Assalamualaikum....

Salam Ramadhan semua....
Tuan tanah masih tak berapa sihatt.. masih batuk2.. sakit tekak.
En Husband pulak baru discharge ward... so malam Ramadhan pertama En Suami 
di hospital, tuan tanah terpaksa balik rumah tak dapat temankan En Suami 
sebab nak manage budak2 yg first time nak berpuasa tahun ni uhuhuhu.
So malam tu pun balik dari melawat Papanya dah nak kul 11 lebih.. 
Tuan tanah pun keletihan yang amatt dengan badan yg tak berapa nak sihat tapi disihat2kan jugakkk....
so sahur pun sempoi sangat laukk telur mata kicap & Sayur je 
memang ikut selera budak2 uhuhuhuhuh

Alhamdulillahh.. En Suami pun dah discharge semalam, *nanti wat entry lain uhuhuhu*
so semalam first Ramadhan dapat la berbuka bersama-samaa.
Sementelah En Suami  tak dapat  berpuasa sebab kena makan ubat kat spital,
so semalam nak berbuka En Suami yg masak, aku bawak budak2 gi bazaar
pilih juadah berbuka ikut tekak anak2 uhuhuhu.


Inilah juadah berbuka hari pertama. Dania request kepak ayam & kuih muih + donat, aku terliur tengok tepung pelita, RM2 4 ketui jekkk.. tapi serious sedappp.. cair di mulutt gitu tak cukupp! Hari ni harus beli lagi walopon agak mahal hihihih. Murtabak WAJIB! dan tak lupa Bubur Lambukk.. nyummm!!
Kurma dan kekacang arab dari ofismate En Suami yang baru balik Umrah.. Alhamdulillah.

Aku sempat masak hati/pedal tumis lada, En Suami pulak masakkan sambal telur 
maklumla boleh rasa kan hihihihi *favourite Danish*, 
Sotong Black Pepper & Sambal tumis ikan bilis untuk sahurr..
Baru la terasa meriah En Suami ada kat rumah kannnn, ALhamdulillah.


So pagi tadi lauk sahur meriah la sikit lauk tu pun pakat perangat je hihihi.
Sayur je lah kena masak freshhh! Yang penting kena ada sambal tumis ikan bilis tuh.
Tak lupa telur scrambler utk Dania.


Alhamdulillah tak susah nak kejut budak2 ni cuma bangun pun sempat lagi layan mata
kat sofa bawah selagi tak di panggil ke meja makan uhuhuh.
Si Dhiya pun sibuk nak sahur jugakkk


Sahur hari ni lebih meriah berbanding semalam.. Alhamdulillah..


Si Dhiya yg sibuk jugak nak menempelll ikut orang nak bersahurr hihihihi

Ok.. selamat meneruskan Ibadah Puasa kepada semua...!
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan barakah buat kita semuaa InsyAllah...!
* err.. sorry yer entry makan2 plak time orang ngan berposa ni hihihi*
Assalamualaikum...

Dah hari Selasa dahh.. esok dah 1 Ramadhan.
Lately busy pulak hari harii... badan pun kepenatan dek tak cukup rehat.
Semalam first time pergi klinik kat dalam office ni ambik ubatt..
Doc offer dah nak MC takk.. malu2 I nak terimaa..
lagipun ada meeting lagi 10 minittt so cakap tak pelah 
tak nak MC uhuhuhuhu..
sebenarnya dah masuk tahun ke-6 tak ambik MC..
Alhamdulillah di beri kesihatan yang baik olehNya..
tapi nanti kalau tak boleh nak elak jugak tak leh wat apa la kannn..


Selalu kalau badan start dedor nak demam or selsema ke memang terus ambik Redoxon.
1000mg Vit C + 100g Zink.
Dia macam soluble perasa oren.. sedap di minummmm yummmm
Ketegaq gak dah ambik ubat Doctor tapi tak mo makann.. tapi tengok 
keadaan jugak laa.. kalo tak larat sungguh telan jelah Ubat huhuu.
Malam nak tidur baru balun ubat selsema tu sebab mengantukkk


First time masuk Klinik ni... hmmm.. bagus jugak ada klinik dalam ofis area ni.
Kalau rasa tak sihat terus leh jumpa Doktor. Buka Isnin-Jumaat hari harii...


 Simple je kat dalam nya. Tapi yelah kalo dah sampai ke ofis dah kerja setengah hari nak MC pun sayangggkannnn. Masih cuba bertahan aka survive ngan Vitamin la ni kononnya.. suara
dah macam penyanyi Rock Ella dahh.. cakap pun orang susah nak pahamm.. kalo bisik2
macam iklan 'Yusoff Taiyobbbbbbb....' aaa tu okehh hihihih.

Ok korangg.. selamat Menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. 
Semoga mendapat keberkatan bersama.. InsyaAllah.
Minta maaf salah dan silapp....
Posa penuh tahun ni okehh!!! 
Assalammm

Last weekend gi BIG Aeon sebab ada temujanji ngan client cewah..!
sambil2 tu menyopping barang dapur kat BIG Aeonn..
amboi dah start meriah dah koleksi kuih rayaaa weyyyyy

Memang tergoda napsu terus nak belii!!!
 terus rembat 2 bekas nii.. kalerful and berkacang2.. 
memang favourite laaaaaaa



Tak dan bukak yg donat kecit tabur kacang tu dah kena baham dik Danish & Dania..!
Tak aciiii!!!!! ahahahha

moralnya belum posa dah ngidam makan kuih raya wehhh! 
selamat dah 2 bekas biskut raya sebelum posa ni hihihi

So kengkawann... selamat menghabiskan posa ganti yekk..
I tahun lepas posa penuhhhhhhh jangan  jelesss!!! hihihihihi