Assamualaikum...

Oh hari ni senangnya dalam hati .. la la la la..!
He he he..opss... apsal senang hati sangat tuhh.. ehehehehe.
Al kisah semalam Abang dapat Bonus.. Alhamdulillah.
Balik kerja Abang ajak gi Bazaar Ramadhan kat Putrajaya so gi ambik 
budak-budak kat rumah BS dan terus menuju ke Putrajaya.

Balik sambil menunggu azan Maghrib 
Abang ajak duduk sebelah.. sambil mengeluarkan dompet..
jeng jeng jeng....! Lalu keluarlah beberapa keping note...
Jeng jeng jengg...!!! Lalu menghulurkan kepingan kepingan note itu
kepadaku seraya berkata... 
"Nah ni Duit Raya Mama..
Mama beli lah apa yang Mama nak "

*Sorry Abang.. terpaksa guna model sambilan.. he he*

Woooaaaaa weeeeeeeeeeee..!!! 
Terus kembang bunga bunga dalam taman..! Ha ha..!
Maklum la.. kerja kompeni kapirr.. ada di kesah orang nak Raya..?
Naseb baik la start bulan ni En Kompeni murah hati nak kasi 
Transport Elaun kat semua staff tanpa mengira 
warna kulit dan jarak rumah dari ofis termasuk la
aku yg duk tak sampai 10KM dari ofis pun di tala
rate sama rata eheheheheh. Ratus USD la jugak dan lagi banyak
dari kompeni lama yg ikut rate > 30KM.
Alhamdulillah.. kira duit raya gak la tuhh.. uhuhuhu

So dengan itu.. secara rasminya barang pertama 
yang nak aku gunakan dengan duit raya ni ialah...
Handbag Raya..! he he.


Ni je lah yang sempat di rembat tahun ini... 
jenuh keluar masuk keluar masuk butik kat Sunway Pyramid.. 
last-last GUESS jugak yang menjadi pilihann.. uhuhuhuhu.
kalo pun dalam ati ada verangan nak sambar COACH
*meroyan tengok tag rega COACH rata-rata RM1.5K*
nampak nya paling kurang 2 tahun lagi la baru pikir@verangan balik huhu
sebab dah niat nak pakai yang baru rembat ni paling tidak pun
2 tahunn.. uhuhuhuhu. Alah membeli biar menang memakaii..
Nak ikutkan kasut pun aku beli setahun sekali je time
raya.. punya lah cermat pakai.. he he he.

Belen duit raya lebih dari separuh lagii..
so lepas ni bleh melaram cari tudung raya pulakk.. 
baju lagi sepasang.. bestnyer bestnyerr....!!!
Terima kasih banyak-banyak Abang.... muahhh muahhhhh!!!!

Oh ya.. 
Sempat ke Bazaar Ramadhan Putrajaya..
Ramai gak orang kat sini.. 
aku pun tercari-cari menu yang bestt.. tapi banyak menu berulang jek
uhuhuhu. Roti John Taman Warisan tu pun aku tak jumpa uhuhuh.
Port lamanya pun Murtabak Merdeka tu dah take over huhu.


Singgah beli murtabak.. ramai betul beli kat sini..
siap keluar paper. uhuhu. RM2.50 satu


Setelah merembat.
Budak-budak ni pun ada saje request suh beli itu ini..
ngalahkan org yang posa.. ha ha!


Ni dia hasil rembatann.. Bila dah letak semua atas meja.. baru lah terasa..
Ya Allah...! Siapa yg nak perabih semua ni..?
 ada pun kitaorg berempat jekk.. uhuhuh


Antara yg menjadi rembatan
- Dragon Fruit juice
- Murtabak Merdeka
- Popia Basah
- Tahu bakar
- Otak-otak
- Ayam rangka *Dania request*
- Keropok Lekor *Danish request*
- Nasi lemak Ayam rempah *Danish request*
- Maggi Goreng *Danish request*
- Buah mata kucing *Dania request*
- Nasi beriani x 2 (aku & Abang)

Amek nko makan sampai mengahh..! tu laa.. tamak haloba lagi..
isk isk isk..!


Assalamualaikum...
Kalian bacalah. Memang benar sekalil (T T;). Walaupun apa yang di hulur tak setanding dengan pendapatan sawit bertan-tan Abah kat kampung... tapi tetap di kucup duit yang kita bagi tak seberapa tu... syukurr!! Aku pernah lihat mata Abah yang bergenang menerima huluran note tak seberapa dari aku.. sebak pulak aku di buatnya. Aku tau.. apa yang aku hulur tu pun belum tentu terusik dalam simpanannya. Emak apatah lagi.. suka menyelit note sana sini dalam poket baju anak-anak tatkala bersalaman sebelum berangkat pulang ke KL... Nilai bukanlah ukuran.. tapi ingatan anak itu yang lebih di dambakan...



Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah

Kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin

pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi !

Credit : Blog secawan teh



Assalamualaikum...

Ahaaaa.. kepada warga Selangor.. hari ni dah naik kerja selepas bercuti semalam.
Barangkali ramai yang tak lepaskan peluang gi shopping raya pada waktu siang kan?
Termasuklah kitaorang huhuhuhu. Tapi pagi-pagi Abang dah dapat call
kena datang ofiss daaa...So lepas Zuhur baru gerak.
Baju-baju raya semua dah settle.. tinggal carikan kasut raya je
+ aku yg cari handbag tak dapat2 ha ha. Berangan nak cari kat Bandung ari tuh..
tapi tak jumpa pulak butik yang best uhuhuhu.

Okehh.. so dalam kul 2 lebih baru sampai Sunway Pyramid..masuk2 ngam2
kat tempat service Kiddy Cab.. terus booking 2 Kiddy Cab sorang satu.
RM4/jam. Tau dahh.. dalam nak menyopping ni confirm meragam kalo kena
jalan jejauh uhuhuh. So tolak je la senang..
sambil2 tu cakap ngan Abang.. ni la last nak book Kiddy Cab sorang satu..
nanti kalo baby dalam perut dah keluar, kalo tak de Bibik tak merasa
dah derang nak naik.. tak cukup tangan lerrr nak tolak! huhu

*Danish & Dania yg excited naik lif gelas tu... dah la dok dalam keta*

 So sampai2 terus tuju kedai yg dah memang nak di tuju.
Tahun lepas terpusing-pusing cari kasut tumit rata tanpa tali belakang untuk Dania
supaya dia terus sarung je..jenuh cari akhirnya jumpa kat satu kedai ni kat LG 1.
Kat sini memang most kedai/butik kanak2
ada kat LG1 ni... siap ada Parents Kit Handbook lagi yang menyenaraikan semua service dan
kedai-kedai/butik khas untuk kanak-kanak. Memang berguna Handbook ni.


Sunway turut menyediakan FREE Child Safe Shopping Wristband!
Just tuliskan contact number kat belakang wristband tu then 
just in case kalo anak-anak yg lasak & hilang plakk.. senang la
derang nak contact balik Parent. 
Baguss betul service macam nih..!
Tapi Danish & Dania memang tak lepa 'keta' derang tuh..
aku pesann.. jangan tinggal 'keta' nanti orang ambik..!
Sampai Danish gi toilet, dah dalam toilet nak tinggal keta ni pun
sibuk suh aku jaga takut orang ambik. hahaha..! 


So lepas dapat cari apa yg di hajat, baru la bawak budak2 kat playground kat situ.
Tahun ni kasut pun semua derang pilih sendiri.. aku bawakkan ke tempatnya je.
Dania lagi la.. dah decide nak beli lain.. bila nampak lagi yg lain
eh nak tukar kasut lain plakk..! Pantang nampak kaler pink..!
So tahun ni dapat la 2 pasang sorang.. sandal + kasut. okeh.. cukup la tuh.

Ahaa... setiap kali datang merengek nak naik yg ala Ferris Wheel tuh..! 
So Abang yg entertain derang..


Aku pulak sementara derang bergumbira kat Kids Area tu  sempat
gak le merayau cari handbag baru.. yg pakai ni pun dah 2-3 tahun umurnya..
lusuh sudahhh.. aku ni pun mmg jenis alah membeli menang memakaii. ..
kalo beli memang bertahun tahan uhuhuh.
Beli sekali sekala je bila dah tak rupa macam beg baru
la cari pengganti yg baru.. uhuhuhu


Settle apa yang di cari .. terus Abang ajak balik. Abang pun tak berapa sihatt..
penat cat rumah tak hilang sampai nak demamm. uhuhuhu.
Nak balik tu ngam -ngam ada show Tarian Tradisional lak kat ruang legar Sunway tu..
Nampak kepala Danish Dania yg tak berapa nak tinggi tu je dari tepi pagar ehehehehe.
Ramai betul tourist@mat-mat saleh yg berkumpul kat depan stage tuh..
nampak tak yg duk atas tikar tu mmg semua tourist luar tuh uhuhu.


Anyway.. settle semua dah pukul 6 ++ gak.. nak keluar tu sempat lagi budak2 ni
pujuk ajak masuk KidsZone kat tingkat bawah sebelah Ice skating punya tempat..
aishh... nak main lagi..! sempat la layan japp... dah pukul berapa nihh..


So balik tu dah nak maghrib.. tak dan sampai rumah Abang terus melencong ke
kedai Nasi Ayam Penyet BEST kat area-area Bandar Puteri Puchong.
Masuk-masuk , duduk je terus ternampak kelibat celibriti kat sebelah.. 
FASHA SANDHA..! uhuhuh.

Tapi sebab masa sampai tu pun sibuk nak order menu.. lagi pun tengok Fasha & group
dia tengah sibuk diskas apa ntahh.. muka pun serius je so just pandang-pandang dari jauh je laa..


Masa tengah tunggu order.. Fasha yg pakai baju putih meja sebelah tuh..
So kasi la derang privacy skett.. biarlah settle2 dulu buka posa tuhh..


Ini menu aku.. Udang Penyet..! Sedapp..!! sambal dia pun kaww..!
Licin sepinggan aku makan..! hua hua huaa!


Ni Danish punya menu.. sama cam Papa.. Ayam Penyet.
Licin ayam & kriuk kriuk nyer sekali Danish makan..!
Nasi..? nak kena sambal Mamanya jugak baru leh licin nasi Danish .. uhuhuhu

Dah settle buka posa... pinggan pun semua dah licin...
meja sebelah pun dah settle.. geng2 dia pun ada yg keluar merokok..
baru la aku suarakan kat Abang..
"Agak-agak berminat tak nak ambikkan gambar Mama ngan Fasha Sandha?"
Abang geleng kepala...
"Kalau Mama mintak tolong..?"
"Kalau orang mintak tolong tu lain laa.. tu pun kalau ada orang mintak
tolong"
"Errr.. jom laa.. dia pun dah settle makan tak buat apa tuhh..."
"Kalau dia tak nak..?"
"Ishhhhhhh... tak kan la dia tak nakk...dia pun bukan 
buat apa dah tuu.. tengah relek2 je tuh .. uhuhuhu"
Sempat lagi berteka teki teka tekok laki aku ni khenn......
so...

*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*

*
*
*
*

Duduk pun meja sebelah je kennn....
aku pun datang dekat & bagi salam kat Fasha.
Peramah Fasha ni rupanya.. tak sombong pun uhuhuhu.
Aku pun first time baru jumpa face to face..
Masa nak snap gambar tu Abang punya la jauh kat meja sebelah..
Fasha siap suh Abang datang dekat sket amek gambar ha ha.
"Eh.. jauh sangat tu.. meh la datang dekat skett" he he
Then ajak aku duduk kat sebelahnya.. sambil
baek punya GRIP..! Ahahahaha...!


Danish & Dania yg nak menyibuk jugakk ha ha.
Sempat Fasha promote jangan lupa tengok Drama baru 
Elisa kat TV3 start September nanti.. dia berlakon.
Begheh..! Drama TV3 memang best-best pun..!
Dalam hati patut la ada BMW 2 bijik kat luar tu..
ingatkan tokey kedai punya.. uhuhuhu


Anyway memang lawa Fasha ni jumpa live punn..
lepas aku snap gambar ngan Fasha baru la ada orang lain pun
sibuk datang nak bergambar jugakk.. he he he

Ok.. sekian update aktivity hujung minggu kami uhuhuhu.