Assalamualaikum...

Yesza... setelah  2 bulan lamanyer bercuti dari larian (bulan puasa & Raa) dah mengumpul lemak2 terkumpul akhirnya start balik enjin untuk berlari.. so larian pertama lepas raya adalah 


Banyak2 larian.. larian Standard Chartered ni adalah yang terbesar..
bayangkan participant 35,000 ramainya! Masa open registration pun kejap je full quorta
which is dibuka beberapa kali sessi.. 
yang best Hadiah grand adalah wang tunai RM20,000!
mana tak ramai even peserta dari luar negara pun sanggup datang dari jauh 
join larian ni especially dari Euthopia dan Kenya..
memang depa pun yg sapu TOP 5 acara full Marathon 42 km!



Ok.. aku dgn member2 aku join 10KM & 5KM je..
pendek kata.. geng2 aku 3 orang semua ambik 10km..
aku sorang je ambik 5 KM ahahahah..
rasa macam junior sangattt kikikiki.
Tak kuat ati lagi nak masuk 10 km ohohohoh.
Kena banyak training lagi kottt


disebabkan banyak kategori.. so banyak lah flag off time dia..
eve 10km pun ada 3 kategori . pendek citer member2 aku flag off kul 7:45 pagi..
aku lak 8:45 pagi.. tu pun aku sampai2 ngam2 tengok bacth 5KM baru flagg of...
hari ni try aik LRT baru la kononnyer.. sejam baru sampai sogo wahahahhaha.
anyway aku flag off sekali dengan larian disable person yg special berlari dgn normal adult siap 
berantai tangan *dengan ribon* for guidance.
Terharu beb suasana larian kat group nih@



  Tu dia bila larian dah bermula.. oerall tak boleh nak lari beria2 sangat sbb participant punyalah ramai..
lari kejap2 dah kena jalan.. kalau tak mau berlaga ngan orang hihihih



lari lari dan lari.. akhirnya sampai 4 km dah .. masa ni dah sampai depan Masjid Negara dah


tu dia bench mark jarak lariann


akhirnya.. nak sampai dah... aku snap dia pun snap..
siapa snap siapa ni hahahahahha


yeahhh.. sampai garisan penamat kat dataran merdeka



tu dia thumbs up.. steady konon.. padahal muka dah merah padam time ni


ni geng2 aku yg dah sampai awalll lagii..
dah sempat rehat2 depa sambil nunggu aku sampai wahahhahaha



The medalll.. bertambah lagi 1 medal heheeheh



Wefie lagi depan dataran.. lagi dan lagiiii


Finally... perut dah lapar.. penyudahnyer jejak kedai mamak..
order roti kosong! Cisssssssssss!!!


Rekod larian.. aku ON kan lambat apps ni ehheheeh




Seminggu sebelum tu dah ke KL ambik race kit. Biasa nya seminggu sebelum run kena ambik dah 
race kit ni...

tu dia race kit.. TShirt Adidas hokey.. sila
jangan jeles ekekkekekeek




Banner gergasi #SCKLM2016



Banner gergasi .. nampak tak nama NORIZAN kat tepi bip nama tu..
feelin2 je ahahahha



En Suami yang sudi menemani...

Al kisahh....
ok.. next run!



Assalamualaikumm...

waaaahhahaha.. dari Raya Aidilfitri sampai dah nak raya haji baru nak upload gambau!
Tapi tak kira nak upload jugak wahahahahahaha.

Ok.... gambar2 Raya Hari ke-2 .. sebelum beraya ke rumah sanak saudara di kampung halamann..
tema raya ke-2,  merah + dusty pink gitew....

Raya ke-2 ni biasa gi ziarah sedara mara belah Emak... dapat gak la beraya beberapa rumah.. 



Mama and anak2 dara yang dah makin besar dahhhh


Family Picture 1 shot sebelum keluar beraya


bersama sepupu sepapat


Ladies...


Soul mate.. muahhh


sempat wefie lagii.. layankan ajerrrr hehehehehe


Ni rumah mak/pak sedara jugakkk


haa.. hat ni rumah wajib pergi tiap2 tahun...
rumah nenekkn kat Sg Tiram.. paling meriah sedara mara kat sini..
kebetulan pulak kami sampai tu ada baby baru lahir.. sedapnyer cium bau baby kan..
baby raya hihihih

lunch time kat sini.......
tuan rumah masak..masakan kampungg... . kami pun bawak lauk jugakk..
apa lagi makan sampai lebamm muahaahah


lagi gambar kenangannnnn


Beraya pulak ke rumah sedara lain... bertembung dengan sedara mara jauhhh..
dulu kecik2 pernah jugak jumpa bila ada majlis or kenduri kendara..
jumpa lagi harus bergambar bersamaa hihihihi


Sekiannn raya ke-2 kamiiii

Assalamualaikummmmmmmmmm!!!!

Salam Aidilfitri buat rakan blogger dan pembaca diluar sanaa...!!
Ya Allahh... rindu kat blog ni.. rindu kat komee! 

Maaf sangat2 terpaksa  sapu sawang kat sini hihihii.
Hai laa.. apa lah yang sibuk sangat sampai tak sempat nak update..
citer banyak ni banyak nak citer ni.. tapi rasa macam nak 54jam sehari.. aci tak? eheheheh

Anyway salam Aidilfitri buat semua.. maaf zahir dan batin ya kalau ada salah dan silapppp.
Mesti raya korang pun meriah kan tahun ni! kami pun meriah juga... 
tahun ni turn raya Johor yeayy!!!!
 Tema.. Hijau Emerald gitew... ada story mory gak bab baju raya ni.. 
mula2 pre-order dengan Elle Zada Syamtila tu kann.. April dah full payment uoolsss..
sedar2 sampai dan minggu ke-2 puasa tak dapat lagi baju.. janji May tu dapat.. debor weyy..
baju anak dara  bertiga je tempah Elle Zada.. baju aku seb baik order dengan Haz Adora sampai tepat waktu! Abang & Danish cari kat kedai baju melayu.. so 3 orang dah dapat kaler tema.. lagi 3 orang sangkut!
Berdebor gak ni ye lah last minit nak cari baju ganti ingat senang ke nak jumpa warna dan saiz! 
2nd week posa tu bila dah mula viral elle zada tak dan siapkan baju last2 ejen aku sempat mintak refund.. naseb baik! So last minute cari baju anak dara dan kebetulan jumpa di Butik Tanjak Suri yg baru balik dari karnival Mode republic.. ada pulak tu warna dah saiz! lega makk! ahahhah
Oihh panjang berjela mukadimahh.. kan dah kater... patut nak citer pasal raya sebenarnya ni 
dah melalut citer lain pulak ahahahhaahha.. ya ampunn!!



ok...back tu citer raya. So hari Ahad tu kami dah bertolak balik kampung. Sabtu masih kemas rumah 
dan cari barang lagi last  minute... 
Isnin sempat lagi ronda Kota Tinggi.. selasa dah sibuk la masak2 lauk raya kan.. style Johor sehari 
sebelum raya dah bertukar2 lauk dgn jiran2.. so pagi raya rileks je boleh 
sambut raya dgn juadah yg dah tersedia yeayy!

Lepas Abang balik solat sunat Aidilfitri sempat la kami bergambar kenangan sekeluarga.
Tahun ni marhaban lelaki dan perempuan serentak mula pagi pulakknyerr..
kira derang selangkan 3 rumah je.. layannnn


posing dan posing lagikkkk



dengan chenta hati .. ehem!


Ahaa.. ni sebelum keluar gi beraya belah pentang ni lepas habis marhaban blok


eh eh duta produk apa ni hihihi


Kisah di balik tabir raya.....

tahun ni glamer sungguh berdokoh belaka kannn..
ni dia deretan baju ipar duai lepas di gosokkk


Petangnya sempat lagi anyam ketupat.. tu pun Abang dapat cari seikat je daun kelapa
last minute!


Danish Dania tolong buat cornflakes chocolate


Sessi isi kuih dalam balang.. tapi budak kenit ni pakat pulun 
makan kuih raya hihihi


ok.. ni dia menu raya kami.. cam biasa.. lodeh@ lontong wajib!
Sambal udang, sambal tumis johor dan masak kicapppp


tak lupa lemang dan ketupat bersama rendang di pagi raya!


Wajah ceria anak2 sedara di pagi raya.. besar belaka dah depa nih


Sessi bersalamann bersama bonda terchenta...


Sayang makk uhuk uhukk!!


cucu cucu salam nenekk

Mak Long


Mak Usu..dan  sessi salam kauuttt hehehehehhe


Mak Ngah and Co


Gambar family tahun ni.. wefie ajerrr!

geng dokoh sebelum pergi marhabannn


Jom collect duit raya *kata Dhiya & Delisha* eheheeh


Sempat lagi pose.. marhaban keliling blok


Marhaban sampai rumah nenekkk...


Lepas asar kami bertolak ke JB. Beraya di rumah sepupu Abang...
sedap2 lauk orang JB!

Sekian kisah raya pertama kami hihihihi