Assalamualaikum....
Hari ni nak share resepi Home made Pizza
dari roti putih yang sangat mudah dan sedap!
Hanya perlukan 3 bahan untuk membuat doh pizza roti putih ini dan 
bahan-bahan tersebut pun sangat mudah dicari.
Jom kita lihat ;)



Bahan- bahan


Doh Pizza
8-10 keping roti putih
3 biji telur
Garam secukup rasa

Toping
Sosej 
Crab Stick
Tuna Tin
Lada Benggala
Tomato Puri / Tomato Sos
Cheese

Assalamualaikum....
Hari ni nak share resepi Home made Pizza
dari roti putih yang sangat mudah dan sedap!
Hanya perlukan 3 bahan untuk membuat doh pizza roti putih ini dan bahan-bahan tersebut
sangat mudah dicari.

Cara-cara

Langkah 1 :  Doh roti


1. Potongkan roti putih ke 9 bahagian (3x3)
2. Pecahkan telur dan masukkan sedikit garam. 
Kacau rata.
3. Masukkan telur ke dalam bekas yang berisi kepingan roti yang telah 
dipotong segi segi. Gaul rata.
4. Panaskan kuali non-stick (Fry Pan) dan sapukan minyak 
sedikit pada kuali. Gunakan api kecil.
5. Susunkan  kepingan-kepingan roti tadi di atas  kuali non-stick.
Tutup dan biarkan roti bertukar kekuningan.
6. Terbalikan sebentar doh roti tadi untuk masakkan 
pada kedua belah bahagian. Angkat.



Langkah 2 :  Hiaskan Toping
1. Rebus sosej dan crab sebentar. Hiriskan kecil.
2. Sapukan tomato puri/ sos tomato ke atas doh roti.
3. Taburkan cheese (lapisan 1).
4. Susunkan bahan-bahan toping mengikut citarasa
(Sosej, crab stik, tuna spread, lada benggala etc)
5. Taburkan cheese sekali lagi di bahagian atas roti (lapisan 2).
6. Masukkan ke Microwave dan preheat selama 3-4 minit sehingga keju cair.
7. Nah... sedia untuk dihidang!



Resepi ini sangat mudah untuk dibuat. Sesuai jika ada lebihan roti putih di rumah.
Tinggal potong2 keil untuk dijadikan doh pizza.
Yang bestnya, walau dah sejuk, doh roti pizza ni tak kan keras seperti doh pizza biasa.
Yang pasti ianya sangat mudah, ringkas dan sedap.
Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


Terima kasih!

Kali ni Izan nak share resepi Mango Cheese Cake
tanpa menggunakan oven, cair di mulut dan confirm jadi!
Sukatan untuk loyang 7 inci. Jom kita lihat.


Bahan- bahan

3 biji buah mangga
( 1 biji lapisan 2, 1 biji lapisan 3, 1 biji topping)
20 keping biskut Marie
250 gram cream cheese
200 ml Whipping cream
70 gram butter
70 gram gula kastor
2 tbs serbuk gelatin 
(1 tbs utk lapisan 2, 1 tbs utk lapisan 3)
1 tsp esen vanila
1 tsp jus lemon

Cara-cara

Lapisan 1 :  Lapisan kerak (Crust)
1. Tumbuk hancur biskut marie.
2. Cairkan butter separuh dalam microwave dan curahkan kedalam adunan biskut Marie yang telah dihancurkan tadi.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang. Padatkan.
4. Simpan di dalam peti sejuk kira-kira 15-20 minit.

Lapisan 2 :  Lapisan berkeju (Cream cheese)

Bahagian 1 : Puri Mangga
1. Cairkan serbuk gelatin. Caranya campurkan sedikit air ke dalam serbuk gelatin. Bila sudah larut, masukkan sedikit air panas dan kacau lagi.
Biarkan sebentar.
2. Kisar isi 1 biji mangga dan campurkan dengan gelatin yang sudah dicairkan tadi.

Bahagian 2 : Bahan berkeju
1. Masukkan cream cheese, gula kastor, esen vanila, jus lemon serta puri mangga (Bahagian 1) 
dan putarkan sehingga sebati.
2. Putarkan/wisk  whipping cream di bekas berasingan sehingga kental.
NOTE : Jangan wisk terlalu lama. Cukup sekadar tekstur berubah kental. Jika tidak cream akan pecah.

Campurkan bahagian 1 dan bahagian 2. Gaulkan sehingga sebati.
Tuangkan ke atas lapisan 1 dan simpan di dalam peti sejuk selama  4-5 jam.


Lapisan 3 :  Puri Mangga

1. Kisarkan 1 biji buah mangga sehingga halus. 
2. Cairkan 1 tbs serbuk gelatin (teknik seperti bahagian 1 tadi).
3. Campurkan cairan gelatin dan kisaran isi buah mangga.
4. Tuangkan ke atas lapisan 2 yang telah dibekukan di dalam peti sejuk tadi.
Pastikan lapisan 2 telah beku supaya puri mangga tidak bercampur dengan lapisan 2.
5. Hiaskan dengan topping isi mangga mengikut citarasa (potong dadu).
6. Simpan semula di dalam peti sejuk kira-kira 4-5 jam untuk mendapatkan tekstur yang cantik sebelum di potong.
Gunakan loyang spring form supaya hasil kek lebih kemas.
Sedia untuk dihidang!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


Terima kasih!


Assalam
Dah lama tinggal bersawang blog ni sejak ada IG dan FB...
Sebenarnya bila masuk musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dek kerana serangan wabak Covid19, 
hari-hari memasak dan hari-hari ada update 1 menu di FB... 
So hari ni terfikir nak share resepi2 menu tu kat blog ni ....

Ok mari kita mulakan dengan resepi pertama
spagetti bolognese daging yang pasti memikat selera kepada penggemar makanan pedas 

Resepi ni adalah signature resepi #daridapurizan
dek kerana En Suami dan anak bujang memang kuat makan pedas
so even buat menu ala 'Itali' kena fushion kan juga ikut selera ahli keluarga ni kan  

Spagetti Bolognese Daging versi pedas
(SPICY MEAT BALL BOLOGNESE SPAGETTI)



Bahan- bahan

250 gram Spagetii (setengah bungkus)

Sos Bolognese 
. Setengah bungkus daging kisar Ramly
. 1 botol sos bolognese Adabi
. 7 ulas bawang putih - hiris halus
. 1/2  biji bawang holand  - cincang halus (jika suka)
. 2 sudu lada hitam tumbuk
. 2 sudu cili kisar
. Bebola daging
. Cendawan butang - hiris nipis
. Brokoli - celur dan tepikan

Cara-cara

1. Rebus spagetti bersama sedikit garam dan minyak masakkira-kira 15 minit dan toskan (atau sehingga lembut
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga keperangan
3. Masukkan cili kisar dan lada hitam. Tumis sebentar sehingga cili kisar naik minyak.
4. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Gaulkan sebati.
5. Masukkan sos bolognese Adabi dan kacau sekata.
6. Perasakan garam  dan sedikit gula jika suka untuk balancekan dengan rasa pedas. 
7. Siap untuk di hidang bersama spagetti dan juga brokoli yang telah dicelur masak.