Assalamualaikummm...

Ya Allah... rindunyer kat blog Sweet Omoide ni... lama sangat tak update...
Hari ni tergerak hari nak jengah blog yg dah bersawang ni...
Lor ni rata2 update story buat kenangan anak-anak kat FB and IG je huhuhhu

Anyway hari ni nak citer sikit pasal 14th Anniversarry Trip kamii..
Untuk kenangan anak-anak.. Fotopages dah close down.. habis kisah Danish Dania kecil2
terpadam terus... siannnnyerr hilang segala story morry depa kecik2 huk huk huk!

Ok berbalik pada trip kami.. Alhamdulillah 4 Mar lepas kami semua telah bercuti sempena 
ulang tahun perkahwinan ke -14 kami..  Syukur ke hadrat Ilahi diatas segala rahmah dan kurniaan  4 orang permata hati kami... semoga mahligai yang di bina ini akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.. dunia dan akhirattt

 Tahun ni kami memilih 


sebagai destinasi percutian kami. tempat nya sangat unikk... dan palinggg exclusive sepanjang percutian yang pernah kami pergi. Tak sangka ada tempat macam ni kat Malaysia ni... best best bestt!!





3 jam perjalanan dari rumah...
Masa nak buat tempahan tak muncul tu villa yang kami cari di Agoda/Booking.com dan sebagainya.
Kami memilih Vana Suite Villa yang di lengkapi dengan 
1 Hall, 2 bedroom berasingan dan 2 swimming Pool ..
Memang tertarik hati dengan reka bentuknya..
Untuk buat booking ni kena call terus ke website resort dan buat tempahan on the dot!



Sesampainya kami di Vana Suite Villa


 1 shot dengan seluruh ahli keluarga dan kek anniversary!
kek comelll sangatt.. nanti I citer hokeyyyy


bersambung to PART 2 

Assalamualaikum...

Cuti sekolah yang lepas kami berpeluang bercuti ke negeri Perak !
Bercuti selama 3 hari 2 malam menginap di IPOH dan TAIPING pada keesokan harinya.
Dalam perjalanan balik ke KL kami sempat singgah ke salah satu tempat perlancongan bersejarah
yang terdapat di negeri Perak iaitu 
KELLIE CASTLE
atau juga di kenali sebagai 
TAJMAHAL MALAYSIA

Dibina oleh Willian Kellie yg berasal dari Scotland
Istana Kellie mula dibina pada tahun 1915
senibina asimilasi berkonsepkan Greco - Moonish, Roman dan India serta dibina 
oleh 70 tenaga buruh yg diimport khas dari Madras India.

nak tahu kisah lanjut boleh layari 
https://en.wikipedia.org/wiki/Kellie's_Castle


Kami sampai cuaca gerimis renyai..
ada bayaran dikenakan untuk masuk ke Istana tinggal yang tak siap ini.
Di bina oleh rakyat Scotland yang menetap di tanah melayu pada waktu itu..
dikatakan dibina atas dasar cinta terhadap isteri dan anaknya..
Malangnya beliau telah meninggal dunia ketika lawatan  ringkas ke Potugal
disebabkan oleh Penumonia pada ketika usia beliau 56 tahun..
Ketika itu Istana Kellie masih belum siap ... 
Isteri beliau akhirnya mengambil keputusan untuk
pulang ke Scotland bersama 2 anak mereka selepas pemergian beliau....

Jom kita susuri keunikan senibina Kellie Castle 


Ada penerangan tentang sejarah Kellie Castle ni sebelum kita naik


Ada cafe-cafe yang sangat selesa dan cantek untuk beristirehat sebelum
kita bertolak ke Kellie Castle tu


Verandah atau walk away di tingkat bawah
nampak senibina nya yang unik


di tangga naik ke tingkat atas


di katakan kawasan ini berhantu!
Ada cerita2 yang mengatakan pernah terserempak dengan lembaga
yang di percayai menyerupai Kellie... jeng jeng jengg


dibumbung tingkat 3 iaitu tingkat atas sekali..
kawasan ini mulanya dirancang untuk dibuat court tenis


berdua dengan mu.. pasti lebih  baikkkk.... eh!


bangunan kuning dibelakang adalah rumah agam asal yang didiami oleh keluarga
Kellie sebelum pembinaan istana dimulakan...
namun ada bahagian yang telah rosak semasa perang dunia 




ambik fefeel tajmahal malaysia sket hihihi



panoramic view


Lari permandangan Istana Kelli dari luar serta rumah agam asal (kuning)


dilengkapkan dengan ruang lif.. sekiranya Istana ini berjaya disiapkan 
mengikut perancangan.. ianya akan menjadi lif pertama di Malaya pada waktu itu


pandangan dari luar bangunan

walaupun ada unsur mistik dan keunikan senibina bangunan ini..
menyelusuri bangunan bersejarah ini seolah2 membawa kita ke satu 
zaman kira2 seratus tahun yang dulu


Selesai round.. hujan pun dah reda sikit kami 
pun bertolak balik...

Istana Kellie ini adalah antara tempat perlancongan 
yang diwartakan sempena 

apalagi.. jom singgah ye kawan kawan!



Assalam..

Selamat tahun baru semua!!!!!!
Semoga tahun 2017 ini bakal menjanjikan seribu rahmat, kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua ya!

Ok.. hari ni nak update pasal hari pertama persekolah 2017...
Tahun ni Delisha buat julung2 kalinya masuk tadika! jeng jeng jeng...!!!!
Alahaii tak sangka dah masuk skool dah Delisha ni ... kami decide untuk hantar dia ke tadika Danish masa 4 tahun dulu jugakk.. tak nak heavy sangat silibus kalau boleh more to playschool.
Dhiya 4 tahun dah masuk Qdees. Aku rasa macam agak heavy jugak la silibusnya.. dah la masa naik sekolah tu Dhiya baru je 5 hari sambut birthday 3 tahun tapi dah masuk tadika  4 tahun huhuh.
So kali ni ubah lagi strategi.


Paling mencabar of course la bab nak kejut bangun pagi.. mana tak nyer Delisha ni jenis berjaga malam.. malam kemain dia aktif mmg jenis tahan mata macam mak dia ! keh keh keh.
Selagi aku tak tidur mmg tak tidur jugak la dia.. kalau aku buat kerja lagi tu mmg dia la jadi peneman aka pengacaunyer!

Delisha siap nyanyi2 tu dalam keta.. lepas hantar Abang kakak...

Anyway pagi tu berjaya kejut dia awal pagi... sessi pagi tahun ni Danish, Dania dan Delisha.
Dhiya ambik sessi petang... sepesen dgn Delisha sebenarnya jenis mata tak tahan bangun pagi..
masa dia kelas 4 tahun selalu tertidur dalam kelas... so 5 tahun aku masukkan dia kelas sesi petang.
So kira continue je lah utk 6 tahun ni...

Di jadikan cerita sebab pagi tu semua bangun awal.. Dhiya pun terjaga jugak and tengok 
kakak abang adik semua pakai baju sekolah.
Sampai taska Dhiya pun pakat nanges tak nak masuk taska.. nak gi sekolah jugak!
Apalagi kelam kabut gak le salinkan baju Qdees dia!
So tak pasal2 pagi tu hantara  Dhiya ke Qdees dulu.
Sampai2 ... of course la.. kelas pagi dah penuh!
Aku paham laa.. mesti cikgu dah arrange susunan meja bagai utk budak2 ni kan
lagipun mmg aku booking sessi petang cuma Dhiya pulak terover excited nak 
skolah pagi lak ni.. hmmmmm


So sampai Qdees Pn Pengetua tak sampai lagi.. 
cikgu cikgi semua tengah sibuk sambut murid2 baru..
Dhiya dah tahun ke-3 kat sini..
Since masa dah suntuk utk Delisha jugak..
Last2 kami gerak hantar Delisha terus lah..
and try nak slow talk dgn Dhiya utk mantain kelas petang.
Lagipun kelas petang tak ramai mcm pagi.
So masa booking pun Pn Pengetua dah cakap elok jugak boleh lah fokus lebih sikit.


Dhiya yg kemain ceria pagi ni


Sampai ke tadika Delisha...
Delisha pun sure nerves tuu... muka garang jekk.. macam kak long kawasann...
takot mak tengok ! Kkekekeke


Sampai2 disambut oleh Teacher Gee


Terus teacher tunjuk set stationary utk setiap pelajar.
Ada bekas khas siap tulis nama utk setiap murid.. cantek!

 

Delisha pun dah excited sikit nampaknyer. Muka dah ceria!


agak2 OK.. cikgu pun dah bagi signal "Mak pak boleh cau dah ye"
hahahahah. ok ok paham pahamm..
tapi cikgu suh mak pak salam anak dulu nak balik.. takut nanti di cari..
apa lagi... bila tau mama dia nak balil.. keriau sakan lerr Delisha! hahahaha
ingat darah Tun Teja tadii.. rupanya berderai jugak air mater!


Sementara tu kami pun pi la ngeteh.. bawak Dhiya sekali..
pujuk2 sikit suh mantain je kelas petang..
nampaknya berjaya hehehehehe


ok dah tengahari! Masa untuk Delisha balik sekolah!
Jenuh mak eh menyorok nak jadi mata2 gelapp..
tapi kantoi jugak tu nampak je dia! ahhahahaaha!


interview sket... kemain seronok lagi nampaknyer tuu.. ok sangat la tu kannn

main buat sementara tunggu van


ok.. 1st time ride ever naik van sekolah ni.. nampak confident jek tu naik sendiri!


Tapi bila mama cakap bye byee.. terus cuak nak nanges! Alamakkkk!!


OK OK... mama naik sekali yerr..
dah tak pasal2 mama dia sekali join naik van sekolah..
eh kira 1st time ride ever jugak ke ni mamanyer??
Hahahahahah ni semua Delisha punya angkara lah ni!

Anyway dah seminggu lah Delisha gi sekolah..
Alhamdulillah.. tak sangka jugak senang nak handle dia pagi2.. gi sekolah
pun macam ceria seronok je tu..
yang penting lepas mandi kena hadiah susu sebotol yerrr


Dan minggu2 terakhir ni jugak sibuk dengan segala persiapan 
uniform dan buku2 sekolah anak-anak..
tahun ni En Suami belikan mesin jahit..
ku dah la tak pernah attend kelas jahit bagai..
belajar pun dari youtube jekkkk..
maka kali ni cabaran pertama nak jahit lencana pulak!
Apa lagi.. youtube lah kita...
hantammm sajerr hihiihi



Dania dapat jadi pengawas SPBT tahun ni...
dalam pada viral kata lencana atas nama tu..
aku refer buku peraturan sekolah.. so mantain le lencana duk bawah huhuhu

Apapun selamat kembali ke sekolah buat anak-anak mama...
Tahun 2017 ni pastinya lebih mencabar ...
Danish bakal menghadapi UPSR... tak boleh belajar main2 dahhhh
Yang penting sentiasa berusaha untuk berjaya..
Mama dan Papa sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak kesayangan semua.
Semoga segala urusan kalian dipermudahkan olehNya...
Aminnnnnnnnnn