Ada masanya aku suka kalau kami pakai sedondon.. ada masanya aku tak kisahh.. kalau rajin aku yang pilihkan semua baju utk dipakai Abang dan anak-anak.. kalau tak berapa rajin Abang & anak-anak boleh pilih sendiri baju apa nak pakaii..
Satu hari kitaorang nak keluar malam cari goodies untuk bufday Danish...
Abang pilih baju color hijau.. aku pulak pilih kaler biru tapi matching brand dgn Abang sementara bibik siapkan Danish & Dania.
Sekali tu turun bawah aku tengok.. Danish pakai baju kaler merah & Dania pulak kaler kuning. Ehhh 'warna-warni' plak kitaorang hari ni.. lengkap pulak semua kaler -biru merah kuning hijau ! tak disengajakan pun.. terus snap 1 shoot.. jadi simbolik pulak huhu
Setiap satunya punya identiti, citarasa, personaliti & warna tersendiri dan itulah yang menjadikan kehidupan ini lebih berwarna warni dan berseri asalkan saling memahami...
At the same time ni memang betul-betul kali pertama aku masuk contest.. Romantic & Loving couple contest yang dianjurkan oleh Mama Tisha sempena ulangtahun perkahwinan ke-3 beliau pada 18.08.09 - ..memang kategori cantek tarikh kawen tuh bak kata orang Cina, no 8 manyak onggg! pandai Mama Tiesya & hubby pilih! huhuhu. Detail sila click link dibawah ni yaa...
http://mamatisya.blogspot.com/2009/07/romantic-loving-couple-contest.html
Memang teruja ada.. segan pun ada tapi rasa seronokkk plak nak join the contest! Since this year memang tahun yang sangat-sangat diselubungi oleh bunga-bunga chentaaa.. maka aku ambik peluang keemasan ini utk masuk contest nih.. wish me luck yekk! layannnnnnnnn......hehehehe
The reason of my life...
Nama anda & pasangan : Roshadlisham Ramli & Norizan Mohamed Darom
Tarikh Perkahwinan : 28hb Februari 2004
Tahun Anniversarry : 5 Tahun (04'-09')
Sinopsis : Ini bukan gambar kahwin tetapi gambar anniversarry! Gambar ini diambil pada 5th Mar 2009(Khamis) - 3 hari sekembalinya kami dari percutian ke Melaka, bandaraya bersejarah. Bertempat di Botanical Garden, Putrajaya bersempena anniversary kami yang ke-5!
Aku suka sangat-sangat gambar ni sebab jarang-jarang berpeluang beraksi sebegini even during our wedding 5 years ago..! Almaklum masa tu masih malu-malu kucinggg.. auuuuuuww! he he. Sementelah outdoor photoshoot ni berkonsepkan candid-fun & romantic. Bukan 'pose & shoot' basis yaaa.. candidd.. ya candid dan semuanya diambil secara bersahaja.. Anyway, aku turut berbangga dan terharu kerana walaupun setelah 5 TAHUN berlalu dan kami pun telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Abang masih steady & 'gagah' mendukung aku.. it was such a super wonderfull feelinggg that I just can't explain.. terlintas.. eh dah 5 tahun ke kita kahwin? rasa macam baru semalam Abang melafazkan ijabkabul 'Aku terima nikah...' dan mengucup dahi membatalkan air sembahyang di hadapan kadi!
Apa pun, 5 tahun ini aku amat berterima kasih kepada soulmate-Abang kerana sentiasa disisi tatkala suka dan duka melayari kehidupan ini. Setiap detik yang berlalu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara kami. Hidup aku sesungguhnya lebih bermakna dengan kehadiran Abang dan kehadiran 2 cahayamata comel, Danish & Dania melengkapkan dan menyerikan lagi kehidupan kami.. doaku semoga mahligai yang dibina atas dasar cinta ini akan terus mekar berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.. di dunia dan di akhirattt.. aminnnn
*Entry pasal makan lagi he he *
Menu makan malam 2 bulan lepas...
Tekak teringin nak makan mee.. tapi nak pekat macam mee rebus tapi nak berkuah macam mee kuah (Mee Kuah ni Abang pun terror masak hu hu).
So cam biasa google resepi..
dan aku combinekan resepi mee kuah & mee rebus menjadikan MEE REWAH edisi IZAN hehehe
Bahan-Bahan:
Mee kuning
2 ulas Bawang besar - dikisar
2 ulas Bawang putih - dikisar
15 tangkai Cili kering - dikisar
1/2 sudu sos tiram
Udang/sotong
1 susu kecik Udang kering
1 biji kentang
2 biji telur
garam/perasa secukup rasa
bawanf goreng
Cara-cara masakan:
i) Tumiskan bawang merah & bawang putih yang sudah dikisar hingga naik bau
ii) Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak/garing
iii) Masukkan 3 cawan air (lebih sedap kalau ada air rebusan daging/udang) dan didihkan
iv) Masukkan bahan kisar dari **
v) Masukkan udang, sotong & garam/perasa
vi) Bila dah sedap, masukkan sawi & pecahkan telur dalam kuah
vii) Bila telur dah masak, tuangkan kuah ke atas mee kuning yang sudah dicelur
viii) Taburkan lada hiris, bawang goreng & limau.. taraaaaa siap untuk dihidanggg!!!!!
** Untuk kuah pekat ala-ala mee rebus:
i) Rebuskan kentang, kulit udang dan udang kering didalam periuk kecil
ii) Apabila sudah masak, keluarkan kulit udang
(kalau rajin kisar & toskan air kisar kulit udang tu)
iii) Kisar bahan2 lain seperti kentang & udang kering
Hasilnya.. rasa cam mee kuah tapi pekat tak macam mee rebuss. . macam mee kuah tapi macam me rebuss, memang bestt lahhh!! hahahahah