Last week pergi KLCC cari buku kat Kinokuniya. KLCC lah satunyer branch Kinokuniya book store kat Mesia. Sampai2 nak terkucil. Cari la toilet.. nak masuk tu ada signage
'Premium Toilet. RM 2 per entry'.. RM2..?? pergghhh? mahal gilerrrr nak masuk toilet RM2..! Tak jadik nak masuk pusing aa cari toilet lain. Jumpa satu lagi tengok2 sama gak signage macam tadi. Rupernya semua toilet kat 1st floor to Premium toilet. Nak toilet free kena la ke level lain. So sbb malas nak terpusing2 cari toilet lagi aku pun masuk je la, bayar 2 ringgit. Nak gak tau apa yg special sangat ngan premium toilet ni sampai kena charge RM2...



Jeng jeng jeng.. ni la dia
- Dapat wet tissue
- Dilengkapkan sgn set aeroma therapy and all set of talcum, lotion etc..

Teringat lak kat toilet Signature MidValley. RM5 per entrace.. orang kate mcm cantik cam lobby hotel..? Wallahualam... ada sapa2 nak update?

Sejam lebih gak melepak cari buku kat Kinokuniya - KLCC dengan karenah Dania & Danish. Dania penat duk dlm stoller sibuk la berdiri kat rak buku2 jap lagi nak merangkak ke sana kemari. Danish pulak dah macam sprinter kat Olympic Beijing. Kat walkway tu entah berapa round dia lari 100m siap buat aksi sebelum dan selepas bunyi pistol tu! Orang kat dlm kinokuniya pun ada yg sengih2 tengok gelagat dia.. saborr je la.

Lepas cari buku ronda2 dan pergi taman KLCC. Bagi can kat Dania & Danish main puas2 sampai penattt.. pas tu balikkkk.


Resepi from my Lady Boss...
Last week end try kat rumah..
memang sedap dan ranguppp!!!!! Nyumm! nyum!!!

Resepi mudah
Bahan-Bahan:
1. Sebiji telur
2. Tepung serba guna Nona
3. Serbuk roti (bread crumb) Nona
4. Lada sulah secukup rasa
5. Sedikit serbuk kari (hujung sudu)
6. Cendawan putih

Resepi :
1. Panaskan minyak didalam kuali
2. Pecah telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam & lada sulah secukup rasa dan kocak
3. Sediakan tepung serbuk guna di dalam mangkuk 1 dan campurkan serbuk kari sedikit
4. Sediakan serbuk roti didalam mangkuk 2
5. Lumurkan cendawan dengan telur, kemudian gaulkan dengan tepung serbuk guna
didalam mangkuk 1 seterusnya gaulkan dgn serbuk roti didalam mangkuk 2 dan terus
gorengkan didalam minyak kuali yang sudah panas
6. Bila warna bertukar keperangan, angkat & toskan cendawan. Sedia dihidangkan
bersama sos cili thai !

NOTE: Jika anda menggunakan tepung serba guna Adabi, tidak perlu dicampurkan dgn garam & serbuk kari. Boleh diubah mengikut citarasa masing2.



Last week ada majlis makan-makan kat ofis Abang. Sempena nak Bos Abang dapat gelaran Dato' ( ketika Jubli Emas pemerintahan Sultan Kedah), meraikan team Futsal yg dapat naib johan dan sempena nak sambut ramadhan sekali. Tahniah diucapkan kepada semua.

Menu.. Steamboat, nasi beriani & pelbagai desert termasuk cendol & ABC dan tak lupa Kambing bakar! Kebanyakan disediakan sendiri bergotong royong oleh staff kompeni Abang kecuali nasi beriani & kambing bakar di panggil orang luar. Menu semua sedap2 belaka... especially kambing bakar tu..! Memang paling sedap aku pernah rasa laaaa...lembutt terbakar dagingnyerr..cecah pulak dgn sos thai campur mayonis.. perrghhh!!! Anyway, tak sempat pulak nak snap rupe kambing bakar yg dah siap di hiris2 tu..

Kepada pihak penganjurr.. terima kasih daun keladi, bila-bila jemput lah lagi! he he