Assalamualaikum...

Bersiaran lagi dengan entry JJCM. Kali ni nak share satu restoran yang best untuk penggemar menu masakan negeri2 di pantai timur.

Nama restorannya Nasi Kukus Famosa yang terletak di Cyberjaya, Selangor.
Kami jejak restoran ni disatu hujung minggu... pagi2 meronda Cyberjaya cari port nak breakfast.
Lebih tepat lagi lokasinya terletak di belakang Bank Islam, Cyberjaya.


Dari luar dah nampak suasana Restoran yang sangat Cozy. Antara menu yang menarik tentulah
Nasi Dagang, Nasi kerabu, Nasi Kukus bersama gulai, Laksam dan sebagainya.. Selain tu juadah seperti kuih muih, nasi goreng, mee goreng juga turut disediakan.


 Deretan pilihan gulai.. ayam percik kat sini sedapp!


Ada pilihan sambal tumis dan paru goreng



Menu2 nasi goreng, mee goreng, bihun dan Kuew Teow goreng, 
harga bermula dari RM3.00 ~.



Laksam. Kena try next visit


Izan punya feveret of course Nasi Dagang.
Baru tau Nasi Dagang Terengganu dan Kelantan berbeza ya..
Yang ni adalah versi Nasi dagang Kelantan gitew



Pilihan air panas...

Selain tu turut disediakan surau dan tempat berwuduk untuk menunaikan solat..
dengan ertikata lain Waktu tengahari pun buka cumanya Izan tak pernah pergi selain waktu pagi hihi.




Deco deco aksesoru IKEA.. cantekk je kannn



Sekian update dari bilik #jjcm kali ni.
So kepada penggemar masakan pantai timur, boleh terjah 
Restoran Nasi Kukus Famosa yang terletak di Cyberjaya ni okeh!


#jjcm #jjcmcyberjaya #izanfoodblogger


2 sweet comments:

Lynn Hamzah said...

sedapnya nasi dagang tu...

*∽ IZAN ∽* said...

Memang sedap Lynn Hamzah.. katenyer Kelantan style ye ada telur rebus serunding bagai. Kalau Ganu tak dek yerr