Assalamualaikum..
Alhamdulillah genap Dhiya 3 tahun pd 28hb Dec yg lepas. Kebetulan jatuh hari Sabtu maka bawak la Dhiya (dan semua) jalan2 kat luar. Bila tanya  Dhiya nak makan apa jawabnya nak makan 'ayam' makanya ke KFC lah kami cari menu kegemaran dia. Dhiya sememangnya suka makan ayam goreng. Kadang tahan tak mo makan nasi ratah ayam je hehe.


Sempat tapau ice cream cake BR. Bila start dapat makan ice cream cake terus tolak tepi ayam wahahaa.
Lepas makam Papa bawak pergi ke Kids Paradise kat the Mines. Macam biasa semua tumpang sekaki lerrr jawabnyer hehe. Maka bergumbiralah 4 beradik ni dlm Kids Paradise. Main sampai lebammmm..... hehehe
Apapun Mama, Papa Kakak Abang dan Adik sentiasa doakan yg terbaik untuk Dhiya. Semoga Dhiya terus cemerlang dunia dan akhirat aminnnnn
Al kisah







Wajah wajah ceria anak anakkk




P/s : Hari ni last day 2014. Sesungguh nya banyak suka duka 2014. Dengan dugaan dalam negara yg tak putus melanda. Terbaru banjir pantai timur. Semoga semua mangsa diberikan ketabahan dalam mengharungi waktu sukar ini dan semoga ramai rakyat Malaysia yg sentiasa prihatin turut sama membantu InsyaAllah

Assalamualaikum....

Setelah sessi survey beberapa minggu lepas... kali datang untuk sessi merembat. Gift card dari IKEA pun dah sampai redeem point hari tu. Makanya tanpa malu2 terus le menuju ke IKEA ngeh ngeh ngeh *tanduk kepala sudah naik*.

Beli barang memang sessi pilihan pantas...  banyak sangat benda nak kena pikir. Bila sampai turn tuk sesuatu tu mmg kena cepat je buat keputusan.. kalo tak mmg pending mmg sampai sudah pun tak siap. Mmg tak dinafikan ada jugak yg pilih2 beli2 bila sampai alamakk... salah saiz la.. salah patern or tak seperti yg digambarkan mmg kena redho je lah..

So setelah beberapa jam *eh makan jam jugak?* dapat lah apa yg dicari. Dan ada jugak dah ukur sana sini baik punya nak susun bila nak gi ambik dekat rak takde! Habis! Huwaaaa sedihhh... so apa yg ada je lah dulu.

Ada furniture sket2 terpaksa guna khidmat penghantaran RM75 per trip... banyak woh boleh beli RM75 tu huhu. Anyway InsyaAllah hari ni sampaii dan dah boleh la En Hubby bertukang plak nanti. Almaklum byk konsep DIY ken..


Al kisaj

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dalam kekalutan sempat jugak celebrate secara pantas Hari Ulangtahun Kelahiran Abang. Jatuh pada Hari Jumaat , Hari bekerja tahun ni jadi balik kerja lepas maghrib terus berdesup ke Alamanda. Sampai2 terus gi Dinner kat Kenny Rogers. Tapi hari ni boleh pulak aircond under mantenance (under Alamanda bukan KR) and order menu budak2 sausage and chicken ball habis plak. So order quarter set la macam biasa huhuhu.

Makan makan makan dan makan lepas makan tarik Abang masuk COACH...ingat nak carikan wallet eh... malu plak Abang hihi. Dia tanya Coach ke? *bunyi mcm bukan perempuan je ke yg pakai?* errrr...  nak belikan in advance mmg tak sempat last ajak Abang round Parkson laa cari kasut kerja, set wallet dan tali pinggang. Complete set terus hehe

Kebetulan kat ruang legar booth pameran Bank Rakyat. Banyak game kat situ... so sempat la bawak budak2 ni main kat situ kann. Seronok belaka semua.. sampai lampu padam... baru la beransur balik...
Al kisah

NOTE: Selamat Hari Lahir Abang.. semoga terus sukses dalam segala bidang yg diceburi... semoga terus dilimpahkan dengan rahmat dan kebahagiaan selalu aminnnn