Assalamualaikum...
Salam hari isnin sudaaaa..
Nak citer kisah weekend lepas.
Al kisah.. periksa pun dah tamat... Sekolah Danish Dania anjurkan
Karnival Keusahawanan. Tengok tentative tu mmg macam2
aktiviti tahun ni. Tahun lepas pun tak terpergi..
kira tahun ni la first time nak pergi.
Hari Jumaat tu balik sekolah tetiba Dania kata dia masuk Fashion Show...
assudahh... betul ke Dania ni... masuk ke or tengok.
Memula mmg tak berapa percaya tak percaya...
esoknya tu suh dia pakai seluar Jeans dulu Abang hantar ke sekolah
cek dgn Cikgu dia betui ke dia masuk.. kang beriya2 dah salin baju tetengok
jadi tukang tengok tak ke naya hihihihi.
So pagi nye pukul 8 lebih Abang dah hantar Danish Dania pergi sekolah.
Aku kat rumah lagi dengan si kenit 2 orang Dhiya and Delishaa..
Dhiya bangun pun tak lagii...
tak lama Abang balik.. kompem Dania masuk Fashion Show!
Dah la tak tau bila pukul berapa acara start.. haiyaaa.. kelam kabut
le mamanya nak siapkan dengan Mamanya pun nak bersiap wahahhahhaha.
Kul 9 lebih baru sampai sekolah.
Register nama Dania rupa2 start kul 10 pagi.. seb baik..
kalo tak mmg ada can la jadi tukang tengok jee uhuuuu.
Dania si gadis no 16.
Sebenarnya aku tak expect dia ada courage dan keberanian
untuk beraksi di atas pentass..! wow!!
Baju pun of course sambar mana sempat je dah le malam sebelumnya baru bagitau.
Then walaupun sempat practise 'cat walk' ala kadar kat rumah
*tu pun pagi nak pergi baru kelam kabut practise*
sampai atas pentas separuh je yg macam dlm practise dia buat hehehehe.
Tapi still Mama tabik spring kat Dania sebab berani naik atas stage in front of huge crowd okehh!
Well done Dania!! *clap clapppp*
Bersama peserta2 di belakang pentas.
Comey2 . *sila abaikan make up 'ekspress' Dania*
Yang best nya lepas acara Fashion Show to lansung tak tunggu keputusan.
Tak tau result nombor berapa sebab dia dah sibuk nak join event lain hihi.
Whatever la Dania asalkan bahagia hehe.
Ada aktiviti bermain dgn Arnab. Ralit jap kat sini.
Giant Balloon.
Ada giant balloon play ground jugakkk
Si Danish lansung lost track. Tak dan bergambar pun dengan Danish.
Bagi kupon RM20 merata la dia cari aktiviti yg dia suka.
Habis buat main game, mini golf siap dapat hadiah LEGO...
sanggup berlapar tu tak beli langsung mainan hihi.
Sebenarnya banyak lagi aktvitii.. Flying fox pun adaa...tapi tak dan
nak jejak semua.
Al-kisah. Overall budak2 enjoy karnival tahun ni.
Tu pun Mama kena balik awal sebab ada appointment lain.
Nak jumpa blogger Ina Syuk pun tak sempatt padahal masing2 kat area2 itu je huhu.
Parking keta pun depan taska sebelah2 je kikikiki.
InsyaAllah tahun depan join lagi.
P/S :
Teringat gambar 'Fashion Show' Mama masa beraksi atas pentas zaman tadika dulu. Crown kepala handmade guna manilakad... pastu buh serbuk kilat2 tu kann.. kau hado ? wahahahahha