Assalamm...

hihi ni aktiviti tak de kerja masa menunggu kepulangan En Hubby balik dari oustation.
masa tengah buat tu Danish masuk dapur... hidung dia dah bau kesedapannn... padahal bau telur goreng je pun! Kikiki
perbualan :-
Danish : Mama buat lauk apa tu?
*sambil jenguk atas frying pan*
Mama : Untuk Papa
Danish terus pandang aku dengan muka separuh keciwa kerana namanya tak disebutkan 
Mama : From all of us! *cepat aku cover!*
Danish : Owh... sayangggg Mama !
*terus peluk aku erat2*

Siap hidang lauk atas meja kami keluar ke ERL putrajaya pick up En Suami dr KLIA.
Alhamdulillah En Suami dah selamat sampai. Terubat rindu dendam semuaaaaa. Dhiya Delisha jumpa Papanya terus tak nak berenggang dah!

Esoknya terajin buat Pizza toast kat rumah lak. Masa kat Jepun dulu rajin buat pizza toast ni tak kira utk breakfast ke, lunch or dinner. Tabur2 kachin masuk microwave tunggu beberapa minit siap!... roti potong kat sana puntebal2. Buh bumbu banyak2 atas roti pun tak lembik. Kat sini kena gi kedai roti baru jumpa kot yg potong tebal2 tu.. kalau kat kedai runcit biasa ni yg potong nipis2 je  yg ada jual... so bedal jelah apa yg ada hihi

Assalamualaikum....
Isnin lepas setelah 4 hari berkurung kat rumah akhirnya baru la berkesempatan bawak anak2 burung keluar sangkar. En Suami oustation lagi since last week... so kalau tinggal aku sorang nak jaga bebudak ni mmg duk rumah je lah jawabnya.
Alhamdulillah Sabtu malam selasa husband selamat kembali ke tanah air. Ahad En suami tak sihat pulak... tambah masih jetlag maka sambung berkurung kat rumah. Hari Isnin tu baru En suami suh aku je bawak budak2 ambik angin
.. tu pun lepas asar bawak Danish Dania... Dhiya Delisha dah tergolek tidur join sekaki dengan papanya.

Aku bawak dekat2 umah je. Dpulze Cyberjaya .
Sambil biarkan derang main kat pusat hiburan keluarga tu aku lepak kat Big Bob Burger.. order best seller menu - most wanted beef slice burger and French toast with vanilla ice cream topping and walnut. Memang superb marbelesss!! Confirm aku datang lagi sini!!

Assalamualaikum....
Happy 1st April  everyone.... so how your day today?
Bagi diriku banyak yg berlaku minggu2 kebelakangan ini #DhiyaDaniaDelisha marathon ChickenPox #Abang outstation luarnegara #aku accidentkereta #MicrosoftExam esok #GST?

Fuh macam2 sungguh dugaan melanda. Redha dan percaya semuanya ada hikmah disebaliknya. Since kereta pun hantar bengkel utk repair dan claim insurance plus Delisha ChickenPox .. dah nak 2 minggu aku tak keluar rumah caya  tak huhuhu.

Apapun tengah pulun study last minute utk exam esok. Dari zaman belajar sampai laaa peel sama jek akakakkaa.

Sempat masakkan sup je utk Delisha. Mama perangat frozen lunch dr 7-E uuhuhu. Sepanjang duk umah ni ada hari2 yg aku WFH *masih dalam shift mode huwaaaa* , nak keluar lunch tak de keta so mmg perangat frozen la... ada 3 menu jugak try dr 7-E mmf boleh tahan gak sedapnya.... buleh la kannn utk emergency mode hihihi

Petang baru sempat rehatkan tubuh dan minda.. berendammmm air hangat. Verangan nak mandi susu asal beli tak dan buh dlm tub dah licin kena bedal dek budak2 ni kikiki

Anyway wish me luck ya... and selamat bergst! *eh tetiba*