Assalamualaikumm....
Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk 3 minggu kita berpuasa.
Minggu ni last kerja, minggu depan dah start cuti Raya hoyehhh!!!
Alhamdulillah sepanjang bulan puasa ni bekalan EBM mantain walaupun
saya berpuasa seperti biasa. Ada jugakalanya macam yoyo tapi overall
masih dalam paras yang mencukupi dan memuaskan.
Cumanya kalau biasa akan pump 3 kali waktu siang iaitu pagi, tengahari di ofis
dan 1 sessi lagi petang lepas waktu pejabat or otw balik rumah.
Tapi sepanjang bulan puasa ni 1 sessi saya pindahkan ke sebelah malam samaada lepas
berbuka atau lepas bersahur maklumla pengambilan air
lebih pada waktu malam huhu.
Ini rekod EBM sepanjang minggu ke-2 berpuasa
16hb July
sessi pump selepas waktu berbuka... Alhamdulillah 9 Oz
17hb July,
sessi pump time lunch hour kat office.
Alhamdulillah... hasilnya 8.5 Oz per session
18hb July
Sessi pump time lunch hour jugak kat office.
Average pump 15-20 min. Kali ni lama sikit almost 22 min.
Alhamdulillah hasilnya 8.5 Oz jugak per session
19 hb July
Sessi pump tengahari jugakk...
Alhamdulillah 10.5 Oz per session
21 July
Sessi Pump lepas berbuka. Balik tu kelam kabut masak kat dapurr..
sambil tunggu waktu berbuka baru sempat plug medela freestyle hihihi
Boleh sambil berbuka sambil pump ahahahaha.
Sedar2 nak nak 10.5 Oz jugak dapat tu Alhamdulillahhh.
Mama kenyangggg.... bahagian baby pun mengenyangkan.
Jangan marahhhhh yerrr... moralnya dengan Medela FS ni orang kata
tak de sebab tak sempat pump...
anywhere, anytime ~ freestyle with just 'one button'..
sangat2 lah senanggg kannnnn!
**********************************
Weekend lepas COD Medela FS pada seorang customer, Puan Syima
di sekitar area KL. Sungguh bertuah ibu muda ini
kerana dapat hadiah Medela Freestyle ni dari kakak beliau
yang juga merupakan seorang doktor.
Penghantaran terus ke rumah beliau yang masih berpantang.
Sessi demo dijalankan agar pengguna baru Medela FS
benar2 dapat mengaplikasikan kehebatan
teknologi 2 fasa Medela Freestyle seoptimum mungkin.
Alhamdulillah... hands on practical berjalan lancar
dan saya pun senang hati tengok beliau pun dah dapat terus rasai
sendiri hasilnya.
Happyyy je kannn!!!
Yang paling best lagi...
Lepas deliver MFS, sambung pergi shopping.
Shopping raya kali ni baby Delisha tinggal kat rumah je dengan Bibik.
Kesian nak bawak baby ke hulur ke hilir beli baranggg. Jadi bawak Abang dan kakak2nya aje.
Kalau baby Delisha tak ikut pun, kakak Dhiya ada.
Sambil menuju ke destinasi sempat lagi pump EBM dalam kereta
dan boleh supply fresh terus EBM bagi kat Kakak Dhiya hihi.
Tak yah susah2 nak bancuh2 dahh.
Sekali pump dapat 10 oz. 6 Oz bagi kat Dhiya, licin!!
4 Oz simpan dalam cooler bag untuk Baby Delisha.
Petang sebelum balik sempat lagi pump satu lagi sessi.
Sangat sangat bermanfaat Medela FS ni kann!!
Saya memang sangat2 jatuh chentaaaaa!!!
Ahaaa... dan inilah dia si Cheecky Delisha 4 months yg menggebot
hasil penyusuan eksklusif titisan emas susu ibu.
Segalanya sangat2 berbaloi buat ibu wahai anak-anak ku...!!!