Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...
tahun ini genap usia perkahwinan kami ke 15 tahun
pada 28 Feb yg lepas

On the day ajak anak2 dinner di Ole Ole Bali, Dpulze Cyberjaya
Memang suka menu and suasana kat sini... 
Suka dekorasi restoran dia... suka menu2 dia jugak.
Bertambah romantik bila diserikan dengan cahaya lilin
Sesuai sangat kalau dating celebrate hari2 istimewa dan sebagainya
Basically signature menu Ole Ole Bali adalah masakan Indonesia
tapi menu2 western juga turut tersedia sebagai pilihan


Family dinner di Ole Ole Bali - Dpulze Putrajaya


Alhamdulillah...  tak sangka 15 tahun sudahh.. 


Anak-anak yang makin membesarr

 

Kalau datang sini suka order Coconut latte dia... sedap!
Dapat jugak macam kerepek kelapa yg putih2 tu..
dulu kecik2 macam pernah makan tapi dah besar2 ni lama dah tak jumpa benda ni..


Antara yang di order..
Kali ni Mama & Papa order Kambing Bumbu & Rojak
Suka sambal dan rempah masakan dia memang sedap
walaupun masuk Ole Ole Bali menu2 Jawa...
macam biasa budak2 ni still akan order menu Western jugak ye kekdahnyer
Penyudahnya Salmon steak jugak yg di order kikiki

Ada makna simbolik kenapa ajak dinner kat Ole Ole Bali ni 
apa agaknya yer... tunggu next entry hihihi



Assalamualaikum...

Bersiaran lagi dengan entry JJCM. Kali ni nak share satu restoran yang best untuk penggemar menu masakan negeri2 di pantai timur.

Nama restorannya Nasi Kukus Famosa yang terletak di Cyberjaya, Selangor.
Kami jejak restoran ni disatu hujung minggu... pagi2 meronda Cyberjaya cari port nak breakfast.
Lebih tepat lagi lokasinya terletak di belakang Bank Islam, Cyberjaya.


Dari luar dah nampak suasana Restoran yang sangat Cozy. Antara menu yang menarik tentulah
Nasi Dagang, Nasi kerabu, Nasi Kukus bersama gulai, Laksam dan sebagainya.. Selain tu juadah seperti kuih muih, nasi goreng, mee goreng juga turut disediakan.


 Deretan pilihan gulai.. ayam percik kat sini sedapp!


Ada pilihan sambal tumis dan paru goreng



Menu2 nasi goreng, mee goreng, bihun dan Kuew Teow goreng, 
harga bermula dari RM3.00 ~.



Laksam. Kena try next visit


Izan punya feveret of course Nasi Dagang.
Baru tau Nasi Dagang Terengganu dan Kelantan berbeza ya..
Yang ni adalah versi Nasi dagang Kelantan gitew



Pilihan air panas...

Selain tu turut disediakan surau dan tempat berwuduk untuk menunaikan solat..
dengan ertikata lain Waktu tengahari pun buka cumanya Izan tak pernah pergi selain waktu pagi hihi.




Deco deco aksesoru IKEA.. cantekk je kannn



Sekian update dari bilik #jjcm kali ni.
So kepada penggemar masakan pantai timur, boleh terjah 
Restoran Nasi Kukus Famosa yang terletak di Cyberjaya ni okeh!


#jjcm #jjcmcyberjaya #izanfoodblogger


Assalamualaikum...

Ahaa... sempena cuti CNY baru-baru ni, Izan & Family pakat2 balik Johor.
Bila dah berkumpul reramai tu kan dok mencarii je mana port nak jejak tu kannn...


Actually ada 1 kedai makan tepi jalan besar dari Kota Tinggi menghala ke Desaru ni, 
yang menghidangkan Cendol Kampung.. yeszaaa... kalau time panas lit lit ni
memang sedapp sangatt la kan pekena cendol ni.

Selain Cendol, killer Menu kat sini ialah
Laksa Johor, Mee Rebus, Rojak Manis dan Rojak Petis...
semua sedap2 belaka...
Mana taknya, walaupun waktu operasi 11:00 pagi ~ 6 petang, 
tapi biasanya tak dan kul 6 petang dah tutup kedaii.. mmg sold out awal.

Masa kami (Family ku dan ipar duai) gi hari tu hari Jumaat...
tunggu orang lelaki balik dari Masjid, dalam kul 2:30 ptg gitu gerak dari rumah.. 
sampai sana nak dekat kul 3:00 petang.. tup tup Cendol dah sold out!
Rasa nak guling meraung manjer kat situ jugakkk.. huwaaaaaaaaaaa!!!

Siap next day tu (kebetulan otw nak balik KL dah) jejak lagi okeyyy... jejak lagi awal..
punya la nak pekena cendol punya pasalll! hahahahaha!


OK berbalik semula pada Menu... Top dalam list ialah Cendol!
Cendol pun ada banyak pilihan..
 Cendol Pulut, Cendol Kacang, Cendol Jagung dan Cendol Special (buh semua bahan)


Ni hari ke-2 baru dapat order...
Cendol  Jagung, Cendol pulut & Jagung + Cendol Special


Cendol Special saiz bowl dia besar sikit


Ni pulak menu makanan lain...
Rojak Petis, Soto, Bihun Soto dan Laksa Johor..
Mee Rebus tak dan snap


  Laksa dia sedapp... I loike! Rojak petis wajib order.. 1st day kami datang order 4 pinggan licin!


Ais jagung pun sold out masa kami sampai 1 st day tu.. ni order 2nd day.


Feeling feeling dating bawah pokok Kelapa Sawit gitewwww hahhahaha!


Keluarga kecilku



ni 2nd day (Next day)  dgn Family adik.. tak plan gak jumpa ni sebab sorang balik Selangor, 
sorang balik Penang... tup2 terserampak jugak kat kedai ni kikikiki

Ni masa 1st day sekali dengan Nenek

Makan besar.. sembang2 bawak pokok sawitt sambil ditiup bayu... nikmat yakmat ooo!


Bukti pokok sawit kikiki. Budak2 main parit... mak jadi penyelamat kekdahnyaa 

Ok kalau mai Johor wajib Jejak ni...
Nama Kedai : Mama Jeli Recepi (FB Link click here)
boleh parking depan or belakang kedai..
Mai awal ya... kul 2 pun silap hari bulan dah ada menu yg sold out.

Lokasinya terletak di Kampung Baru, Sungai Mas.
Tepi Jalan besar sebelah kanan kalau dari Kota Tinggi menghala ke Desaru.
Apa lagii.. jom terjah komeeee!

Sekian laporan dari bilik #JJCM kali ni..
jumpa lagi di next entry yerrrr

#jjcm #localfood #cendolsawitjohor #laksajohor