Malam ni Abang pergi Outsation ke Mumbai, India seminggu ! Isnin minggu depan baru balik.. uhuk! uhuk!!

Malam semalam Abang ajak gi makan seafood kat Bagan Lalang! Wahhh.. teruja gak sebab aku pun tak pernah gi makan seafood kat Bagan Lalang ni huhuhhu!. So malam semalam, lepas maghrib kami bertolak dari rumah. Since tak pernah pergi Abang pun just snap peta dari
internet jek.

Perjalanan hampir melewati sejam.. tapi kitaorang belum sampai! Perrghhh bleh tahan jugak jauhnyer. Last-last dah suspen guna gak le Garmin sebagai penunjuk arah. Seb baik ada Garmin - tolong sebut jarak & arah, mana nak belok etc. Dah la first time pergi, malam plak tu confident pakai redah jekkk.. seb baik tak terlajak sampai ke Morib! Kui kui kuii..!

Anyway dalam kul 9:00mlm kitaorang sampai. Sampai-sampai memang agak sesak jugak tempat tu.. selain restoran2 tepi pantai, ada gak jualan bazaar yg serba meriah dan beberapa group yang buat perkhemahan tepi pantai..!

Akhirnya kami singgah di sebuah restoran Bayu Malam. Sebenarnye tengah2 survey restoran tetiba Danish dah sibuk nak 'membuang' terus la singgah kat restoran berdekatan, Bayu Malam tuh.. huhuhu

Basically konsepnyer camnih,
i) Memula pilih seafood untuk di timbang

ii) Pas tu order la nak masak apa seafood yang dah dipilih tu...
Dania yang dah tak sabar tunggu hidangan siap di masak
Antara yang di order
Udang goreng kunyit
Ikan bakar cicah sambal kicap (perrghhh!!!)
Masakan pedas
Sotong goreng tepung

Kerapu sweet sour
Tomyam
Masa untuk nyum! nyum!!
Wajah ceria orang yang 'dibelanja' hua hua hua.

Antara banyak-banyak tu yang special kupang yang panjang2 tuh.. apatah namanyerr. Sotong goreng tepung pun sedapp.. udang tu Dania belasah sorang jee... kerapu pun not bad and yang paling best sambal kicap cecah dia lah..! Pekat dan cukup rasaa.. aku belek2 juga apa ramuannyerr.. hmmmmmmmm...

Semua yang di atas tu termasuk nasi & air minuman untuk 5 orangg.. kachinnnn! RM92. Terima kasih banyak-banyak Abang.. lain kali bleh datang lagi.....!

Ni plak interfram masakan tengahari tadi... ngam-ngam je siap masak gas dapur pun habis... seb baik sempat settle semua especially sambal goreng untuk bekalan Abang nanti.. ! Muaahhhhh
Okehh.. nak siap-siap dah gi hantar Abang ke KLIA....
credit iluvislam

Salam Maal Hijrah kepada semua...

semoga tahun baru ini lebih bererti dan diberkati untuk kita semua..!

Year end is coming and there is another exciting contest by MOBS!!
Here we go..!
*
*
*
Here is our BEST FAMILY PHOTO!
Sweet moment during celebrating our 5th Anniversarry..!.
May our happiness last forever...!
*
*
*

Interested to join..?
Here's the SIMPLE steps...
1. Find your BEST FAMILY photo (must include at least one parent and one child, extended families welcome too) Done

2. Blog about it with the title "MOBS END OF YEAR CONTEST" (other title will be disqualified) Done

3. Mention about the contest in your blog with links back to this contest page. Done

4. Add our contest banner on your blog's sidebar/top page Done

5. Be MOBS follower on blogspot, tweeter and/or Facebook (either one or all) Done

6. Leave a comment HERE with blog link + email address (no email will be disqualified)Contest link :http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2009/12/mobs-end-of-year-contest.html Done

That's it !!! Simple enough?Yeah... we didn't want to complicate things so much :)

So hurry .. get that BEST PHOTO out !!

Great prizes awaiting you...!!! Hurryy!!! Due 28th Dec 09 yaaa...!

Ini mini Apron kegemaran aku.. dah 3 tahun pakai pun macam baru beli... cermat tak cermat! hua hua hua

Dania dah pun berusia 2 tahun 3 bulan... masih BF... Ikut sunnah sampai 2 tahun dan Dania dah aku xtra vaganzakan terlebih 3 bulan! Dah tergerak hati jugak nak STOP kan Dania from BF. Dania ni ada satu peel (perangai)... kekadang kalau nampak aku masuk dapur, pakai Apron nak masak jek time tu la dia pun terusssssssssss datang kat aku tarik & merengek nak NENEN! Walaupun kekadang tu baru habis se'round'!
*
*
*
Agak-agak kalau camni la gayernyerr.. bleh ke nak STOP BF nih...? huhuhuhu


Kadang-kadang terus lena kat pangkuannnn mamanyer.. Suka betul cium dahi Dania dalam dakapan walaupun kekadang bau acem..!
Wah wah lena betull.....zzzZzzZzzZz



Dan kalau angin MANJA terlebih...

*

*

*

*Baru terjaga dari tidur.. nampak mamanyer kat dapur minum air dia pun terus merengekkk nak minum air jugakkk...! Tak nak bangun pun...!

Aku pun tunjuk air ribena dalam peti.. Dania gelenggg... bukann! pas tu merengekk kater nak airr! Aku tunjuk air soya dalam peti.. pun Dania gelengggg.. bukan! still merengekk nak airrr.. dah tahap nenangis dahh.. aku tunjuk air sejuk dalam peti... PUN BUKAN JUGAKK!! Lagi kuat dah merengek 'Nyia (Dania)... nak ayerrr..!!'

Last-last aku tuang semua dalam gelas susun atas cofee table.. tanya Dania nak yang mana....? Air soya? Air sejuk? Air ribena..??

Dania still menggeleng jugak 'nkann(bukan)..... nyia(Dania) nak ayerrr..!!'Ye la.. air la ni.. nak yang mana..? Last-last dia bangun gi dapur bukak peti ais.. tunjuk jug air ribena. Bagi dia pegang gelas sendiri tuangkan air baru la nak minum!.. Bukan ke mamanyer dah tuangkan letak atas meja tadi..? isk isk iskk... manje sungguh!

p/s : Baru tau kenapa Dania lom ader 'adik' lagi.. manjer terlebihhhhhh..... huhuhuhu!
Seperti tahun lepas, tahun ni buat kali ke-2 mendapat undangan dari Boss Abang untuk menghadiri Majlis Santapan Malam Amal, Yayasan Sultanah Bahiyah yang di naungi oleh YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Majlis turut dicemar duli oleh DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Moralnya Boss Abang beli table dan kalau tahun lepas 2 table tahun ni 3 table pula bermaksud bertambahlah staff yang mendapat undangan.. terima kasih daun keladi!

Kalau tahun lepas Majlis di serikan dengan kehadiran Datin Sri Rosmah Mansur & persembahan oleh Adibah Noor, tahun ini pula turut hadir ialah Tun Mahathir. Persembahan pula oleh Jaclyn Victor yang mendendangkan lebih 7 lagu! Dan yang lebih mengujakan ialah kehadiran penyanyi No.1 tanah air, Dato' Siti Nurhaliza bersama suami, Dato' K. Memang sangat-sangat mengujakan...!! Di akhir majlis Dato' Siti telah menyumbangkan 3 buah lagu khas untuk para tetamu! Dan ketika sessi majlis beramah mesra DYMM sultan bersama rakyat, tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama Dato' Siti Nurhaliza..! Memang she is sooOooOoooOo gorgeous!!!!!

Me & Hubby

Me dengan tokoh yang paling dihormati... Ayahanda Tun Mahathir.

Dan yang lebih teruja lagi sebab dapat bergambar dan bersalam dengan tokoh yang palinggg aku hormati, Tun Mahathir. Tokoh yang tak mungkin ada galang gantinyerr.. dan beliau jugalah pengasas Dasar Pandang ke Timur. Kali terakhir bergambar dengan TUN sekitar tahun 2004... TUN seperti biasa.. sentiasa kelihatan tenang, steady & tersenyum... ! Me bergambar dengan penyanyi no.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza.

She is simply GORGEOUSS!!!!

Gambar bersama TUN beramai-ramai
Majlis turut dimeriahkan dengan acara tarian tradisional, nyanyian dan deklamasi puisi oleh anak kelahiran negeri Kedah Darul Aman. Di ikuti dengan acarah penyerahan Mock Cheque ke YSB.Antara hidangan santapan..

Marinated Wild Mushroom and Asparagus Tips with Young Lettuce Leaves & Balsamico Basil Dressing

Grilled fillet of beef with Field Mushroom Sauce, Potato Lasagna and candied Shallots


Majlis berakhir kira-kira pukul 11:00 malam... Malam tu memang superrbbb specialll kerana berpeluang bersemuka dan bertentang mata dengan kedua-dua 'bintang' negara!
Cadbury's Warehouse Sales!!!
Kepada peminat coklat... masa untuk menyerbu Cadbury's Warehouse Sales !

Vanue : Ruang Legar, Centro Klang
Date : Untill 13th Dec 09, SUN
Discount : Up to 50%!!







Untuk detail :-
*
*
Pastu lak hari ni kerja... menanti data restore yang baru 65%! Adoiiii bila nak siappp nih... start malam semalam dah lebih 12 jam tapi baru 65% jekkk... adehhhhh! Tak kan la esok pun kena datang lagi kottt... adussss.... Lunch time sempat la sorang ofice mate serbu warehouse sales ni... dah hasil dari serbuan nyerr... tara...!!
Total berharga RM130++..! (Gileerrr!). Dan dalam tu aku nyer...
Memang murahh! Contoh Cadbury ni harga runcit kat Giant
Cadbury Zrip regular RM4.29 sales only RM2.
Cadbury Zip Fruity Crunch RM5.99 only RM3
Dentyne Chewing Gum (120 pcs) only RM5
Cadbury Hot Chocolate Drink only RM7
Cadbury Bytes only RM2
Chocolate Bar (Dairy milk /Old Gold) only RM10
Average 50% less! So memang berbaloii... kepada yang berminat sila lah serbu ke booth mereka di ruang legar Centro kayy!! Esok last day!
Last week end dapat invitation untuk attend Bufday bash Aqeel dari Mrs As!
Firsttime dapat such invitation.. thank you so much As sbb sudi invite! Dalam kekalutan aku nak sit for JLPT exam on the next day tu TETAP jugak aku cari masa attend Bufday Bash Aqeel sebab first time ada chances nak jumpa some bloggers member! Since aku pulak lepak kat Library Shah Alam hari tu so petang tu singgah kejap ke seksyen 13.
Datang pun sorang je.. both kiddies tak bawak sbb takut tak ter'handle' plak misi gi library tuh.. huhuhuh. Party yang meriah, nice food, exciting game and yang paling penting dapat jumpa few bloggers kat sana especially tuan rumah - AS, Lieya & Mimi and their kiddies!
Tak banyak snap gambar since kamera pun tak bawak.. pakai pun camera HP jekk..segan lak nak snap lelebeh kui kui kui!... orang lain bawak SLR.. ohok! ohok! Anyway thanks again to As & Co..! Enjoyed it very much! And semoga Aqeel terus membesar menjadi HERO yang cemerlang dunia & akhirat dan selamat menjadi lil brother! Muaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
Last saturday bufday Abang. Malam tu sebenarnya aku dah book reservation untuk makan di Seoul Garden, IOI Mall Puchong. Dah lama pasang niat nak ajak Abang gi makan kat sini cuma tunggu masa yang sesuaiiii.. Tapi since malam tu Abang tak berapa sihat so aku postponed kan ke keesokan harinya, lepas aku habis JLPT exam. Seoul Garden sekarang ada promotion - Birthday TREAT - Bufday person 50% OFF. Sunday lunch- kids (below 1.3m) eat for FREE! So habis exam petang tu kitaorang pun pergi IOI Mall.. celebrate (lagii..?) budfay Abang kat luar plak he he. Last pernah makan kat Seoul Bulgogi dalam tahun 2005 kot masa buka puasa ngan geng2 RPKJ kat Plaza Pantai... since seoul bulgogi buka branch baru yang premisnya lebih menarik dan bersih, aku pun ajak Abang datang sini. Dekat je pun ngan rumah..heheheAntara aneka pilihan beef, chicken and fish yang dah di perap dengan pelbagai perisa - black paper, chili, BBQ, sche Zuan etc. Termasuk juga pelbagai jenis fish ball etc untuk steam boat.
Vegetables and salad column
Antara yang menjadi habuan... beef, chicken & fish...
Pelbagai jenis sos cicah.. BBQ, Seoul Garden Special, Sos Thai & Sos kicap Boleh buat steamboat & grill

Danish & Dania yang lebih 'kenyang' main daripada makan.. seb baik kiddies eat for FREE!

Dania cuma nak makan nasi, buah & aiskrim jek! Pelbagai bahan untuk masak mee & yong tau fu (kottt!) Pelbagai pilihan ais-krim, ABC, fresh & soft drinks. All FREE-FLOW! Antara pencuci mulut

And desert...nyumm! nyumm! Semuanya self-service! Boleh makan sepuas-puasnyerrr!!!
Berminat untuk kesini? layari Seoul Garden