Assalamualaikum...!!
Ahaa.. akhirnya baru sempat nak update... lama sungguh 
Blog sunyii.. maklum la balik kampung raya sakan!!! hihihi

ok di kesempatan ini Saya dan keluarga ingin 
menghulur sepuluh jari kepada para rakan blogger dan pembaca
diluar sana dengan ucapan 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Mohon maaf sekiranya ada celoteh yang menyinggung perasaan 
mana2 pihak.. blog ini hanyalah perkongsian peribadi tuan tanah semata2 hihi.

okeyy.. jom layan gambarr!
Bergambar dengan Nenek kesayangann



Kami berenam tahun ini!!
 Meriah hihihi.. tema tahun ni Biru turqoise + pinkk. I loikeee


Posing dengan my soul mate.


With my latest edition ~ Delisha


Cheeky sangat budak kenit ni.. gerammm. suka sangat buat
muka duck face cam ni ... hihih
Dhiya ? err tidur kot kikikikki


Abang Long & Kak Ngah hiiiiii


Macam biasa selepas aktiviti marhaban lelaki, dalam lepas zuhur tu 
 ada sessi bersalamannnn bersama seisi keluargaaa..

Mula2 yg tua salam nenekk... lepas tu diikuti oleh anak2  dan anak2 sedara
sambil sessi kasi angpow raya hihi




Danish yang terkedu2 nak susun ayat nak salam Mama dia  hihihi


Gegirl kat rumah ni. Mak Usu je tak balik raya tahun ni sebab dalam pantang raya


 Actually lepas je salam2 dah ada sedara datang serbuuu... 
sessi bergambar bersambung plak belah petang hihihih

Last but not least inilah keluarga besar kami
pada Hari Raya pertama tahun ini.



Alkisah.... 

Assalamualaikum....

Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Rata2 ramai yg dah ambil cuti balik kampung. 
Kan. Actually tahun ni turn beraya di Pahang tapi tahun ni tak cukup korum jugak ada yg kena bertugas sepanjang raya menjaga keselamatan negara, 
ada yg pergi belayar , ada yg beraya rumah mertua akhirnya Abang offer beraya ke Johor tahun ni.... apa lagi nenek Johor lah yg paling gembira. Almaklum adik yg bongsu baru bersalin kat utara nu... abang turn rumah mertua... jadi kalau kami balik Johor meriah la sikit hihihi.

Anyway disebabkan plan asal nak beraya ke Pahang makanya minggu ke-2 puasa hari tu dah balik Johor sambut puasa dgn nenek. 
Kalau sambut puasa ramai2 confirm lah meriah kan. Kebetulan hari tu
kakak ipar sambut adik iparnya berbuka sekali kat rumah nenek mmg 
meriah lah senang citer hihihi. Jom tengok kemeriahan menunya pulak hihi


Roti Jala tak tinggal.. ni anak dara yg request


Mee sup


Ni Menu biras bawak dari JB. Bihun berkuah giteww.. 1st time makan style macam nihuhu

Siap ada ayam percik JB hihi


Ni Burung puyuh nenek.. goreng berempah... 12 ekorrr licin wehhh!!
NI nyaris2 tak sempat amek gambarr.. mmg laris!


Ni pulak macam guratan ke apa ntah namanya. Anak sedara teruna ku yg minat
sangat kurinari yg masakk.. ada2 je kann.. siap bakar dan letak cheese tuh!
sedap gakk.. 2 loyang licin!


OK ni menu keesokan harinya..
sempatlah 2 kali berbuka kat kampung.
Menu hari ni Pecal.. mmg favourite nih!


close up sket sambal pecal power nenek hihi


sempat aku buat koktail sumi dan buah-buahann.. makan sejuk2 mmg sedappp!


Sambal telur puyuh!! 
ni pun menu wajib gak ni...  kompem Danish request!
Maklum la burung puyuh dan telur burung puyuh stok nenek belakang rumah jee..
memang puas makan!

Aha... kambing masak kurma. Kakak ipar yg masakk..
memang sedappppp wehhh especially bahagian rib dia tuuuu.. sedap bangett!!



Samosa daging.. ni beli frozen je... 10pcs RM3.90 mrah ehh.
Isi dia pun penuh.. sedap!


Tak lupa menziarahi kubur arwah abah...
semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh yg Maha Esa.. aminnnn


Al-kisahhh...
Assalam..
Alhamdulillah.... dihari2 terakhir Ramadhan ada juga orang pelawa iftar diluar hihihi.
Semalam kami menjejakkan kaki ke Shangrila Hotel Putrajaya. Ada international buffet and Abang booking table kat sini. Proses mengosongkan peti sejuk bermula sudah ngeh ngeh ngeh

Macam2 juadah yg confirm tak dan nak rasa semua. Tambah pulak si Delisha yg macam anak tikus mondok... kejap je hilang menyelinap ke sana ke mari ikut bawah meja bagaii kan... tak reti diam sungguh. Sabor je la sebijik mcm Abang Danish dia kecik2 dulu opss! kikikiki

Yang paling best di kaunter "raw and fresh" tu aku tengok ham, kupang... wasabi ada... tapi tak nampak plak salmonnya... haishhh mana buleh cenggini kan. Salmon wajib la ada dah kata ada wasabi bagai... katanya Salmon dah dibuat masak kari! Wahahahaa!

last2 Chef offer nak hantar salmon ' special' ke meja kitaorg...... haish betul ke Chef ni... dah la ramai orang ni buleh ka nak serve 'special' utk mana2 customer lak kan..

Tapi memang betul sepiring smoke salmon terhidang di meja kita orang... waaaaaaaaa suker suker suker plus terharu. Caya la Chef Shangrila Hotel...very the sporting hihihi
Sampai pukul 9 jugak lepak makan2 kat sini. Surau khas pun disediakan berdekatan dewan buffet. Slow and steady je makan malam ni.

Apapun terima kasih pd En suami kerana sudi bawa kami iftar yg best kat luar hari ni.. muahhh muahhhh!

Danish yg excited berbuka kat luar hari niii


P/s: dah start kena kemas baju nak balik kampung lak ni... lalalalala