Hobi Danish sekarang ni main bola. Siap aku belikan
jaring bola mini untuk dia. Kalau dia kicking the ball tu
boleh tahan jugak la gaya dia. Ala yok yok o gituu..hehehe
Teringat satu hari yg Danish demam, muntah2
teruk sampai aku amek cuti bawak gi Sunway Medical Centre ngan hubby.
Balik tu singgah hypermarket beli susu Danish dan ternampak pulak
ball breeze tu kat kaunter bayar. Sempat hubby sambar satu.
Malam tu punya 'sihat' Danish kicking the ball. Hubby buat goal guna betis,
asal gol jer siap buat 'give me five' kat hubby.. seronotnya aku tengok
Danish masa tu. Habis lencun baju dek berpeluh-peluh main bola kat depan TV.
Hilang terus semua penyakit kalau nampak bola... sabor je la.
Scene 1:
Kat kampung. Ada berapa buah orange dalam mangkuk buah atas tikar.
Bila Danish nampak buah orange tu dia tunjuk sambil mulut mungil nyer menyebut
Danish : "...ball.."
Pas tu dia tunduk ambik buah orange sebiji dari dalam mangkuk buah tu.
Danish keluarkan dan letak atas tikar. Kejap lagi dia nak kick buah orange
yg dipanggilnya 'ball' tuh..!
Aku punya menjerittt...!
Aku : "Eii.. itu buah la, bukan ball.....!!!" sambil nak menahan gelak,
lantas mencapai buah orange yang hampir nak di sepaknyerr. Hubby tengok
geleng kepala sambil tersenyum dari jauh
Scene 2:
Baru sampai rumah dengan seplastik buah langsat lalu aku letakkan atas
cofee table dekat dengan meja makan
Kejap lagi Danish datang sambil belek-belek buah langsat dalam plastik tu
Danish : "... ball.." mulut mungil nyer bersuara
Aku & hubby perati je akal Danish seterusnya
Danish capai sebiji buah langsat lalu di letak kan diatas lantai
Baru je dia nak kick buah langsat tu hubby terus capai. Dah agak dah..
Hubby : ".. Ya Allah. Ni makanan la, bukannya ball..." ujar hubby pada Danish
Moralnye. Danish ni pantang nampak benda bulat. Semua dipanggil nyer bola. Yang tak larat tu ade ke patut dia nak kick buah tu macam dia kick bola... sabor je la.
Danish Danishh...!
Posted by
*∽ IZAN ∽*
Monday, January 29, 2007
Labels: Danish Aiman, my family, our lovely kids 3 sweet commentsBaru balik dari Kuching, Sarawak. Percutian 3D2N bersama geng2 ofis. Sebelum balik sempat aku tapau laksa sarawak di sebuah cafeteria di Waterfront, Kuching. Aku tapau 2. satu Abang sempat makan di Airport dan satu lagi selamat sampai ke rumah. Sampai je kat rumah aku terus ambik periuk panaskan kuah laksa
tu.. lepas tu aku & abang makan rojak pasembor yang sempat dibeli dalam perjalanan balik ke rumah tadi. Lepas maghrib, dek keletihan aku tertidur atas sofa. Bila masa je aku terjaga lebih kurang sejam kemudian, muka Abang dah tenjengol depan aku...
"...Ayang, sorry.... Abang terbuang kuah laksa sarawak tu la.."
ujar Abang kepadaku.
Aku yang baru terjaga terpinga-pinga mendengar keluhan abang.
"..hah..?! Abang buang kuah laksa sarawak tu? La.. Ayang panaskan tadi, kenapa Abang buang..?" Ujarku separuh merajuk.
"Abang tengok kuahnyer macam dah berbuih-buih, so abang let go je lah. Malas nak cium bau busuk. Sekali Abang tuang je dalam singki terus naik bau dia harum semerbakk. Alamak, kuah laksa sarawak rupanyaa...." jelas Abang
"..aaaa... Abang utang laksa sarawak satu..!" balasku
Pagi tu sebelum pergi kerja Abang bisik ke telinga aku
".. dah jangan pikir-pikir pasal laksa sarawak lagi ye. Malam ni kita pergi
makan laksa sarawak kat Laksa Shack" pujuk Abang.
Malam tu lepas maghrib, aku, Abang dan Danish bertolak ke Jusco Balakong yang baru
dibuka. Abang order Curry Laksa dan aku order Laksa Sarawak lah..! Tak pasal2 kena pau
makan Laksa RM9.90 sepinggan padahal aku beli Laksa tu kat Water Front baru RM3.00 sepinggan(biasa) & RM4.50(special) he he he. Nasib baik masa aku tapau
tu sempat aku melantak semangkuk kat cafe tu.
Anyway, ma kaseh banyak-banyak Abang... (^-^)/
tu.. lepas tu aku & abang makan rojak pasembor yang sempat dibeli dalam perjalanan balik ke rumah tadi. Lepas maghrib, dek keletihan aku tertidur atas sofa. Bila masa je aku terjaga lebih kurang sejam kemudian, muka Abang dah tenjengol depan aku...
"...Ayang, sorry.... Abang terbuang kuah laksa sarawak tu la.."
ujar Abang kepadaku.
Aku yang baru terjaga terpinga-pinga mendengar keluhan abang.
"..hah..?! Abang buang kuah laksa sarawak tu? La.. Ayang panaskan tadi, kenapa Abang buang..?" Ujarku separuh merajuk.
"Abang tengok kuahnyer macam dah berbuih-buih, so abang let go je lah. Malas nak cium bau busuk. Sekali Abang tuang je dalam singki terus naik bau dia harum semerbakk. Alamak, kuah laksa sarawak rupanyaa...." jelas Abang
"..aaaa... Abang utang laksa sarawak satu..!" balasku
Pagi tu sebelum pergi kerja Abang bisik ke telinga aku
".. dah jangan pikir-pikir pasal laksa sarawak lagi ye. Malam ni kita pergi
makan laksa sarawak kat Laksa Shack" pujuk Abang.
Malam tu lepas maghrib, aku, Abang dan Danish bertolak ke Jusco Balakong yang baru
dibuka. Abang order Curry Laksa dan aku order Laksa Sarawak lah..! Tak pasal2 kena pau
makan Laksa RM9.90 sepinggan padahal aku beli Laksa tu kat Water Front baru RM3.00 sepinggan(biasa) & RM4.50(special) he he he. Nasib baik masa aku tapau
tu sempat aku melantak semangkuk kat cafe tu.
Anyway, ma kaseh banyak-banyak Abang... (^-^)/
Kembalinya Bonda Mertua yang amat dikasihi ke rahmatullah
Allahyarhamah Hamidah Bt Mat Jadi pada 1 Januari 2007 (1956-2007)
- Al-fatihah -
Biar aku bahasakan Mak Mertuaku sebagai MAK dan Emak kandungku sebagai EMAK...
Segala-galanya berlaku begitu pantas. Kami sekeluarga tidak pernah menyangka bahawa
cuti sekolah dan Aidiladha kali ini adalah yang terakhir kami raikan bersama Mak (mertua) tersayang. Mak semasa hayatnya seorang yang sihat, cergas dan tidak pernah mengidap sebarang penyakit berat. Beliau seorang yang aktif bergiat dalam GPW (Gabungan Pergerakan Wanita) UMNO. Sejak arwah ayah (mertua) meninggal dunia pada Jun 2003, Mak yang dari mula sudah menjinakkan diri dengan persatuan semakin bergiat
cergas dan kami merestui tindakan Mak memandangkan Mak hanya tingal seorang dirumah kerana adik2 yang lain tinggal di asrama/kampus. Sedikit sebanyak masa terluang Mak dapat dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan mungkin kerana itu jugalah Mak dilantik menjadi pengerusi GPW Jengka 22 dan ketua blok wanita.
Selain menguruskan hal-hal kebajikan blok dan aktiviti2 GPW, Mak juga ada menjalankan projek menjahit kain telekung bersulam bersama rakan karib. Sebab itulah kadangkala sukar menelefon Mak pada waktu siang kerana kadang kala Mak sendiri sibuk dengan tugas-tugas hariannya.
Selain bergiat aktif dalam UMNO, Mak juga pernah mendapat beberapa anugerah kerana kecemerlangan beliau mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang walaupun bukan dari keluarga berada dan yang terakhir yang diterimanya adalah daripada Jabatan Perdana Menteri, Parlimen Kuala Krau iaitu Anugerah Ibu/bapa tunggal pendidikan keluarga cemerlang ketika majlis Rahmat Ramadhan bulan ramadhan yang lepas. Mak yang ku kenal ialah seorang wanita yang cukup sederhana, tabah, tidak pernah merungut dengan segala kesulitan yang dihadapi, lemah lembut tapi tegas dalam mendidik anak, penyayang serta sukakan aktiviti-aktiviti kebajikan.
The begining of the story...
Cuti sekolah kali ini kebetulan Abang ditugaskan outstation ke luar negara, Slovakia dari 5hb - 13hb Dec. Jadi kesempatan ini segera abang ambil untuk mengajak mak dan Iwan (adik ipar bongsu) tinggal dirumah kami menemankan aku dan Danish sepanjang
ketiadaan Abang. Iwan turut mengajak sepupunya, Naim ke rumah. Di tambah pula Idie (adik ipar no.5) cuti semester, maka mereka semua berkumpul dirumah. Sepanjang berada dirumah Mak memang sentiasa nampak cergas dan ceria bermain dengan cucu lelaki tunggalnya. Petang-petang Mak akan lepak di luar, bawa Danish ke taman atau
bersiar menaiki motor keliling kawasan perumahan. Malamnya selepas makan malam menjadi kebiasaan kami menonton TV atau bermain daun terup *yg tidak berunsur judi ya tuan puan* selepas makan malam... mak jugak tak kurang hebat bermain
kerana bak kata Mak
" mak memang ajar anak2 mak main benda-benda macam ni supaya diorang tak pergi merayap ke rumah orang.."
Biasanya kami akan main dengan penuh riang dan mak pun tak kurang hebatnyer...
Kadangkala Ijad (adik ipar no.3) pun datang dan join main. Yang paling kelakar, pernah masa aku nak kena kerja malam sebelum keluar tu aku tengok ade orang pakai topi kledar sambil main daun terup..! rupanya tu denda untuk orang yang kalah!
Hujung minggu aku dan Ijad sempat bawa Mak, Iwan, Idie & Naim ke karnival sure heboh di Stadium Shah Alam dan sempat juga bawak Mak berjumpa Mawi,
celebriti yg pernah diminati Mak di booth Mamee. Malam sebelumnya Ijad sempat bawa mak bersiar-siar makan ikan bakar tepi laut kat tanjung harapan,
Klang. Balik dari karnival aku bawak mak ke rumah Along. Kami tidur semalam. Esoknya aku balik dengan Idie manakala Along hantar mak balik ke Jengka sebab mak ada mesyuarat tahunan GPW di Genting pada 13hb & 14hb Dec tu iaitu hari Abang pulang ke tanah air. Itupun pada awalnya aku dan abang sibuk menegah Mak supaya jangan pergi
meeting tu, tapi mak beriya-iya nak pergi juga meeting tu, meeting akhir (tahun) katanya.
Selesai meeting, Along ambil Mak di genting sempah. Kebetulan Along dapat tender supply goodies untuk event, jadi Mak, Iwan, Idie, bibik & Along bergotong royong menyiapkan goodies dirumah Along. Untuk sementara waktu mak lepak di rumah Along, menghabiskan masa bersama cucu-cucu perempuannya yang seramai 4 orang disana. Sampailah 21hb,
kitaorang pergi ke rumah Along untuk ambil mak kerana 23hb ni ada kenduri kahwin anak sedara mak di Skudai, Johor.
Hari Jumaat 22hb tu aku baru dapat bonus. Jadi malamnya aku belanja semua yang ada dirumah makan Ikan bakar di Yankies Hutt, Bangi. Sedap betul makan malam tu, mana tak nya, Ikan Siakap bakar seekor RM30++..! Tempat ni dah berapa kali aku pergi, memang mendamaikan..konsep ala-ala resort. Hari Sabtu pagi kami bertolak ke Skudai. Pada masa yang sama, Ijah (adik ipar no.4) baru habis diploma di Kelantan jadi
kami berpecah, Along pergi jemput Ijah di Kelantan dan aku bawa Mak ke Skudai, Johor.
23hb kami selamat sampai ke Skudai walaupun ketika itu Johor banjir teruk. Puaslah Mak berjumpa dan bergurau senda dengan sanak saudara dimajlis perkahwinan anak saudaranya disana. Selepas Pengantin bersanding, sibuk mereka ajak Mak turut serta
makan di meja pengantin walaupun ketika itu Mak dah menyuap nasi di meja tetamu. Keadaan waktu tu memang cukup meriah. Mak dikenali mereka sebagai 'Mak Induk' kerana dulu Mak rajin mengikut kakak2nya menjaga anak-anak saudara ketika mereka kacil.. jadi hubungan mereka memang cukup akrab. Semalaman tidur dirumah Kakak Mak, esok paginya
kami bertolak ke Kota Tinggi, kampung halamanku. Ketika itu jalan JB- Kota tinggi
terputus kerana banjir jadi kami ikut jalan kulai dan singgah kerumah baru kakak, K.Ana di Kulai. Di sana adik beradik aku yang lain sudah berkumpul, K.Ana, Dayah dari Penang & family Abg Nuar dari Skudai sudah menunggu. Selepas minum kami
konvoi 3 kereta balik ke Kota Tinggi.
Lewat tengahari kami sampai ke rumah tapi kebetulan bekalan elektrik terputus kerana kerja2 pemulihan dek banjir. sesampainya dirumah kami dihidangkan makanan tengahari yang di masak oleh Emak(kandung). Antara lauk yangdihidangkan ialah siput sedut masak lemak, iaitu makanan kegemaran Mak! Kami menjamu lauk tengahari dengan penuh selera sampai bercerita dan bergurau senda. Maklumlah, Mak pun dah hampir 3 tahun tidak ke Johor sejak majlis perkahwinan aku dulu. Petangnya Mak hanya berehat dirumah sambil bersembang-sembang dengan besannya.. Mak asyik bercerita tentang makanan laut yang dibeli ketika bertandang ke Kota tinggi semasa majlis perkahwinan aku. Mak bertanya kalau ada lagi dijual waktu itu. Untuk tidak menghampakan Mak, Abg Nuar & K.Ezah sibuklah menelefon ke sana kemari nak mendapatkan makanan laut.
Esoknya sebelum tengahari Abg Nuar & K.Ezah (kakak ipar aku)
keluar ke kelong pakcik K.Ezah untuk mendapatkan makanan laut. Nasib baik diwaktu2 banjir tu kelong pakcik K.Ezah ada, jadi mereka terus ke sana. Selepas Zuhur diaorang balik dengan membawa ketam dan kupang yang entah berapa kilo banyaknya..terus ramai2 kenduri bersihkan kupang, rebus dan keluarkan isinya untuk di bawa balik. Ketam pun di kukus supaya tahan lama.. setelah selesai berkemas, kami pun bertolak pulang ke KL. Sempat kami merakamkan gambar beramai-ramai sebelum bertolak tu.
Dalam perjalanan balik, kami singgah di Kota Tinggi untuk melihat kesan banjir.. air dah surut tapi masih ada tempat2 yang dinaiki air. Dalam pada tu sempat Mak memberi komen
"...Mak kalau Iwan, Idie semua dah habis belajar, Mak teringin nak join pasukan sukarelawan untuk mangsa2 bencana macam ni. Mak memang minat buat kerja-kerja macam ni..."
waktu tu aku hanya mengangguk-angguk mendengar celoteh Mak.
Kami meneruskan perjalanan ke KL. Dan Mak juga ada sebut nak singgah ke Ayer Hitam walaupun pada mulanya Mak dah putus asa untuk singgah sebab kami 'ter'habiskan banyak masa di Kota Tinggi melihat kesan banjir.Tapi abang tetap bawa Mak singgah di Ayer Hitam. Di sana sempatlah Mak membeli kerepek-kerepek dan pasu bunga untuk AidilAdha. Setelah dapat apa yang dihajati kami pun meneruskan perjalanan ke KL. Lebih
kurang pukul 9:00 malam kami sampai kerumah.
Keesokan harinya, selasa aku dan Abang macam biasa ke tempat kerja. Mak & Iwan duduk dirumah berehat dan bermain dengan Danish. Hari Rabu Mak minta Along ambil Mak sebab Mak nak duduk rumah Along sekejap sebelum kami semua balik kampung sempena Aidiladha. Itu pun pada mulanya kami menyarankan agar Mak balik saing kami hari Sabtu berikutnya tapi Mak berkeras untuk balik awal sebab rumah dah sebulan ditinggal, jadi mak
nak berkemas mana yg patut walaupun kami nyatakan bahawa adik2 semua ada, jadi sempat lah nak bergotong royong hari sabtu ni.
Dipendekkan cerita, Hari Khamis Mak bertolak balik kampung menaiki kereta yg dipandu oleh Ijad bersama Iwan & Ijah. Hari Jumaat tu dengarnya Mak sempat jumpa dengan bakal besannya di Jengka 12 yang hanya 15 minit dari rumah untuk menentukan tarikh pernikahan Ijad bulan Jun ni.Hari Sabtu berikutnya aku dan Along pula bertolak balik. Aku & abang sampai kekampung tengahari. Sempat kami makan tengahari bersama. Dalam menunggu ketibaan Along, Mak ingatkan pada Ijah supaya membawa balik periuk nasi yang digunakan ketika belajar sebab periuk nasi emak dah rosak. Bila Ijah telefon Along, rupanya Along terlupa nak bawa. Petang Sabtu tu Abang pula ajak Ijad ke bandar pusat. Aku dan Ijah tinggal dirumah untuk membuat persiapan apa yang patut untuk memasak. Petang tu Along sampai dengan membawa periuk nasi baru..! Mak dengan nada terkejut berkata
".. laa kenapa beli yang baru, kan Mak suruh bawak balik yg Ijah punya tu aje.." ujar Mak
Along hanya tersenyum kerana dia sendiri terlupa nak masukkan periuk nasi Ijah ke dalam kereta. Jadi on the way balik tu sempatlah Along singgah ke bandar membeli sedikit lauk pauk & periuk nasi baru untuk Mak..! Petang tu kitaorang kenduri buat sup tulang 8 kilo! Semua memang peberet ratah tulang lembu cecah sambal kicap.. Tak lama tu, Abang pun sampai dengan Ijad dari bandar pusat. Tengok-tengok apa Ijad beli..? Nah.. periuk nasi baru untuk Mak..! Sampai 2 periuk nasi baru Mak dapat petang tu..! Hampir nak terjerit Mak masa Mak terima tu memang Mak nampak gembira sangat sebab bukan
Mak yang request periuk nasi baru, dia cuma suruh Ijah bawak balik periuk yg sedia ada tak sangka pulak anak-anaknya berebut2 belikan 'hadiah' untuk dia. Wajah Mak nampak ceria sangat waktu tu.. sempat aku berseloroh
".. takpe Mak, kita senyap-senyaplah. Nanti satu tu kita bungkus balik letak reben buat hadiah kawin.."
Mak pun tersenyum mengangguk mengiakan kata2 ku.
Selepas lebih kurang sejam kemudian, datang pulak 2 orang pekerja dari kedai Elektrik membawa sebuah peti sejuk 2 pintu baru..! Itulah hadiah dari Abang dan aku untuk Mak sempena bonus kali ini walaupun bahagian aku top-upkan cuma 1/3 dari harga sebenar. Sudah lama kami menyimpan hasrat untuk menukarkan peti sejuk lama kat rumah tu. Kecil dan dah nak berkarat walaupon masih boleh digunakan tapi sudah berbelas tahun rasanya peti sejuk lama tu berjasa.
Bertambah ceria air muka Mak.
"... jangan marah, banyak Mak dapat hadiah hari ni...!" ujar Mak penuh kegembiraan.
Senang sungguh hati Mak ketika itu walaupun Mak tak pernah meminta, tapi hati ibu mana yang tak gembira menerima pemberian ikhlas anak-anaknya. Lantas Mak masuk kebilik dan keluar semula membawa alas peti sejuk yang dijahitnya sendiri.. kali ni aku pula yang terkejut. Wahh..! Siap buat alas lagi macam tau-tau aje. Rupa-rupanya abang sudah
beritahu pada Mak sebelum bertolak ke Slovakia. Tapi kata Mak, Mak tak lah mengharap sangat sebab andaiannya kalau keluar negara mesti banyak pakai duit.
Mak jahit 3 alas peti sejuk yang siap ada poket dikiri kanannya tu. Mak suruh aku pilih dan aku dengan gembiranya memilih corak kegemaranku. Satu lagi terus Mak alaskan dibahagian atas peti sejuknya dan satu lagi Mak berikan pada Along.
Malamnya selepas makan malam, Mak duduk mengadap peti sejuk barunya sambil mula mengemaskan sedikit sebanyak barang-barang basah yang banyak dibeli oleh anak-anaknya. Dan kami biarkan Mak 'melayan' peti sejuk barunya
sambil bersembang-sembang kosong. Ada yang duduk meratah sup tulang..
Esoknya Aidiladha. Subuh-subuh lagi masing-masing sudah bangkit mandi sunat.
Aku pun sibuk mengosok baju melayu abang dan Danish. Kemudian sibuk menolong Ijah dan Along menyiapkan juadah hari raya. Juadah kali ni sup tulang, nasi impit & rendang, soto & lontong..! slurrppp..!
Biasalah, kalau Along ada macam-macam yang hendak dimasaknya.. dari duluuuu lagi.
Manakala kaum lelaki pergi bersembahyang raya. Dalam pada tu sempat kami-kami yang tinggal bersarapan sekadar mengisi perut sambil menemankan Mak makan lontong. Selesai sembahyang raya, kaum lelaki balik dan kami sama-sama mengadap juadah raya sekali lagi. Selesai makan kami sekeluarga mengambil gambar beramai-ramai kemudian bersalam-salaman. Setelah tu kami bersiap-siap untuk menziarah pusara arwah ayah.
Baru sahaja kami hendak melangkah kaki keluar, Mak nampak rumah ke-dua sebelah rumah kami sudah ada orang-orang blok lelaki beraya. Kami pun tidak jadi keluar, lalu Mak menyuruh yang lelaki join sekali kumpulan itu
dan yang perempuan menghidangkan makanan. Kami lepak sebentar sementara menunggu orang datang beraya. Bila mereka datang macam biasalah kami melayan tetamu. Selesai makan tetamu pun mula beransur balik...Bila semua tetamu sudah tidak ada, tiba-tiba terus Mak baring di atas sofa sambil berkata dadanya sakit.Cepat-cepat kami berikan air dan sapulan minyak angin.. tak lama kemudian Mak mula rasa mual hendak muntah. Kelam kabut
kami carikan kain untuk di alas. 3 kali Mak muntah lantas Abang terus mengajak Mak ke poliklinik berdekatan.
Pada mulanya Mak enggan tapi Abang pujuk-pujuk juga Mak lantas Abang, Ijad, Ijah, Mak & Idie pergi menemankan Mak ke klinik. Masa tu rasanya lebih kurang pukul 11:00pagi.. yang lain-lain menunggu dirumah.
Selepas kira-kira setengah jam kemudian Abang balik memberitahu Mak terus dibawa ke Hospital Jengka menaiki ambulans. Abang balik untuk membawa kelengkapan Mak ke hospital. Aku kemaskan beg pakaian Mak dan Idie sediakan kelengkapan
lain seperti pinggan, cawan etc. Kemudian Along, Abang, Ijad & Idie terus bergegas ke hospital. Aku dan bibik menunggu dirumah menjaga budak-budak.
Kira-kira pukul 3 lebih Abang, Along & Idie balik kerumah untuk makan tengahari memandangkan tiada gerai makan yang dibuka sempena hari raya. Di kesempatan itu, aku masakkan sup sayur dan ikan goreng manakala Along buatkan bubur nasi untuk bekalan Mak. Kami bawakan juga sedikit lauk pauk lain untuk Ijad & Ijah yang masih menunggu dihospital.
Selepas Asar, kami semua bertolak balik ke Hospital melawat Mak. Kali ni semua budak-budak ikut sekali. Waktu kami melawat Mak petang tu, keadaan Mak tidaklah begitu tenat cuma Nurse kata tekanan darah Mak rendah sangat jagi Mak di berikan Moffin supaya Mak tidur dan berehat. Jadinya aku lihat Mak kejap-kejap tertidur, kejap-kejap terjaga..
macam mamai-mamai macam tu lah. Tapi dia alert apa kita cakap. Memang dia dengar.. kadang-kadang sempat dia menyampuk. Tapi disebabkan kami faham keadaan Mak macam tu disebabkan moffin tu jadi kami tak lah risau sangat.
Maghrib tu family Along & Aku balik sebab budak-budak pun dah mula merengek-rengek kepenatan bermain di taman. Baju Danish pun sempat tukar sekali sebab habis kotor. Jadi maghrib tu kami balik dan esoknya bercadang untuk datang seawal pagi sebab nak hantar sarapan untuk Ijah. Jadi sebelum balik, kami semua salam dan cium Mak. Aku pun sempat
cium pipi Mak yang sedang terlantar sambil sempat membisikkan
"... balik dulu ya Mak. Mak rehatlah. Sayang Mak.."
Malam tu selepas Isyak, Ijad kembali semula ke hospital melawat. Tapi sebelum tengah malam Ijad dah berada dirumah sebab dia tak dibenarkan menunggu di Wad perempuan pada tengah malam. Menurut Ijad, Mak sendiri pun ada menyuruhnya pulang ke rumah dulu
".... Ijad baliklah. Mak pun dah tak nak apa-apa. Ijad balik lah..." itulah kata-kata Mak dan Ijad akur dengan nasihat itu. Jadi tinggallah Ijah seorang menunggu Mak di wad
Kisah dari Ijah :
Malam tu Ijah kata dia berjaga sehingga lewat 1 pagi. Mak pun berapa kali bangun hendak minum air.. Ijah pun ada bancuhkan air Milo suam untuk Mak. Dalam terjaga terlena Mak tu pun, berapa kali Mak suruh Ijah tidur
"... Ijah tidur la Ijah. Mak bukannya nak apa-apa dah. Tidurlah..." Ujar Mak
Tapi disebabkan Ijah belum rasa mengantuk jadi Ijah terus berjaga sambil tolong-tolong
tengokkan pesakit di katil sebelah yang tidak ada sesiapa menunggu. Sampai lah lebih kurang pukul 1 pagi. Ijah tengok Mak dah terlena. Setelah agak lama lihat Mak terlena barulah Ijah akhirnya buat keputusan untuk melelapkan mata...
Tiba-tiba lebih kurang pukul 1:40 pagi Ijah dikejutkan oleh Nurse dah ketika itu Ijah lihat Mak dalam keadaan tidur tapi kata Ijah dada Mak dah tak berombak. Dengan cemas Ijah terus menelefon rumah menyuruh mereka segera datang kerana katanya Mak pengsan.
Jadi dalam pukul 1:45 abang kejutkan aku sebelum bertolak.
".. duduk rumah ya. Abang pergi hospital kejap, Mak pengsan. Jagakan budak-budak.."
pesan Abang sebelum bertolak ke hospital bersama Along, Idie & Ijad. Tinggallah aku, Iwan, Abg Iskandar(suami Along), bibik dan budak-budak dirumah. Tetapi kala itu aku sudah rasa tidak sedap hati.. mata dah tak boleh lelap semula. Selang beberapa minit, telefon berdering lagi. Ijad menyuruh Abang Iskandar membawa Iwan ke hospital.
Aku terus bergegas mengejutkan Abang Iskandar seperti yang disuruh. Sambil tu aku kejutkan bibik sambil memberitahunya yang semua orang tak ada pergi hospital kerana Nenek pengsan. Kemudian aku yang tak sedap hati terus menelefon Ijah
semula
".. Ijah, keadaan Mak macamana kat sana?.." soalku
"Sabar K.Izan, Mak dah tak ada..." Jawab Ijah sambil teresak-esak
Aku terpempan bagai tidak percaya. Sungguh aku hampir tidak percaya bahawa Mak sudah tidak ada lagi di dunia yang fana ini. Terus tergambar wajah-wajah ceria, senyuman dan tawa Mak pada petang kami berikan dia dengan pelbagai hadiah kelmarin, dan semua kenangan bersama Mak sepanjang cuti sekolah ni berputar bagai filem dimindaku...oh Mak...
".. Innalillahwainnalillah hi rajiun.."
Lantas terus aku beritahu pada bibik yang turun ke ruang tamu. Bibik amat terkejut dan kami berpelukan menangis teresak-esak. Kemudian terus aku teringat Emak (kandung) di Johor lantas terus menelefon kesana sambil teresak-esak
menahan kesedihan yang tak terhingga lalu aku khabarkan pada Emak tentang berita pemergian Mak..
".. dah jangan menangis macam tu, sayang Mak. Pergi sediakan apa-apa yang patut. Sediakan tilamnya, bantalnya... jangan menangis
macam tu..." pujuk Emak.
Lantas aku kuatkan semangat. Budak-budak yg tidur diruang tamu aku & bibik bawa ke atas... kemudian aku cari tilam yang elok, beserta cadar dan bantal. Kemudiannya aku cari beberapa helai kain batik lepas lalu aku letakkan kesemuanya
diruang tamu. Tak lama kemudian jiran dan saudara terdekat mula datang membantu. Habis semua barang dialih/keluarkan. Gambar yg bergantung ditanggalkan, meja tepi, TV, sofa etc.. pendek kata semua clear. Kemudian mereka buatkan kain tirai. Dalam pada tu terus aku bersiap-siap mandi dan berbaju kurung sementara menunggu jenazah tiba.
Dalam pukul 4 lebih jenazah tiba menaiki van mayat hospital. Jenazah yang sudah berselubung dengan kain putih diturunkan ke atas tilam menghadap ke arah kiblat. Bila melihat wajah Mak yang sudah terkujur kaku, bertambah hiba perasaan aku. Mana tidaknya, baru semalam bergelak ketawa dan bergurau senda kami sekeluarga dengan Mak tiba-tiba
hari ini Mak sudah terkujur kaku tidak bernyawa. Air mata mengalir bagai tidak dapat di tahan-tahan walaupun cubaku tahan.
Aku lihat mata Abang merah lantas ku peluk Abang erat sambil mengusap-usap Abang memintanya bersabar walaupun kesedihan ku sendiri tidak tertahan rasanya. Adik beradik yang lain seorang demi seorang mula mandi dan membersihkan diri kemudian kami mula
duduk mengelilingi jenazah sambil mula membacakan surah Yasin. Berulang-ulang. Sekali sekala kami buka kain yang menutupi wajah Mak. Kami usap-usap rambut mak dan kami cium dahi sejuk Mak. Tidak dapat aku nak mengambarkan kesedihan yang dirasai apatah lagi
oleh anak-anak kandung Mak. Namun air muka Mak nampak begitu tenang dan seolah 'tersenyum'... sesungguhnya kami meredhai
pemergian Mak. Allah lebih menyayanginya....
kawan-kawan Mak yang terdekat mula datang menziarah dah tidak kurang juga yang tidak mampu menahan air mata menerima berita pemergian Mak. Sesungguhnya mereka semua terkejut..! Selepas selesai waktu subuh semakin ramai rakan taulan dan saudara
mara yang menziarah jenazah baik yang jauh mahupun yang dekat. Tetamu datang bersilih ganti. Bacaan Yasin berterusan bersilih ganti. Yang mana rapat akan mendekati jenazah untuk melihat dan mencium jenazah buat kali terakhir. Dan setiap
kali kain yang menutupi wajah Mak di selak, setiap kali itulah air mata kami mengalir.... penuh shahdu dan pilu.
Selesai subuh orang-orang yang bertanggungjawab mula sibuk membuat kelengkapan untuk memandi dan mengkafankan jenazah. Bila semuanya selesai, lebih kurang pukul 10 pagi, kami kesemua adik beradik bersama orang-orang tua yang arif sama-sama memandikan jenazah dengan cara yang paling terhormat. Selesai memandikan jenazah, kami sama-sama membantu mengkafankan jenazah dah sebelum kain kafan helaian ke-7 menutupi jenazah, kesemua adik beradik bergilir menciumi wajah Mak untuk kali terkahir dan saat itulah yang paling memilukan buat kami semua...
Selesai upacara mengkafankan jenazah, kaum lelaki terus membuat sembahyang jenazah beramai-ramai. Setelah itu Jenazah diusung oleh kesemua adik beradik lelaki, Abang, Ijad Idie, Iwan dan beberapa orang lelaki dewasa yang lain ke tanah perkuburan.
Aku dan Ijah turut ikut ke tanah perkuburan. Di tanah perkuburan, Abang, Ijad, Idie dan seorang penjaga kubur masuk ke liang lahad
menyempurnakan pengebumian jenazah. Setelah selesai, Pak Imam mula membacakan talkin diikuti dengan bacaan Yasin dan tahlil. Lebih kurang pukul 11 lebih, jenazah Mak selamat di kebumikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...
Sebulan sebelum pemergiannya Mak sentiasa ditemani oleh insan-insan yang dikasihinya. Tidak ada ruang waktu pun yang dia ditinggalkan bersendirian. Dan rasanya semua keinginan Mak yang sempat terlontar dari mulutnya dapat kami tunaikan. Puas Mak duduk bersilih ganti dirumah kami dan dirumah Along, bermain bersama cucu-cucu kesayangannya. Cuti sekolah memberi peluang kepada Iwan & Idie yang tingal di asrama & kampus ke KL tinggal bersama kami. Ijad pula yang sejak setahun lepas dapat pertukaran kerja
dari Labuan ke Pelabuhan Klang rajin bertandang menghabiskan masa bersama Mak dirumah kami jika tidak duty belayar. Manakala Ijah baru sahaja menamatkan diploma dan sempat tinggal bersama Mak. Dan cuti kali inilah paling lama Mak tinggal bersama kami sebelum pergi menyahut seruan Ilahi...
Pemergian Mak sesungguhnya kehilangan besar buat kami sekeluarga lebih-lebih lagi kepada Iwan yang bakal menduduki PMR tahun ini kerana dialah yang paling rapat dengan Mak. Semoga Iwan dan adik beradik yang lain sentiasa tabah menerima segala qada dan qadar dari Ilahi. Segala nasihat dan kenangan yang pernah dikongsikan selama lebih kurang 4 tahun bersama Mak akan tetap abadi di dalam ingatan. Dan yang paling penting, segala jasa dan budi pengorbanan Mak mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan lelaki yang paling aku kasihi (selain Abah & abg kandungku), sehingga menjadi seorang suami dan ayah yang hebat tidak akan aku lupakan.
Itulah pergorbanan dan jasa terbesar Mak buat diriku, yang tak mungkin dapat ku balas.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga rohnya di tempatkan dikalangan roh insan-insan yang soleh. Al-fatihah - Aminnnnn.
Subscribe to:
Posts (Atom)