Lama aku tak update pasal development progress diaorang nihh..
Jenuh nak jawab kalau kena persoalkan nantii.. huhuh
So sebelum terlupa semua meh aku update skett

Dania 1 year 4 months
Paling aku suka dia sebut 'ten kyuuu' = Thank you!
Senget2 mulut dia nak sebut kyuuu hujung tu.
Memangg aku suka sangat kalau dia sebutt vocab ni huhuh
So far vocab lain yang dia dah pandai sebut
Mama, Papa, Nak
Kalau nampak aku balik kerja terus aaa kena terkam dan terus menyenget
sambil sebut
nakk! nak nenennn.. nak nenennn!!
Lain lain..
Gigi Dania masa 10 bulan dulu dah 8 batangg! Cepat betul naikk
tapi sampai laaa ni masih 8 batangg! dah setengah tahun tak de pertambahan! huuhuh
Dania berjalan masa umur setahun lebih skettttt
Sekarang ni kalau makan tu nak makan dalam pinggan dan nak suap sendiri pakai sudu cam Abangnya jugakk! Kalau tak payah nak suh makan
terpaksalah aku redhaaa kalau bersepah2 nasinya sebab suap sendiri pun aku rasa 25% je masuk mulut selebihnya keatas baju/seluar/kerusi dan lantaii..huhuhu!
Lepas makan kompem kena sapu bawah meja huhuh!
Makanan kegemaran - kek, biskut, nugget dan apa2 yg dia 'pungut'

Pandai merajukkk.........pandai sangatt
Pandai marah orang jugakkk.. siap bleh naik tangan kalau marah sangat
kalau Dania marah dia akan sebut 'TO-O.....TO-OO!'
Pandai mengadu sangat-sangat kalau Abang dia buattt..
Dan.. manjaaaaaaaaa sangattttt. Suka kalau orang main cak-cak dengan dia
suka kalau orang main acah2, geletek2, timang2.. aku pun suka kalau tengok
Dania senyum oo gelakk... sweeeeetttttttttttttttt sangattt!!!

Danish 3 Years 9 months

Danish tahun ni pun pergi tadika.. tadika tu pun Danish yang pilih sendiri
Hari kitaorang survey2 tadika tu, masuk je kawasan tadika dia dah sebut
'Danish tak nak lah sekolah ni..' kalau dia tak berkenann laa
Tapi tadika yg Danish attend ni memang sampai2 je pintu Gate Danish dah cakap
'Danish nak sekolah sini.. sekolahhh ni besstt!'Penyudahnya dah habis jumpa teacher pun dia excited nak tadika tu so kitaorg pun
ikut je la interest Danish dan masuk le ke Tadika tu.
Danish lebih berdikari.. pakai seluar & baju sendiri
Urusan toilet pun pandai settle sendiri cuma masih kena tolong
hidupkan lampu toilet kalau gelap *sbb tak sampai* and settle kan urusan 'besar' *sbb tangan tak berapa nak sampai lagi*
Dah pandai mandi sendiri - ikut mood
Dah boleh disuruh2 ambil kan barangggg - kena guide dgn betul.
Ringan tangan gak la tapi still ikut mood. kalau mood tak ok jawabyer
- Ala.. Danish penatt laaaa
Still minum 'susu milo' - Susu Sustagen or apa2 yg coklat sahaja
Peberet Nasi Lemak - kalau boleh pagi petang siang malam nak mengadap nasi lemak je! Iskk iskk iskk
Kuat makan pedasss anak papa sorang ni.. cam bapaknyer jugakkk

Kalau pergi sekolah sekarang demand suh buatkan rambut pacak.Bak kata Abang.. kat dlm keta tu tengok cermin asyik bela rambut
kalau tak berapa pacak siap komplen
'Ala.. nape rambut Danish dah tak pacakk?'
Kuat merajuk gakk.. kalau merajuk tangan silang kat dada gitu.
Suka gak buli adik.. iskk iskk iskkk tapi jgn memain adik dah pandai balas
kekadang Danish lak yg nangisss akakakkaka
Shinnen akemashite omedetou gozaimasuuu!!
Selamat Menyambut Maal Hijrah *dah lepas* and Happy new year 2009 to all!!

Hujung tahun ni company bagi cuti. Since Mak & Abah stay kat Penang dari 26hb ke 2hb lepak kat umah my sister yg mmg dok Penang (hubbynyer orang penang) so cuti hujung tahun aku & Abang pun ikut pi Penang. Bertolak 31 malam.. masuk detik 2009 kitaorg
masih kat highway menuju ke Penang hu! hu! hu!
1hb tu sehari suntuk la meronda. Pergi 2 kereta. Family Dayah (my sister), my parents, K.Ana & Abg Mat (my uncle) ngan anak2 dia. Abg Mat aa yg jadi tourist guide.
Yang kelakarnyer dah la org penang & tourist guide duk satu keta, yg kitrg pendatang ni semua satu keta.. last2 tourist guide dok sms/call je la dok explain tempat2 yang dilaluii.. kakakakakakak.

Lepas breakfast pagi terus pi Pulau merentasi jambatan.. ronda satu pulauu!
Destinasi pertama singgah kat tempat beli jerukk! Lupa lak namanyer. Lama gak duk situ sebab beli jeruk berkilo-kilo! huhuhuhuuh. Boleh campur sekilo Rm7 je..
sebut je jeruk apa semua ada.. aku rasa lebih dari 20 jeniss! memang besttt!
aku rasa yg duk merasa pun mau sekilo gak sorang ! ngeh! ngeh! ngeh!


Lepas meronda berenti lunch and solat. Pastu lepak jap kat apntai Baru Feringhi. Kat pantai ni la tsunami pernah melanda 4 tahun lepas.. iskkkk. Lepak2 ambik angin pastu teruskan perjalanan.. awan mendung & hujan renyai. So kitaorg cuma ronda dlm keta je la ke corns wall & Padang kota (lama/baru). Pastu singgah ke rumah Kelahiran P.Ramlee. Ngam-ngam nak tutup dah seb baik la pakcik tu bagi can kitorg ronda gak dlm tuh!! huhuhuh!



Balik dari situ singgah solat lagi dan terus naik Feri balik seberang Prai. Pergi tadi ikut jambatan, balik naik Feri. Bila nak masuk pulau je kena Rm7 balik naik Feri tu free so dlm feri tu sempat la lepak kat luar keter sambil mnghirup udara selat melaka...hehehhe


Sampai darat dah nak maghrib. Agenda malam ialah - pi pulun Mee Udang kat sg dua!!!!
Lepas solat kat masjid Sg Dua, kitaorg terus menuju ke restoran Mee Udang kat Sg Dua. Kiraan harga ialah ikut berat Udang. Ada 2 jenis. Udang kertas saiz XXL RM80/kg and Udang Galah RM70/kg. Tonight is aku & Abang nyer treat..heheheh. So dengan sesuka hatinya amek la Udang kertas XXL tu sekilo. Pastu order mee kuah RM3/sepinggan - 8 dan nasi goreng pun RM3/sepinggan - 3. K.Ana plak belanja satayy..
Memang sedapp.. nak tau rasa nyer camna... er komen aku macam rasa mee rebuss pas tu buh udang bebanyakk.. err cam tulah. Malam tu memang licinnnnnnnnnnn semua pinggan...
TApi cuma abes lebih kurang kurang RM150 je untuk 8 dewasa & 6 kanak2 makan. Berbaloi lahh!!





Malam tu dah kekenyangan sempat lagi my BIL belikan kuew Teoy Penang! perghh dan kenyang tu pun pulunnn gakk.. memang sedappp. Lain sket rasanyer.. lebih rasa hangus-hangus kering gitu kot heheheh!


Esoknya ialah acara masak memasak kat umah sbb Mak, Abah & K.Ana nak balik dah malam ni naik flight. So Hari jumaat tu memang mengadap lauk pauk jelah kat umahh.. kenyang makan burrppp! Best berkumpul & makan reramaii!! hu hu!

Lepas asar bertolak ke airport. Rupa2 flight kul 10:30 malam. Malam tu makan malam reramai kat Kopitiam kat airport nuh sambil chit chat. Lepas hantar diorg pi balai berlepas, kiraorg pun singgah la Quensbay.. lepak2 ambik angin malam.

Esoknya sempat singgah kat Jusco Bdr Perda. Saja nak biar Danish puas main ngan sepupunyer - Dira & Qiha kat play land. Bleh plak terjumpa ngan Abg MAt & wife dia kat situ huhuh!







Lepas puas lepak & layan budak2 ni petang tu terus kitaorg balik Puchong..
Hujan mula turun renyai-renyai. Apalagi dua beradik ni terus lena keletihan...zZZzZzzZZz
sekian. percutian di Penang.. heheheheh


Tabetakute tabetakute tamaranaii.......!
yoru nerenai gurai tabetaiii... fu fu!kekkyoku yube tsuretekite kureta..Pasta de Gohannnn!!!!


Moralnya semalam balik kerja Abang keluar ayat hikmat
'Nak pergi cepatla siap-siap!'
Hahhh.. majide..? betul kerr.. betull kerr..??!! huhuhuhuh
Nampaknya seminggu 2 kali aku jejak Sunway Pyramid! Hahahahha
Malam ni agenda - Makan pasta! hohohohohohohoho! Tersangat la besttttnyerrrrr!
Termakbul gak hajat aku nak gi makan wafu pasta (japanise Pasta). Kalau nak makan sushi or Japanese cuisine/teishoku memang bersepah2 la kedai boleh cari... tapi wafu pasta ni yang pertama seumpamanya yang pernah aku jumpa.... Ada sekali doria.. guratan..kat Sunway plakkk tuuu..Memang fuinki mcm nak nihonnnnn te kanji.cho ureshiiiii!!! *tersangatlah gembira tahap dewanyerrr!!!*
So kawan-kawan seangkatanku sekelian... kini tidak perlu risau lagiii.. kalau nak merasa wafu pasta bleh jejakkan kaki ke Pasta de Gohan Sunway Pyramid. Atau layari
www.pastadegohan.com Surf jangan tak surffff!! hu! hu!

Lepas maghrib gerak dari rumah. Sampai terus pi LG2-Pasta de Gohan. Yang bestnya masa sampai sambil nak menunggu kitorg kompem order, kids diberikan snack & toys! So ada la aktivity Danish & Dania sambil tunggu order sampaiii.



Masuk2 kedai aku terus pilih menu - Squid ink pasta yang aku mengidam2 sangat..
Dah nak 8 tahun aku tak merasa pasta nihh! Abang ambik Kimchi Pasta dan Danish Nepolitan pasta set for kids. Tetapi... zannennagara...Squid Ink pasta tak ada stok kena import dari Japan bulan Jan ni baru stok masukk...!!! HaaAaaaAaaA!!!!! Sian aku kempunan... aku datang semata2 nak mengadap squid ink pasta tu...uhuk! Anyway, takpe.. moralnya bulan Jan karang datang la lagi!! huhuhu! So aku pun terus beralih ke pilihan ke-2 - Pasta set menu Mentaiko spagethi - Cod roe pasta + Gratin. Drinks seperti dalam gambarr - aku order Hawaian Floatt... Abang..ntah apa namanyerrr








Oppsss.. sekadar hiasan. Lain kali boleh order.. hhuhuuh!


Lepas makan.. dah kenyangg.. burrppsss!! opsss Alhamdulillahh.. Jenjalan skit balik..
Nak kemas bag.. malam esok nak gi Penang plak.. misi mencari mee udanggg!!! huhuhuhuh!



28th Dec..
Hari ni ada wedding my lady boss's brother.
Vanue : Kelab Komuniti Cyberjaya
So congratulations to Hazwan and Sukma. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.
My Lady boss ni jadik Wedding plannernyerr... huuhu! Congratulations both!







Lama gak lepak sebab ada persembahan tarian dari penari2 cilik, vanue makan ada 3 konsep - Garden, cofee house & VIP. Pastu siap ada teh tarik lagiii..
Disebabkan ni kat Kelab Komuniti, so sempat lagi singgah kat playground layan budak2 ni mainn.. balik singgah Alamanda baru balik huhuhu!