Assalamualaikum......
Finally finally siappppp jugak passport si kenit Delisha ni. 2 hari berulang baru siapp...
seb baik la sempat siapp haishhh
Kelmarin pergi JPN Puchong Utama, malas nak ke Putrajaya katanya lagi sesak and ramai orang hiskk! So pergi je lah kat Puchong utama. Sampai kul 8:40 pagi nombor dah habisss ??? Haiyahhh frusttt mak. Tanya staff kaunter pukul berapa no habis tu.. katanya "hari ni lambat sikit, pukul 8:30 pagi!" Aiyohhhhhhh awal gilerrr.
Since dah amek cuti terus la kereta meluncur ke Bangii.. ambek plak no lain... ayoyoyo
nak beli barang pun kena amek no kew.. dah la hari kerja ni pun queue panjang ehh


So semalam pag1 lagi sekali pergi la ke JPN. Masa dah suntuk nihhh kang bertangguh langsung tak sempat plak. So smlm 7:45 pagi aku dah sampai... tengok tu dia beratur panjang sampai melangkaui 4 deret kedai nko! Hambekkk.


So kul 8 pagi bila pintu dah bukak dapat la ambik no... no 65 & 66 tu pun katanya nombor sessi petang.... pulakkkk macam Fareeda gak ada no sessi pagi n no sessi petang yek.

So since staff kata suh datang balik kul 2 mama pun balik la rumah semula. Delisha hantar taska aku sambung WFH nak nunggukan pukul 2 tu.


Tengahari ambik Delisha and gerak semula ke JPN. Abang pulak amek cuti separuh hari pagi je so pak ucu adik ipar aku yg bongsu la temankan aku and Delisha plak. 
Sampai2 kul 2 ti terus naik tingkat 1 utk ambik gambar. Sekarang ni imigrese  dah provide ambik gambar passport terus dikaunter so tak perlu dah nak sediakan gambar.

Turn aku ok lagi..masa sampai turn Delisha haru biru nak bergambar sbb kamera dah paku kat board tepi tu and adjustable remotely by staff so kalau gambar baby mmg payah la nak ambik. Ada la 3 kali gak sessi cubaan dan semuabya FAILED! Ada je yg tak kena... muka senget, telinga tak nampak.. ada tu yg katanya cantek tapi ada lak hidung berair pun tak approved! Haiyah..... sian lak kat org lain yg queue. Penyudahnya staff kata Puan boleh la tangkap gambar baby kat kedai gambar *selama ni mmg selalu ambik gambar kat kedai tu pun* so terus la gi situ.
Sampai sana 2-3 snap je dah settle! Wahahaha memang pakarr... tapi bayar la beb!
Settle gambar terus hantar balik kat kaunter and buat pembayaran. Masa tu dah pukul 2:40 gitu.
Pukul 4 karang dia suh datang balik ambik no utk collect passport.

So sempat la go BIG Aeon hands on barang pada customer. Ngam2 je bajet masa kennnn. Kul 4 datang balik ambik no dan terus redeem. Passport pun dah siappp hoyeh! So lepas ni tinggal nak packing baju je. Tak yah packing bebanyak pun sbb gi dekat and kejap je pun hihihi. 
Alkisah....

Assalamualaikum....
Kejappp nyer dah hari Isninnn... rasa mcm baru je kelip mata 2 kali dah Isnin semula dah huwaaaaa.

Weekend Sabtu lepas kami ronda2 ke The Garden Mall lepas hantar barang. 
Ronda2 sambil cuci2 mataaaaa... aku baru je tanya Abang nak makan apa yeh dinner.. Sushi Zanmai ke Italianese... Abang suh tanya budak2 nak makan apa..tak dan tanya tiba2 ada 2 orang lelaki sapa Abang.......


Rupa rupa member2 lama sefakulti kat UKM dulu uhuhhhu. Apa lagi terus tak bergerak la tunggu depa bukak 'kedai kopi'. Dengarnya dah 14 tahun tak jumpaaa tu huhuhu.
Apa lagi mak2 yg baru kenal pun pakat nyembang gak... anak2 pun sakan bermain sesama derang macam dah kenal lama sangat kekekekke.
Sembang punya sembanggg sedar2 dah pukul 10 malam! 
Restoran makan pun dah banyak yang tutup ahahahhaa.
Penyudahnya gi pantai dalam order tomyam and nasi goreng panas2 kekekkeke






yg bestnya mak & pak sembang tak hingatt...
anak2 lagi la bingittt main..
paling tak lupa Danish tolak Dania dalam troli *mane plak
la dapat troli* lepas tu lepassss... meluncur laju je troli..
haiiiiiii nak putus jantung omak ehh.. dah la keliling tu 
dinding kacer butikkk.. kiri LV, kanan Hermess.... kalo 
jadi apa2 ngan troli vs dinding kacer omak eh tak tau 
nak kejor mana satu wehh.. anak ke, troli kee.. dinding ekekekkeke.
Adoyaii la anak wehhhhhhhh
Assalamualaikumm...

Tahun 2014 yg semakin mencabar...
Tanpa maid... masih gigih meneruskan perjuangan 
untuk terus full breasfeed untuk si manja tersayang.
Si Delisha sudah pun masuk 11 bulan.. masih full breastfeeding
Alhamdulillah.

Masih gigih mengelolakan EBM serta peralatannya setiap hari..
masih cuba bertahan untuk terus konsisten dengan jadual pump
dengan kekangan kesibukan kerja...
semangat masih terus membara InsyaAllah!


Gambar minggu lepas... kadang2 kat ofis sibuk
hampir saja termiss jadual pump...
sepatutnya 1 sessi pagi..time ni terlajak ke tengahari suda uhuhuhu


Tak sampai berapa minit dah penuh sebotol...!


ada dalam 5 Oz per side..  opss penuh suda cepat2 ganti botol and continue pump.


Fresh lepas pump


Hasilnya dapat 12 Oz sekali pumppp Alhamdulillah.
Semenjak dah tak de maid Mama dah start pakai storage bottle
utk simpan EBM untuk memudahkan baby sitter handle EBM.
Kalau EBM dah sedia dalam botol means Baby Sitter just tukar
penutup botol dengan puting, panaskan dan boleh terus bagi pada baby.


Botol bumble bee memang ngam dengan pump.
Alhamdulillahh dah 11 bulan baby masih mampu dapat 12 oz sekali pumpp..

TAPI perlu diingatkan... body kita ni sangat cepat belajar.
Walaupun kali ini muai sangat hasil EBM per session tak boleh happy sangat okehh!
SEBAB ?
kalau 2-3 kali kita continue lari dari schedule pump sampai breast bengkak 
baru nak pump....
Breast akan beri signal pada otak mengatakan yg breast 
dah over produce milk and after few session kita akan saksikan
hasil EBM berkurang...
sama juga kalau weekend bila duduk kat rumah baby akan selalu direct BF so
maybe kat rumah kita jadi kurang pump...
bagi mama sendiri, asal masuk hari ISNIN akan rasa hasil EBM
berkurangg.. so cepat2 back on track pump balik ikut schedule biasa 
InsyaAllah  hasil EBM akan kembali seperti biasa juga.

INGAT! Mechanism penghasilan susu ibu adalah berdasarkan
demand & supply (on top of  other factor).
Ianya bukanlah usaha yg dibuat sehari dan dapat result esok
tapi ianya adalah usaha yg berterusan.
Selagi ada DEMAND yang KONSISTEN InsyaAllah akan ada SUPPLY
yang berterusan. Peringatan ni pun untuk diri sendiri juga.

so moralnya SILA SENTIASA KONSISTEN dengan jadual 
pump supaya hasil EBM juga sentiasa konsisten okehh!!
Good luck Mommies sekeliann... muachhhhhhhhhhhhhh!