : Emakk...!! Mana doa Qunutnyerr... Tak bacakan pun ..!
Emak : Laaaa... Emak tertidurrr laaaaaaaaaaaaaaaaaa........
Jawab Emak sambil gelakkan aku.

Lorrr.... sabor je laaa.. Penat aku berdiri lama-lama tunggu 'bantuan' rupanya sedapp Emak tidur zzZZZZZzZZZZ kat sebelahh... dushhhh!

Lepas tu cerita pasal Subuh ni, selepas beberapa tahun aku 'lulus' baca doa Qunut, masih bersekolah rendah. Satu subuh cam biasa Emak kejutkan kitaorang bangun sembahyang (iskk iskk iskkk). Satu hari aku yg tengah nyenyakkk, sayup-sayup je dengar suara Emak kat hujung katil kejut aku & kakak aku bangun. Tengah mamai mamai jaga tak jaga tu tetiba..

Paaaappppppppppp!!!

Adoiiii...............!!! Terkejut aku di buatnyer. Emak tampar bawah lengan aku yg aku angkat keatas masa tidur.
Aku : Apsal Emak pukul Ijan.....??!
Emak yg dah merangkak atas katil kat sebelah aku menjawab
Emak : Laaaaa.... tahi lalat Ijan (name manjer ihik!) kerrr...? Emak ingatkan nyamuk tadii.. Emak tepukkan la.
Aku : Laaaa Emak ni.. kan Emak yang lahirkan Ijan pun Emak tak ingat ke ada tahi lalat kat situuu...
Sabor je la Emak aku sorang ni.. memang ada tahi lalat sebesar sekor nyamuk kenyang kat bwh lengan.. tak pasal-pasal FREE je aku dapat 'penampor manja' Emak pepagi buta.. ngehhh ngehh ngehhh..

Apapun Emak sentiasa di hati. Sayangggg Emakk......

Sekian le kisah merapu Hot Chat di sweetomoide.. he he

Gambar DYMM Sultan Mahmud Iskandar bersama Tun Dr Mahathir sekitar tahun 1984
Rafak takziah buat kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Baginda telah mangkat pada usia 77 tahun pada pukul 7:15 malam, 22 Januari di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas di masukkan semalam kerana gering. Pemergian baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 2 orang putera dan 8 orang puteri.

Sultan Iskandar yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932
dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981 dan tiga tahun kemudian, 1984 baginda di lantik sebagai Yang di-Pertua Agong ke lapan.

Kemangkatan baginda menyaksikan Putera Sulung, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim di masyhurkan sebagai Pemangku Raja.

Rakyat dan penduduk negeri Johor akan berkabung selama 7 hari di atas kemangkatan baginda. Semoga roh Almarhum di cucuri rahmat oleh yang Maha ESA. Al-Fatihah.
Activity hujung minggu....
Lately asal petang nak ajak Danish & Dania gi mandi pool je hujannn.. asal petang je hujann.. Sabtu tu pun lepas asar kejut kiddies bangun tidur ajak gi mandi pool pun tak sempat keluar rumah dah hujann.. last2 Ahad lepas kitaorang tukar schedule ke pagi. So pagi Ahad tu bangun terus buat sarapan.. kejut both kiddies (dengan baju tidurnyer), siap apa patut pukul 9 pagi dah gerak menuju ke Kelab Komuniti Cyberjaya... Pagi tu kitaorang breakfast sambil 'piknik' kat tepi pool Kelab tuh! ha ha ha! Juadah Sempoi :- Nasi Goreng, Tempura ayam nugget, roti & peanut jam, some cookies and yang paling bestt Milo panas-panas dari Thermos! Perrrrgghhhhhhhhhhhh......!!

Dah kenyang isi perut terus salin swimming suit dan 'bedebusssss....!' apa lagi terjunnn kolam terusss!
Dania yang dah 'berani' swimming sendiri dengan bantuan pelampung.
Puas mandi kolam kecik.. masuk kolam besar plakkk. Tak padan kecikk.. jiwa besarr ha ha
Super Bodyguard. Err.. adult nak masuk RM5 sorang ye...

Steady je Dania terapung sendiri dlm kolam besarr... berani betul anak dara sorang ni hu hu

Penat mandi.. kejap2 naik sambung makan... sambil sejuk-sejuk lepas berendam tu pekena Milo Panass termasuk la anak dara ni.. perrrghhhhhh!!

Puas berendam (nak dekat 2 jam gak!!).. salin baju sambung main kat playground
pulakk...

Ada kerusi meja lagi kalau parent nak lepak2 atau menjamu juadah.


Facilities
Kalau ada yang berminat untuk tahu facilities lain yang terdapat di Kelab Komuniti seperti di bawah... dengan ihsan kamera amatur ku... (mr HP) he he

Gymnasium

Squash

Dancing studio

Snuker / Pool


Tennis Court
Beach Volley Ball

Ada lagi facilities lain tak sempat cameraman amatur ni snap seperti Futsal & Cyberjaya Circuit (Go kart). Setiap satunya dikenakan bayaran berbeza tapi amat berpatutan.


Driving Range

Dan satu lagi tarikan utamanya ialah driving range untuk siapa yang berminat ngan sukan golf.

Aku pun dah 6 tahun tak sentuh kayu golf.. kali terakhir sekitar tahun 2003 kat Club House A Famosa.. Teringat masa further dulu rajin gak geng2 Manager tempat aku buat part time kat Kagoshima Sun Royal Hotel ( 4 tahun beb!! Dah ala-ala taiko dahh siap leh entitle bonuss lagi ha ha) ajak gi driving range. Pernah gak le merasa join course 18 holes sehari suntuk tapi aku handicap laa... itu tak termasuk starting point utk ladies & gents yg sememangnya berbeza.. ha ha ha. Tapi la ni kalau aku pukul bola tu silap2 rumput dengan tanah2 sekali terbangg kott!!.. hua hua hua!

Berminat untuk tahu lebih detail tentang Kelab Komuniti Cyberjaya sila layari