Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Semuanya di atas percaturan yg Maha Esa...
Bulan ni adalah bulan me-redeem point2 or cash out mana yg boleh wahahha.
Sikit banyak tak kisah.. semua rezeki dariNya.
Cek Nuffnang pun dah sampaii... dah cash out pun hihihi.



Annual Dinner tahun ni nama naik dapat Lucky Draw
Alhamdulillahh.. kebetulan aku pun baru je trade in 
printer lama beli printer baru masa Company event bebaru ni..
so printer lucky draw ni pun aku jual dan dah ada pembeli...
jual murah2 je wat geli geli hihihi


Bulan ni jugak redeem E-Reward point.
Kat company ni kalau ada orang bagi recognition dan penghargaan dan kalau Bos suka Bos
boleh bagi E-Reward juga untuk staff. Alhamdulillah... dapat recognition yg boleh ditukarkan ke E-Reward.
So kumpul2 boleh la redeem jadi voucher. Senang nak decide nak beli apa untuk diri sendiri  @ Rumah nanti heheheh


Voucher nyer pun dah sampai minggu lepas.
Kumpul Voucher Jusco ni dah RM500++ gak dalam simpanan huhu.
Tunggu masa JCard Day.. bile eh? aku tak hingat dah tarikh nya.. 
harap2 ada la dalam masa terdekat ni huhu


Dan tak lupa redeem Maybank card Treatpoint jugak.
Ikut ati nak redeem Voucher Jusco jugakk.. tapi nampak 
ada Voucher IKEA..  menarik jugak ni ! so pilih Voucher IKEA.
Treatpoint terkumpul 48,000 wahahhahah... giler banyak
dari tahun bile tuuuu. Pakai CC ni yg penting pandai manage sambil kumpul point gitew.
Tapi yg tak berapa best redeem value makin rendah meaning 27000
 point baru dapat RM100 (je??)
tak silap dulu point utk redeem RM100 ni lagi rendahhh huhu.
Anyway benda FREE. Redeem je lahh huhuhu


RM100 Voucher value


RM50 Voucher Value

Alhamdulillah... redeem point and cash out voucher sket2 boleh
la kumpul2 top up top up untuk beli aksesories masuk rumah baru nanti.
Verangan nak wat beli cadar2 sket and periuk baru wahahhaha.
Memang tepat pada masanya.

Apapun syukur kepada yang Esa. 
Sesungguhnya semuanya datang dari Nya...
ALhamdulillah :)


Assalamualaikum.

Al-kisah alat kosmetik ku sudah barai sebab akhir2 ni si Delisha pantang nampak pouch pink ni mesti nak di geledahnya. Penyudahnya tutup lipstik tak tau kat mana, eye shadow powder retak, berus blusher hilang and so on an so on. Omak ekau ni maklum je la sejak bergelar mom of fantastic 4 ni mmg dah tak sempat nak bersolek bagai. Mmg kalau duk sebelah ehem ehem kak Limah mmg orang nampak mcm adik beradik he huwaaaaa. Tu pun kalau sempat coles2 la jugak barang seminit dua *kalau sempat* kalau tak kuar rumah pun menonong mcm ehem2 k.limah lerr... tambah plak aksesoris dah  hilang ni makin bertambah la keserabaiann nyerr haishhh.


Makanya hari ni baru la berkesempatan nak jejak watson cari ganti. Dok belek2 staff SS datang membantu sambil memberikan kata2 hikmat nasihat dan service pantasss... sedar2 tercapai jugak barang2 kosmetik Simply Siti ni. Actually mmg dah 2 tahun bertukar barang penjagaan muka ke Simply Siti (pencuci/toner/cream) baru hari ni tergerak nak tgk barang kosmetik dia. Dan La D'Or Collection ni rupanya masih baru dipasaran (ke aku yg lambat tau).


Setelah di testingkan oleh promoter SS akhirnya aku balik dgn 3 item SS. Yg bestnya promoter siap bagi Simply Siti Moisture Night Cream percuma masa aku tgh nak bayar kat kaunter. Lepas tu datang lagi top up Air Wrick Mini Scents Gel ni for FREE jugakk... motiff ?? tak tauuu..
tapiii tetappp suker sukerr sukeerr!

Dapat FREE!!

Ok balik ni lom tentu sempat tak nak bermake up bagai pun. Yg pentingnya barang dah top up wahahaha.
Pose dgn make up ekspress by promoter... ehh.. tak macam Siti pun ?? Paaangggg!!!!!



Al-kisah
Assalamualaikum...
Salam hari isnin sudaaaa..
Nak citer kisah weekend lepas. 
Al kisah.. periksa pun dah tamat... Sekolah Danish Dania anjurkan 
Karnival Keusahawanan. Tengok tentative tu mmg macam2 
aktiviti tahun ni. Tahun lepas pun tak terpergi..
kira tahun ni la first time nak pergi.

Hari Jumaat tu balik sekolah tetiba Dania kata dia masuk Fashion Show...
assudahh... betul ke Dania ni... masuk ke or tengok.
Memula mmg tak berapa percaya tak percaya...
esoknya tu suh dia pakai seluar Jeans dulu Abang hantar ke sekolah 
cek dgn Cikgu dia betui ke dia masuk.. kang beriya2 dah salin baju tetengok
jadi tukang tengok tak ke naya hihihihi.

So pagi nye pukul 8 lebih Abang dah hantar Danish Dania pergi sekolah.
Aku kat rumah lagi dengan si kenit 2 orang Dhiya and Delishaa..
Dhiya bangun pun tak lagii...

tak lama Abang balik.. kompem Dania masuk Fashion Show! 
Dah la tak tau bila pukul berapa acara start.. haiyaaa.. kelam kabut 
le mamanya nak siapkan dengan Mamanya pun nak bersiap wahahhahhaha.

Kul 9 lebih baru sampai sekolah.
Register nama Dania rupa2 start kul 10 pagi.. seb baik.. 
kalo tak mmg ada can la jadi tukang tengok jee uhuuuu.


Dania si gadis no 16.
Sebenarnya aku tak expect dia ada courage dan keberanian 
untuk beraksi di atas pentass..! wow!!
Baju pun of course sambar mana sempat je dah le malam sebelumnya baru bagitau.
Then walaupun sempat practise 'cat walk' ala kadar kat rumah 
*tu pun pagi nak pergi baru kelam kabut practise*
 sampai atas pentas separuh je yg macam dlm practise dia buat hehehehe.
Tapi still Mama tabik spring kat Dania sebab berani naik atas stage in front of huge crowd okehh!
Well done Dania!! *clap clapppp*


Bersama peserta2 di belakang pentas. 
Comey2 . *sila abaikan make up 'ekspress' Dania*


Yang best nya lepas acara Fashion Show to lansung tak tunggu keputusan.
Tak tau result nombor berapa sebab dia dah sibuk nak join event lain hihi.
Whatever la Dania asalkan bahagia hehe.
Ada aktiviti bermain dgn Arnab. Ralit jap kat sini.


Giant Balloon.


Ada giant balloon play ground jugakkk


Si Danish lansung lost track. Tak dan bergambar pun dengan Danish.
Bagi kupon RM20 merata la dia cari aktiviti yg dia suka. 
Habis buat main game, mini golf siap dapat hadiah LEGO... 
sanggup berlapar tu tak beli langsung mainan hihi.
Sebenarnya banyak lagi aktvitii.. Flying fox pun adaa...tapi tak dan 
nak jejak semua.

Al-kisah. Overall budak2 enjoy karnival tahun ni.
Tu pun Mama kena balik awal sebab ada appointment lain.
Nak jumpa blogger Ina Syuk pun tak sempatt padahal masing2 kat area2 itu je huhu.
Parking keta pun depan taska sebelah2 je kikikiki.
InsyaAllah tahun depan join lagi. 

P/S :
Teringat gambar 'Fashion Show' Mama masa beraksi atas pentas zaman tadika dulu. Crown kepala handmade  guna manilakad... pastu buh serbuk kilat2 tu kann.. kau hado ? wahahahahha