Assalamualaikum....
MCO fasa PKPP

Hari ni nak share Resepi Pop Corn Karamel versi Noxxa guna function HP hanya 2 minit!
Hujung minggu macam ni sesuai la nak buat Pop Corn bagai ni 
buat kudapan anak-anak layan movie sementelah tak ke mana mana kannn.

Nak tau resepi ? OK, Jom kita lihat! 





Bahan- bahan

3 genggam bertih jagung
3 sudu minyak masak
3 sudu majerin / butter
sedikit garam


Bahan Karamel

3 genggam bertih jagung
3 sudu minyak masak
3 sudu majerin / butter
3 sudu gula perang
3 sudu madu 

 
Cara-cara

1. ON kan Noxxa dan tekan 'Stir' mode. 
Panaskan minyak dan masukkan majerin/butter. Kacau sehingga butter cair.
2. Masukkan bertih jagung. Kacau sebati.
4. Tukar mode Noxxa ke 'High Pressure' (HP) dan setkan masa selama 2 minit.
4. Setelah selesai HP, Offkan Noxxa.

Sos Karamel
1. Panaskan minyak dan masukkan butter, kacau hingga cair di dalam kuali/fry pan.
2. Masukkan gula perang. Kacau sebati. Matikan api.
3. Masukkan madu. Kacau sebati. Siap.
4. Tuangkan sos karamel (Tapis jika perlu) ke atas pop corn di dalam periuk Noxxa.
Kacau sebati.
Sedia untuk di hidang!

Nota Kaki : Sekiranya suka lebih garing, boleh dibakar dalam oven sebentar ya ;)



Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Assalamualaikum....
MCO day#75
Syawal day#7


Hari ni nak share Resepi Rendang Daging....
Almaklum masih mood Syawal, tambah pulak ada stok lemang di rumah ni.
Resepi asal adalah daripada Azie Kitchen.
Dah try 2-3 resepi, so far resepi ni paling jadi dan paling kena dengan selera kami 
terutamanya anak-anak.
Owh ya, ini versi rendang berkuah ya...
maksudnya rendangnya basah dan tak kering.
Sebab bila buat rendang kering sangat, anak-anak suka makan lemang calit kuah rendang ni.
Pernah masak rendang tapi kering... kesian tengok isi rendang tu...
togel togel dah sebab kuahnya habis dah disapu dek anak-anak hihihi!

Izan masak menggunakan periuk Noxxa ya dan bahan-bahan kisar pakai 'Hand Blender'.
Sangatlah mudah, tak perlu tambah air jadi tak perlu tapis semula bawang kisar etc terus boleh tumis je dan bahan tumisan lebih cepat layu dan naik minyak.
Tambah pulak lagi mudah nak bersihkan 'Hand Blender' ni berbanding blender biasa.
Kalau kawan-kawan berminat, Izan syorkan guna brand "Kenwood - Triblade".
Ianya ada 3 mata dah hasil kisar lebih halus.

OK, Jom kita lihat! 




Bahan- bahan

1 kg daging siap dipotong kecil
750 ml santan
200 gm kerisik (1 bungkus)
2 helai daun kunyit
6 sudu cili kisar 
( Boleh kurangkan cili kisar ikut selera kepedasan)

Bahan A (dikisar)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
 

Bahan B (dikisar)
7 batang serai
2 inci lengkuas
2 sudu ketumbar - disangan dahulu
1 sudu jintan manis - disangan dahulu
1 sudu jintan putih - disangan dahulu

Cara-cara

1. Kisar kesemua bahan A. ON kan Noxxa dan tekan 'Stir' mode. 
Panaskan minyak dan tumiskan bahan A. 
Apabila telah layu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan bahan-bahan B yang telah dikisar.Kacau sebati.
3. Masukkan daging, 500 ml santan, kerisik dan daun kunyi yang telah dihiris.
Kacau sebati.
4. Tukar mode Noxxa ke 'High Pressure' dan setkan masa selama 35 ~ 40 minit.
4. Setelah selesai HP, keluarkan ke dalam periuk. Tambahkan lagi  250ml santan,
air asam jawa, garam dan gula. 
5. Masak lagi kira-kira 30-40 minit di atas api dan sentiasa kacau sehingga santan naik minyak.
6. Kacau rata dan perasakan semula gula dan garam.
Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!
Assalamualaikum....
MCO day#77
Fasa PKPB


Hari ni nak share resepi sambal belacan...
Ahaa... sambal belacan je kot kan. Tapi yelah lain orang 
lain cara pembuatan dan bahan.
Resepi asal ni Izan belajar dari kejiranan di kampung belah suami...
masa tu ada kenduri... dan bila rasa sambal belacan diaorg ni sedaplah!
So Izan tanyalah apakah resepi dan bahan-bahannya.. 
maka dapatlah seperti yang di bawah ini. 


Tambah pulak pekena dengan Timun Sulung petik tepi rumah.
Sejak-sejak PKP ni memang #stayathome je.
Sempat la nak tengok2 keliling rumah kan.
Dan sempat jugalah En Suami bercucuk tanam dan berkebun
Seronok sungguh dapat petik dan makan ulam-ulaman hasil tanaman sendiri
puas dan seronok dia lain macam !


TIPS :
Lagi satu... kalau Izan buat sambal belacan,
Izan lebih gemar guna 'Hand Blender'.
Lebih mudah dan ringkas. Tak perlu tambah air pun.
Nak basuh pun senang berbanding guna blender biasa. 
Seelok-eloknya guna Hand Blender  yang Tri-blade ya.
Kisarannya lebih halus berbanding hand blender 2 mata. 
Contohnya Izan guna Jenama Kenwood. 
Lebih kurang macam model ni ya  -

Ok berbalik pada resepi... 
Jom kita lihat! 




Bahan- bahan

20 batang cili padi
3 batang cili besar
1/4 labu bawang besar 
1 biji bawang putih
1 inci belacan bakar
1 tsp Garam
1 tbs Gula
Air asam jawa / Limau kasturi




Cara-cara

1. Goreng layukan bawang besar, bawang putih beserta belacan bakar.
(bawang tak perlu hiris)
2. Potong-potong kecik cili padi dan cili besar
3. Kisar kesemua bahan-bahan pada langkah #1 & langkah#2, garam dan gula.
4. Tuangkan hasil kisar ke dalam mangkuk. 
5. Campurkan dengan air asam jawa atau perahkan limau kasturi.
6. Kacau rata dan perasakan semula gula dan garam.
Siap untuk dihidang.



Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!