Photo by : PrettyPeektures
Dah ada yang tanya, tak ada update ke pasal Daniaaa...? Opppsss.. baru perasannn dah 2 bulan tak ada update dedicated pasal Dania... huhuhh. Sorry ye sayang mama...

Anyway, Dania sekarang ni dah makin becokkkkk mulutnya tapi
  • Sebutan perkataan biasanya tak penuh.. tak tau la nak kata pelat ke tapi biasanya huruf pertama perkataan mesti missing iskk iskk iskk. Cth .. Tolongg = Olonggg...!
  • Masih Breast Feedinggg.. perkataan pertama yg disebut kalau aku balik kerjaa.. 'Nak nenennn.. plishhh (pleaseeeeee)' He he he
  • Ada terbaca article yg sebut pasal pahala bila dukung anakkkk.. bila bermain dengan anakk.. TAPI Dania ni pantang aku dukung ke, ajak main sket ke.. cium skettt ke ringan je mulut dia request 'Nak nenennn.. plishhh (pleaseeeeee)' He he he. Aku memang geramm betul bila Dania mintak apa2 pandai sebuttt plishhhhhh macam Abang dia! hu hu
  • Suka sangat menjerit bila marah atau protesss! Amboiii amboiiiiiii! Tak padan kenitt! hu hu
  • Dulu masa Dania kecik2 selalu gak kena buli ngan Danish.. sekarang pantang la Abang dia buat skett silap-silappp yang meraung Danishh!! ha ha ha..! opsssss!
  • Masih tersasar2 lagi panggil aku 'Ma ma.. selalu sangat keluar perkataan Ba ba
  • Makanan peberet finger-food atau apa-apa sajer yg boleh dia ambil, pilih, pegang dan makan sendiri.
  • Berbanding Danish lebih gemar makanan yg manis.. biskut2, nuget2, buah2an
  • Dah boleh faham arahan2 mudah.. contoh suruh ambil pampers dia sendiri dalam bilik
  • Ni lagu yang suka sangat aku nyanyikan sejak Dania bayii.. liriknya berbunyi

- Bom ce kebom bom bom... bom ce kebom bom bom! *repeat selagi larat*

- Cantik cantek can..tekkkkkk... cantek cantek can...tekkk! *repeat selagi larat*

- Comelll comell cooooomellllll....comel comel coooomellllllll!! *repeat selagi larat*

Kalau tgk lirik ni mesti korang kata tah apa-apa la lirikk.. tak ada nilai comersial langsung! Tapi kalau aku menyanyi Dania memang boleh berjoget sambil buat muka comelll.. hahahahah TAPI Melodinya aku sorang je la yg ingatt.. jgn mareee hehehehhheh

NOTE : Teringat baru-baru ni, Danish & Dania entah main apa kat pintu grill rumah.. Dania nak kunci yang Danish pegang (well.. Danish dah pandai bukakan pintu grill dengan kunci sekarang bila aku / Abang balik dari kerja) tapi malangnya Danish tak bagi. Masa Danish tengah nak mengadu kat Abang tetiba Dania terkam Danish sambil gigit perut Danish.. apalagi! Meraungggg la Danish!! Aku memula tengok nak tergelak pun ada tengok tindakan spontan Dania sekali cek2 tengok tu diaaa.. lebammmm perut Danish dek penangan gigitannn Daniaa! Terus la letakkan plaster kat Danish yg hampir tak nak berenti menangis! Wakakak

**************************************************************************

Tahniah jugak kepada diva kita, Erra Fazira di atas kelahiran Engku Aleesya yang comelll. Kredit kepada : gua.com.my

** Sebelum pergi kerja pagi tadi tengok video Clip Erra Fazira mendendangkan sebuah lagu baru untuk Puterinya , Engku Aleesya Engku Emran.. first time dapat dengar dan tonton. Aku tak tau apa tajuk & macamana liriknya*cari pun tak jumpa lagi* tapi aku memang terusss suka sangat dengar lagu tu. Sukerr sangatt! !!Since nama Dania pun dekat dengan nama Engku Aleesya - Dania Aliesya yang kami pilih bermaksud 'protected by god'. Mama tujukan lagu ini jugak khas untuk puteri kesayangan mama, Dania Aliesya. Sayang selaluuu manjerr mama...!!! Semoga terus menjadi permata yang bersinar dihati mama & papa.. begitu jugak buat Engku Aleesya!

First and foremost, Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar 'GURU' dimuka bumi ini. Jutaan terima kasih di atas jasa dan pergorbanan kalian dalam mendidik setiap anak murid sehingga insan sepeti aku mampu berdiri dimana aku berdiri pada hari ini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak mungkin akan aku lupakan.. aku sedar untuk aku berdiri disini, puluhan guru telah menabur bakti sepanjang 20 tahun tempoh pendidikan sehingga tamat pengajian. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat menbalas jasa kalian. Semoga hidup kalian sentiasa diberkati oleh yang ESA. Aminn..




Anyway, kalau last year cikgu Danish ajar Danish buat kad ucapan sempena Hari Ibu, tahun ni kami pula ajar Danish buat kad ucapan sempena Hari Guru...


Aku : Pereka grafik *ha ha ha*
Abang : Pembantu teknikal
Danish : Tukang tampal & tulis he he

Danish paling excited bila Kad Ucapan Selamat Hari Guru yang bertemakan imej 4 orang guru bersama watak Danish siap. Komen Danish
Danish : 'Kawan-kawan mana mama ?'
Aku : 'Oh Hari Guru letak gambar teacher Danish dulu yerr, kawan2 lain kali pulak'
*sebenarnya tak cukup space dahh wakakaka.
The next morning ada sambutan hari guru si tadika Danish. Aku bawakkan sedikit makanan - kek gulung. Sampai sekolah teacher macam biasa menunggu murid dipagar. Sampai2 je Danish dengan penuh excited menyampaikan kad ucapan pada cikgunya
'Teacher, for you!' Ucap Danish
Aku tengok lepas dapat 'Kad Besar' dari Danish cikgu dia pun berlegar2 kat dlm bilik darjah cari tempat nak letak kott. heheheh. Aku tumpang gumbiraaa je la huhuhu
Hari ni pagi2 aku dah bangun, buat sarapan - Roti jala! *kisah roti jala aku nak story entry akan datang*. Seawal pukul 8 pagi kami dah bersarapan... sebab..? Hari ni Abang ajak pergi cyberjaya sempena Ulangtahun ke-12 Cyberjaya! Agenda yg sangat2 nak participate ialah - naik belon panass!! Last time dapat tengok dari jauh je kat Putrajaya so hari ni simpan angan nak naik sendiri belon panas tuh!!!Kitaorang sampai dalam pukul 9:30 pagi.. makk aiii parkingggg penuhh!! Banyak gak acara yang dijalankan hari ni antaranya - coloring contest, pertandingan memancing, night drift, rawatan reflexologi, pemeriksaan kesihatan etc

Sampai2 geng2 ofis Abang pun dah ada kat sana.. *ya diaorang la pemangkin kitaorag datang kot* .Dimulakan dgn acara pertandingan mewarna, Dini, anak ofis mate Abang masuk bertanding. Lepas tengok acara bermula kitaorang terus pergi ke tapak belon panas.. bayaran RM5/dewasa. Naik2 je bila PIC duk lepas gas/api ke belon Dania dah mula meraunggggg! Terasa gak bahangnya atas kepala setiap kali gas/api dilepaskan ke belon tuh. Teruslah pas balik Dania kat bibik.. so yang terbang bersama belon panas aku, Abang dan Danish je laa.. disebabkan angin kuat cepat je belon tu naik seb baik berikat so tak gi jauh laaa. Tapi sempat gak la tengok permandangan cyberjaya dari atas udara. Dania bila tengok aku & Abang jauh ke langit apalagi meraunggg lagi laa.. iskk iskk iskkk
Kitaorang yg sedang 'terbang bertali' he he he

Dari dalam belon panas

Lepas merasa naik belon panas kitaorang gi lepak kat tempat Reflexologi by the blind area dekat dengan playground. Kira-kira ada 12 orang buta/penglihatan terhad dari Persatuan Orang2 Buta Malaysia memberikan urutan reflexology secara percuma. Kalau nak hulur pun apa salahnya. So aku & Abang tak lepaskan peluang keemasan ni since Abang tu mmg tengah sakit urat2 sendi huhuhuhu. Lama gak satu rawatan tuhh.. ada nak dekat setengah jam gak aku rasa. For me this is my first experience lahh.. Orang yg mengurut ni bleh tau body condition base on urat2 kaki yekk Lepas urutan reflexology Abang gi tgk magic show dgn Danish. Sambil2 tu ada byk acara2 lain utk ditonton-futsal, baling Dat, go kart etc. Dania masih ralit main kat playground dan aku plak sambung service urutan bahu hu hu. Settle pergi ke lobby utama dan masa tu ada acara untuk kanak2 di hostkan oleh Adi-DJ ERA. Aku sampai tengok Danish dah duk kat saf pertama depan stage. Lepas acara kanak2 persembahan 3 buah lagi oleh Imran Ajmain.. semua lagu2 hittt. Then continue dgn acara penyampaian hadiah acara pagi - pertanding mewarna & memancing. Hadiah utama Rm10,000! Usai majlis penyampaian Farah Diya pulak naik ke pentas dengan 3 buah lagi lagu termasuk lagu tema drama ku milikmu. Boleh tahan sedap gak diaorang ni nyanyi life! Tu pun sedar2 dah pukul 1 lebih.. cuacaa panas terikk.. Abang yg masih sakit2 sendi pun tak larat dah so terus balik rumahh. Petang tu sepatutnya ada agenda kat PWTC tapi nampak gayanya aku tak dapek la nak gi sbb sampai2 rumah Abang terus gi klinik, balik makan ubat terus tertidurrr....

Sekian hujung minggu kami...