Assalam..
Alhamdulillah.... dihari2 terakhir Ramadhan ada juga orang pelawa iftar diluar hihihi.
Semalam kami menjejakkan kaki ke Shangrila Hotel Putrajaya. Ada international buffet and Abang booking table kat sini. Proses mengosongkan peti sejuk bermula sudah ngeh ngeh ngeh
Semalam kami menjejakkan kaki ke Shangrila Hotel Putrajaya. Ada international buffet and Abang booking table kat sini. Proses mengosongkan peti sejuk bermula sudah ngeh ngeh ngeh
Macam2 juadah yg confirm tak dan nak rasa semua. Tambah pulak si Delisha yg macam anak tikus mondok... kejap je hilang menyelinap ke sana ke mari ikut bawah meja bagaii kan... tak reti diam sungguh. Sabor je la sebijik mcm Abang Danish dia kecik2 dulu opss! kikikiki
Yang paling best di kaunter "raw and fresh" tu aku tengok ham, kupang... wasabi ada... tapi tak nampak plak salmonnya... haishhh mana buleh cenggini kan. Salmon wajib la ada dah kata ada wasabi bagai... katanya Salmon dah dibuat masak kari! Wahahahaa!
last2 Chef offer nak hantar salmon ' special' ke meja kitaorg...... haish betul ke Chef ni... dah la ramai orang ni buleh ka nak serve 'special' utk mana2 customer lak kan..
Tapi memang betul sepiring smoke salmon terhidang di meja kita orang... waaaaaaaaa suker suker suker plus terharu. Caya la Chef Shangrila Hotel...very the sporting hihihi
Sampai pukul 9 jugak lepak makan2 kat sini. Surau khas pun disediakan berdekatan dewan buffet. Slow and steady je makan malam ni.
Apapun terima kasih pd En suami kerana sudi bawa kami iftar yg best kat luar hari ni.. muahhh muahhhh!
Danish yg excited berbuka kat luar hari niii
P/s: dah start kena kemas baju nak balik kampung lak ni... lalalalala